Hidangan malam itu dikelolai oleh
sdr Chef_Jaa sendiri, tapi sayangnya dia tak pakai 'toque' malam tu, kebetulan beliau bertugas di Rompin Beach Resort.
BBQ berbagai pilihan dari sotong, ikan mabong, sosej, daging lembu, daging
kambing, daging ayam, ketam ada ke? Esoknya selepas sarapan pagi, kami sempat
bergambar di ruang legar coffee house,
tapi tanpa dua rakan yang lain; sdr naimisa dan sdr dahrie... mungkin masih
sibuk mengemas di bilik kot...
Perjumpaan Komuniti Teka-Teki e-Sastera telah diadakan di Rompin Beach Resort, Pahang pada Sabtu 22 Mei 2010. Pertemuan itu diberikan jolokan 'Rompin Rendezvous e-Sastera' lanjutan kepada Pertemuan Teka-Teki Siput Belitung yang telah diadakan sebelum ini di Seremban, Negeri Sembilan. Hadirin terdiri dari sdr dahrie selaku jurugambar a-la 'paparazi'. Ucapan terima kasih juga buat sdr founder e-Sastera, sdr Dr.irwan yang hadir bersama-sama kerabat komunuti teka-teki. Turut memberi sokongan malam itu dengan kehadiran sdr Has1mah, Kablam, Naimisa, Dakwat_Cair, Nordarus, Citranalis.


No comments:
Post a Comment