Showing posts with label Kursus. Show all posts
Showing posts with label Kursus. Show all posts

Saturday, July 6, 2013

Kursus Penulisan Biografi, Memoir & Autobiografi


Menghadiri kursus Penulisan Biografi, Memoir & Autobiografi di Dewan Seri Banding, Hotel Seri Malaysia, Ipoh pada 6 hingga 7 Julai 2013.  Ceramah disampaikan oleh Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh, dan Encik Mohd bin Shamsuddin. 


Ketika menerima sijil penyertaan daripada Presiden Persatuan Karyawan Perak, Tuan Haji Zabidin Haji Ismail semasa upacara penutup.


Kursus dianjurkan oleh Akademi Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur bersama Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk).

Monday, August 7, 2006

Bina Negara Lanjutan

Kursus Bina Negara Lanjutan diadakan di Kuala Lipis, Pahang pada Isnin 7 hingga 10 Ogos 2006.  Ini adalah satu-satunya kursus yang mencabar buat diri aku.  Aku memang takut pada malam, dan sessi 'burung hantu' aku ditinggalkan betul-betul ditengah hutan di Kuala Lipis.  MasyaAllah, tuhan saja yang tahu akan ketakutan aku, tapi alhamdulillah ditempuhi hingga ke pagi esoknya.  


Banyak juga aktiviti lain yang mencabar yang diatur sepanjang kursus ini.

Sunday, August 8, 2004

BIna Negara, Kuala Lipis, Pahang


Enlisted a participant in the "Bina Negara" camp which took place in Kuala Lipis, Pahang. We actually lived in the jungle for a couple of days testing our guts.

Somehow, I enjoyed the abseiling and the flying fox activity, descending from a high structure for which I feared most in the first place, but later found it really a thrilling fun.

Monday, April 12, 2004

Kursus Nihongo di INTAN


Mengahidiri Kursus Nihongo di Institut Tadbiran Awam (INTAN) wilayah tengah dari 12 hingga 30 April 2004.  Kursus ini dikendalikan dari Bil. 1 hingga Bil. 3 di tempat yang sama.  Dengan kursus aku diperkenalkan tentang bahasa,  budaya dan tulisan Jepun Hiragana dan Katakana. Aku mengalah bila sampai tulisan Kanji yang berunsurkan tulisan China.  Tutor kami adalah En. Tan Kim Koh.  

Wednesday, March 24, 2004

Kursus Kenegaraan BTN 2004

Menyertai Kursus Kenegaraan, anjuran Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri di Kem Bina Negara Kaki Bukit, Perlis.  Kursus bermula dari 24 hingga 28 Mac 2004.  


Bergambar dengan ahli kumpulan masing-masing sebelum mengakhiri kursus. Kursus ini agak kontroversial apabila sesi pengenalan yang kami hadiri bagaikan satu sesi 'brainwashing' tentang politik. Kami lalui beberapa perbincangan hangat tentang politik yang dibangkitkan oleh penceramah. 

Monday, June 16, 2003

Kursus "Gateway To Cantonese" di INTAN


Bahasa Kantonis adalah bahasa yang aku minati kerana biasa berbual dengan rakan sekerja yang berbangsa Cina. Aku menghadiri kursus "Gateway To Cantonese" di INTAN Wilayah Tengah, Kuala Lumpur selama tiga minggu. Kursus bermula dari 16 Jun hingga 4 Julai 2003.  Walaupun agak lama namun berbaloi dengan apa yang dipelajari. Tutor kami adalah En. Chan Han Sheong.






Kursus diadakan di Pusat Komunikasi dan Pembangunan Latihan, INTAN. Aku ditugaskan menjadi pengacara pada Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil di akhir kursus. 

Monday, October 7, 2002

Kursus "Konnichiwa Communicative Japanese" di INTAN


Permulaan bagi aku mengenali bahasa Jepun didedahkan pada Kursus "Konnichiwa Communicative Japanese" di Institut Tadbiran Awam (INTAN), Wilayah Tengah, Kuala Lumpur. Tempuh kursus ini dari 'First Step' sehingga ke 'Third Step'.  Tutor kami di sepanjang kursus adalah Puan Kurita Naoyo, seorang yang sangat sabar dengan kerenah pelajar-pelajar.  Kami belajar pertuturan harian dengan latihan perbualan.  

Monday, February 12, 2001

Sambut Tetamu Cara Malaysia


Menghadiri satu taklimat 'Penerapan Identiti Malaysia' yang disampaikan oleh YB Dato' Abdul Kadir Haji Sheikh Fadzil, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada 12 Februari 2001.  Antara acara lainnya, pertunjukan pakaian tradisi dari rekaan pelajar-pelajar UITM, persembahan tarian yang bertemakan Malaysia Truly Asia oleh Artis Istana Budaya. 

Fesyen dari Perak memperagakan pakaian Melayu Klasik Perak; Baju Kurung Cekak Musang, dan Baju Sikap, manakala pakaian perempuan berteraskan pakaian Zarith Gangga; Puteri Perak, dan Kebaya Labuh. 

Ucapannya menyentuh cara pemakaian menyambut tetamu cara Malaysiadengan meletakkan tangan kanan ke dada di sebelah kiri dengan memberi sedikit tunduk hormat kepada tetamu. 

Kaedah yang diperkenalkan ini dapat menepis segala tanggapan bahawa sesebuah negara Islam melarang bersalaman di antara bukan muhrim. Dengan ini sesiapa sahaja boleh mengucapkan 'Selamat Datang' ke Malaysia tanpa bersalaman. 

Saturday, October 30, 1999

KursusL Kem KMK INTAN/NPC


Aku selaku Fasilitator kumpulan menyertai 'Kem Meningkat Mutu Kerja (KMK) bersama Robert A. Chelvanayagam (ketua kumpulan) anjuran Institut Tadbiran Awam (INTAN) dan Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) di Pengkalan Hulu mulai 20 Oktober hingga 2 November 1999.



Seperti biasa bila dalam kumpulan secara tak semena-mena aku juga yang ditolak ke hadapan bagi mengetuai kumpulan. Aku memilih 'Kaizen' bagi nama kumpulan yang dibimbing. Siap dengan logo seperti yang kelihatan dalam gambar di atas. 



Ketika waktu rehat sempat juga kami, aku bersama Robert Chelvanayagam  menikmati kolam air panas semula jadi di Kampung Air Panas, Pengkalan Hulu.

Thursday, December 1, 1983

Khemah Kerja Belia Bandar 4B


Aku telah mengikuti satu Khemah Kerja Belia Bandar anjuran Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, mewakil Pertubuhan Belia 4B Cawangan Ipoh Timur.  Khemah kerja di adakan dari 1 hingga 5 Disember 1980, bertempat di perkarangan Stadium Indera Mulia.  


Ramai dari kalangan rakan-rakan dalam pertubuhan ini tidak dapat lagi dikesan, cuma saudaraku Raja Jakaria, yang paling muda dalam kumpulan kami.

Monday, October 1, 1979

Jurulatih Tarian Negeri Perak


Aku turut menyertai satu kursus Jurulatih Tarian di Tapian Gelanggang, Jabatan Kebudayaan Negeri Perak, Ipoh mulai dari 1 hingga 14 Oktober 1979, mewakili kumpulan kebudayaan Badan Budaya Perak.  Itu adalah kursus jurulatih yang pertama kali aku ikuti sejak bergiat aktif dalam kumpulan kebudayaan. Latihannya berbaloi dalam tempuh dua minggu dapat berkenalan dengan rakan-rakan lain dari seluruh negeri Perak.  



Gambar di atas aku bersama kumpulan Melati.  Antara nama rakan-rakan lain yang aku masih ingat, Zainal, Hamid, Darwam, Malik, dan Zulkarnain.

Haiku / Haiga