Showing posts with label Karyawan Pk. Show all posts
Showing posts with label Karyawan Pk. Show all posts

Friday, February 22, 2019

Bicara Karya: PUJANGGA (TabirAlam)

 

Pembentangan Bicara Karya buku khazanah puisi TabirAlam berjudul "PUJANGGA" disampaikan oleh Puan Hjh. Norehan Muhamad dengan nama pena Nohan Norehan, seorang pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, IPGKI bertempat di Dewan Sri Melati, Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh. pada Sabtu, 23 Februari 2019.  

     Majlis Bicara Karya anjuran Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh dengan kerjasama Persatuan Karyawan Perak atau Karyawan Pk. 

 

Thursday, February 22, 2018

Sudut Karyawan


Selesai menghadiri Majlis Pelancaran Sudut Karyawan, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk).  


Sebuah plak atas nama TabirAlam terletak di "Sudut Karyawan" di antara beberapa orang penulis lain dari Perak Darul Ridzuan.  
 

Saturday, March 18, 2017

Konsert Puisi Ipoh


Konsert Puisi Ipoh adalah salah satu di antara 15 buah konsert Jelajah Puisi Perak yang akan dianjurkan oleh Karyawan Pk sepanjang tahun sempena Tahun Melawat Perak 2017.  Bandar Ipoh sebagai konsert pembuka tirai telah berlangsung pada Sabtu 18 Mac 2017 di Dewan Auditorium JKKN Negeri Perak. 


Persembahan konsert melibatkan para penyumbang sajak dalam antologi Ipoh - Bandar Raya Gunung, serta beberapa persembahan lain yang menarik. Pengacaraan majlis dikendalikan oleh Shasha Shakierah.


Di majlis yang sama, sempat bergambar dengan penulis dari grup SPTA; sdr Onn Abdullah, Yahti Hayati, Siti Zaiton Ahmad, dan CT Nurza sewaktu jamuan ringan selepas acara persembahan.  

Thursday, January 1, 2015

GEMA Persatuan Karyawan Perak


Aku diberi tugas untuk meyediakan contoh buletin Karayawan Pk dua minggu sebelum mesyuarat AJK 1/2015 di Pakeeza Restaurant, Ipoh. Masanya agak singkat. Aku beri tumpuan sepenuhnya untuk disiapkan sebelum tarikh itu, malah dari contoh terus dipersetujui untuk terus dicetak dan diedarkan pada mesyuarat tersebut.

Maka lahirlah buletin GEMA Persatuan Karyawan Perak edisi 1/2014 pada 1 Januari 2015, dan diedarkan kepada ahli-ahli Karyawan Pk yang hadir semasa mesyuarat.  Edaran juga akan dibuat kepada persatuan penulis lain. Sebuah haiku berbahasa Rao dimuatkan bersama:


kulah rutiang
lumpur ke ompang tobek
gulei lauak

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan naskah GEMA, sila klik ikon pdf di bawah:



Thursday, November 6, 2014

Pelancaran Himpunan Puisi 'Pujangga'


Majlis Pelancaran Buku Karyawan Perak telah berlansung di Auditorium Utama, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak, pada Khamis 6 November 2014.  Perasmian disempurnakan oleh Sasterawan Negara, YBhg. Dato' Dr. Ahmad Khamal Abdullah @ Kemala sempena Seminar Pemikiran Zabidin Haji Ismail, Presiden Karyawan Perak (Karyawan Pk). 


Himpunan puisi "Pujangga" TabirAlam merupakan himpunan karya terpilih sejak tahun 2005 semasa mula aktif dengan kumpulan e-Sastera dan kemudiannya dengan Peminat Sastera Bandaraya Ipoh (PINTAR), dan akhir sekali bersama Persatuan Karyawan Perak. Beberapa karya pantun dalam bahasa Inggeris juga turut dimuatkan dalam antologi ini di bawah kelolaan George Manos yang berpengkalan di New Hampshire, Amerika. 


Sunday, September 7, 2014

Pertemuan: Zabidin Hj Ismail

 

Bertemu dengan Presiden Karyawan Pk, Tn. Zabidin Hj Ismail di kediaman beliau Sekondak Hati di Tapah.  

 

Saturday, February 22, 2014

Manaqib Dr Hj Suhaimi Muhammad

Menghadiri Majlis Manaqib buat allahyarham Dr. Haji Suhaimi Haji Muhammad (r.h) di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Perak pada jam 9.00 pagi. Majlis dianjurkan oleh Karyawan Perak dengan Yayasan Kampung Karyawan Malim.


Sesi kritikawan disampaikan oleh:

1) Dr. A. Halim Ali (UPSI)
2) Dr. Haji A. Rahim Abdullah (ASWARA)
3) Dr. Haji Shamsudin Othman (PENA)
4) Dr. Haji Malim Ghozali Pk (Karyawan Pk)
dan dibantu oleh moderator Encik Mohamad Shaidan (DBP)

Saturday, July 6, 2013

Kursus Penulisan Biografi, Memoir & Autobiografi


Menghadiri kursus Penulisan Biografi, Memoir & Autobiografi di Dewan Seri Banding, Hotel Seri Malaysia, Ipoh pada 6 hingga 7 Julai 2013.  Ceramah disampaikan oleh Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh, dan Encik Mohd bin Shamsuddin. 


Ketika menerima sijil penyertaan daripada Presiden Persatuan Karyawan Perak, Tuan Haji Zabidin Haji Ismail semasa upacara penutup.


Kursus dianjurkan oleh Akademi Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur bersama Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk).

Haiku / Haiga