Konvokesyen anak lelaki Abi Fathullah berlansung pada Konvokesyen Ke 7 Kolej Teknologi Perak (KTP) yang telah berlansung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh pada Sabtu, 22 November 2014, jam 2.00 petang. Majlis disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Eleena Binti Almarhum Sultan Azlan Shah.
Saturday, November 22, 2014
Thursday, November 6, 2014
Jejak Makam Tok Puan Hajah Aminah
Aku ke Teluk Intan untuk menjejaki Makam Tok Puan Besar Hajjah Aminah binti Sheikh Mohd Taib (moyang saudara) di Tanah Perkuburan Orang Islam Durian Sebatang, Teluk Intan. Cuaca hujan renyai agak sukar untuk mencari dan mengenalpasti, akhirnya ditangguh ke lain hari.
Pelancaran Himpunan Puisi 'Pujangga'
Majlis Pelancaran Buku Karyawan Perak telah berlansung di Auditorium Utama, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak, pada Khamis 6 November 2014. Perasmian disempurnakan oleh Sasterawan Negara, YBhg. Dato' Dr. Ahmad Khamal Abdullah @ Kemala sempena Seminar Pemikiran Zabidin Haji Ismail, Presiden Karyawan Perak (Karyawan Pk).
Himpunan puisi "Pujangga" TabirAlam merupakan himpunan karya terpilih sejak tahun 2005 semasa mula aktif dengan kumpulan e-Sastera dan kemudiannya dengan Peminat Sastera Bandaraya Ipoh (PINTAR), dan akhir sekali bersama Persatuan Karyawan Perak. Beberapa karya pantun dalam bahasa Inggeris juga turut dimuatkan dalam antologi ini di bawah kelolaan George Manos yang berpengkalan di New Hampshire, Amerika.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Dinner at Ni Fayyi
Malam ni dinner out kat Nifayyi kat tengah bandar Ipoh, warung theater @ Cathay dengan anak-anak perempuan dan menantu. Penuh jugak la satu ...
-
A ku bukanlah seorang pendidik di sekolah, namun aku hanya membimbing rakan-rakan penulis yang berminat untuk belajar mengenali puis-puisi y...
-
Pertama kalinya aku menerbitkan sebuah e-book berjudul "Antologi Haiku@Facebook" melalui laman sosial Facebook di bawah muka ...






