Showing posts with label Pelancaran Buku. Show all posts
Showing posts with label Pelancaran Buku. Show all posts

Friday, July 27, 2018

Peluncuran Buku Se-Nusantara

Sejumlah lima buah buku terbitan Siri Penerbitan TabirAlam (SPTA) selesai dilancarkan di Singapura, 27 Julai 2018 jam 10.00 pagi dalam acara "Peluncuran Buku Se-Nusantara" sempena "Ramah Tamah Penyair Serumpun V" di Temasik.   

        ASMARADANA (Pantun) 
        PANTUN SERUMPUN (Pantun) 
        ABADI (Haiga) 
        MENU - Dari Dapur Penulis (Resipi) 
        AIDILFITHRI - Sajak-Sajak Kenangan (Sajak) 
 


Sebanyak 59 buah judul buku diluncurkan, terdiri dari penulis daripada negara Malaysia, Singapura, Indonesia, Nrunei Darussalam, Thailand, dan Vietnam bertempat di The Pot, National Library of Singapore oleh mantan setiausaha parlimen, Kementerian Luar Singapura. 



Sunday, March 6, 2016

Pelancaran Antologi Sedetik.doc



Majlis pelancaran buku Indie Sedetik.doc telah berlangsung di KL Sentral Ahad, 6 Mac 2016. Pagi lagi dari Ipoh aku naiki komuter ke Kuala Lumpur, tiba tepat pada waktunya. Acaranya memang santai dan kami hanya lepak di ruang Galeri. Kebanyakan penulis dari kaum wanita nampaknya, penulis lelaki adalah lima atau enam orang.


Sebuah catatan mengenai pengalaman aku berkarya dalam genre haiku menjadi cerita pilihan - "Haiku: Kaizen Jatidiri". Cerita berkisar sejak tahun 2005 hingga lahirnya sebuah antologi haiku dengan judul "Projek Haiku" yang dikendalikan di laman sosial Facebook. Penulis terlibat diagihkan sejumlah 20 naskhah buku tersebut. 


Kenangan bersama-sama 50 penulis Sedetik.doc di akhir majlis. Ramai yang hadir tidak berapa aku kenal. Sebuah perjalan penulisan tercatat dalam Sedtik.doc. 







Thursday, November 6, 2014

Pelancaran Himpunan Puisi 'Pujangga'


Majlis Pelancaran Buku Karyawan Perak telah berlansung di Auditorium Utama, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak, pada Khamis 6 November 2014.  Perasmian disempurnakan oleh Sasterawan Negara, YBhg. Dato' Dr. Ahmad Khamal Abdullah @ Kemala sempena Seminar Pemikiran Zabidin Haji Ismail, Presiden Karyawan Perak (Karyawan Pk). 


Himpunan puisi "Pujangga" TabirAlam merupakan himpunan karya terpilih sejak tahun 2005 semasa mula aktif dengan kumpulan e-Sastera dan kemudiannya dengan Peminat Sastera Bandaraya Ipoh (PINTAR), dan akhir sekali bersama Persatuan Karyawan Perak. Beberapa karya pantun dalam bahasa Inggeris juga turut dimuatkan dalam antologi ini di bawah kelolaan George Manos yang berpengkalan di New Hampshire, Amerika. 


Sunday, September 21, 2014

Peluncuran Antologi Lentera Sastra II


Buku Lentera Sastra II adalah antologi puisi dari lima negara antaranya termasuk; Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, dan. Antologi ini bakal diluncurkan pada 23 Oktober 2014 di majlis Pertemuan Penyair Asia Tenggara di Cilegon, Banten, Indonesia.  Lentera Sastra II merupakan 'sequel' kepada kejayaan Lentera Sastra yang telah diterbitkan sebelum ini.  Seperti dahulunya, antologi ini adalah dari kerja keras seorang penyair muda di Indonesia, Muhammad Rois Rinaldi. 

MISTIK HUJAN

Rahmat kemarau menduga
getir, seputar musim akur
dan, resah kalbu meruntun lara
dalam damai zikir pasrah menyerah
agar terlerai tandus yang kudus
walau sehalus renjisan
subhanallah...

Kalian insan menumpang nikmat alam
dari gumpalan-gumpalan putih kelabu
membenar naqli firman dalam rahsia
itu rintikan ciptaan khaliq penuh mistik
dilimpah demi haiwan dan tumbuhan
labuhkanlah tangis alam, agar
dapat dirai akan rahmat-Nya

Tiap titik menitis lagi menghidupkan
pada gersang nan fana lagi kontang
menyubur gurun yang kekeringan
juga pada degup rasa nan kehausan

Pada detik kau merebah ke lembah
bermula tabula rasa ketika basah itu 
menyempurnakan suatu kehidupan
pada negeri yang sudah mati


11 Februari 2013
Ipoh

Saturday, June 22, 2013

Pelancaran Antologi "Lantera Sastera"


Sebuah antologi puisi bertajuk "Lantera Sastera" telah dilancarkan di Kuala Lumpur pada Sabtu 22 Jun 2013.  Pelancaran diadakan di Dewan Serbaguna, Kampung Batu, Kuala Lumpur.  Antologi ini memuatkan puisi-puisi karyawan dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.   Sayangnya, aku tidak dapat hadir bersama mereka malam itu kerana kekangan dari beberapa hal lain.   

Kelihatan sdr Dr.irwan juga turut hadir mewakili eSastera.  Juga sdr Amran Ibrahim Rashidi, Ezah Nor dari Malaysia.  Karyawan muda prolifik, Muhammad Rois Rinaldi hadir mewakili Indonesia, serta Noor Aisyah mewakili Singapura, gambar mereka berdua di bawah ini, aku kagum dengan puisi karya mereka...



Lima buah haiku dimuatkan dalam Antologi "Lantera Sastera" terbitan grup lamanweb 'Puisikan Bait Kata Suara'...


Haiku #1

Maulidur Rasul
muslimin berselawat
cahaya ad-Deen

Haiku #2

di Aidilfithri
air mata tergenang
jari sepuluh

Haiku #3

Israk dan Mikraj
usul kadar rakaat
tiang agama

Haiku #4

solat terawih
dua puluh rakaat
berganjak arah

Haiku #5

kumulus putih
sujud meninggi hari
istana emas

 

~PBKS~

Haiku / Haiga