Showing posts with label Akademi SPTA. Show all posts
Showing posts with label Akademi SPTA. Show all posts

Thursday, June 4, 2026

Bertukar Tangan: REJANG


Naskhah antologi puisi *REJANG (SPTA, 2020) telah bertukar tangan dengan dosen UNILAK, bahagian Perpustakaan Universitas Lancang Kuning, Pekanbaru, Riau, Indonesia. Kelihatan penulis Akademi SPTA, sdr Fadziah Md. Zakaria sedang menyerahkan naskhah antologi REJANG kepada pihak universiti sempena program lawatan anjuran DPMP.  

Sunday, May 17, 2026

Bertukar Tangan: SUMUD


Naskhah antologi puisi *SUMUD (SPTA, 2026) telah bertukar tangan dengan penulis Tn. Hj. Yusof Osman, a.k.a. Awang Jenderata di rumah beliau di Batu 10, Hutan Melintang, Perak. Sdr Jamal A. Majid sedang menyerahkan antologi *SUMUD kepada beliau. 

Saturday, August 2, 2025

Penerbitan Akademi SPTA: Dato' Zurinah Hassan


Pertemuan penulis Akademi SPTA, sdr Fadziah Md Zakaria bersama Sasterawan Negara, Dato' Zurinah Hassan menyaksikan dua naskhah antologi terbitan Akademi SPTA bertukar tangan, "REJANG" Antologi Puisi Rejang (SPTA, 2020), dan naskhah antologi "TOKOH MUSLIMAH" Antologi Syair Melayu (SPTA, 2023).

Detik pertemuan sempena "Majlis Malam Perhimpunan Penulis Sastera Wanita Se-Nusantara" yang berlangsung di Hotel Noble, Melaka pada Sabtu, 2 Ogos 2025. 


Dalam majlis yang sama, pertemuan penulis sdr Fadziah Md Zakaria bersama Puteri Andalas Novelis juga menyaksikan naskhah antologi terbitan Akademi SPTA bertukar tangan, "ANBIA" Antologi Syair Melayu (SPTA, 2021). 

Buku Akademi SPTA: Dato' Zurinah Hassan


Tiga buah antologi terbitab Akademi SPTA telah diserahkan kepada Sasterawan Negara, Dato' Zurinah Hassan oleh penulis dari Pahang, sdr Fadziah Md. Zakaria semasa pertemuan beliau dengan Dato' Zurinah Hassan sempena Majlis Makan Malam Perhimpunan Penulis Sastera Wanita Se-Nusantara yang berlangsung di Hotel Noble, Melaka pada Sabtu, 2 Ogos 2025. 

Saturday, December 1, 2018

PENGHARGAAN: Datuk Zurinah Hassan

 

Ianya merupakan satu penghormatan buat Akademi SPTA yang sekian lama bertapak sejak tahun 2012 di laman sosial Facebook. Berikut petikan ucaptama yang disampaikan oleh Sasterawan Negara, Datuk Dr. Zurinah Hassan. 

Sasterawan Negara, Datuk Dr. Zurinah Hassan dalam ucaptama beliau memperkatakan tentang "Siri Penerbitan TabirAlam" (SPTA) semasa acara "Dialog Puncak Karyawan Asasi 2018" anjuran Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara dan Majlis Kebudayaan Negeri Kedah, bertempat di Pulau Tuba, Langkawi pada Jumaat, 30 November hingga Ahad, 2 Disember 2018. 

Monday, January 12, 2015

Antologi Haiku@Facebook e-book


Pertama kalinya aku menerbitkan sebuah e-book berjudul "Antologi Haiku@Facebook" melalui laman sosial Facebook di bawah muka "Klinik Haiku & Tanka".  Buku ini mengumpulkan sejumlah haiku yang dihasilkan oleh antara 20 orang yang bergiat aktif menulis haiku di laman itu. Penyumbang terdiri dari penulis-penulis Malaysia, Singapore, dan Indonesia.  

e-book ini memuatkan 98 buah haiku bahasa Melayu, dan 10 buah haiku bahasa Inggeris, disamping 20 buah haiga yang telah dihasilkan oleh 22 orang penulis yang bergiat aktif di laman "Klinik Haiku & Tanka". 

Mereka terdiri dari Sazalee Sulaiman, Sri Mawar, Asmira Suhadis, Sha Hashim, Muhamad Amin, Syafrein Effendi Usman, Bintang Kartika, Nor Azizah, Noor Aisya Buang, Saniah Masri, Aiza Zizan, Amir Hamzah Mohd Wazir, Firdaus, Ayano Rosie, Aida Ar, Zulkifli Mohd Zin, Masnah, Citey Spectra, Citranalis, Din Kelate, dan Nor Aziah.  

Wednesday, September 12, 2007

Antologi Haiku 2006

Sebuah antologi bertajuk "Antologi Haiku 2006" telah diterbitkan bersama dua orang lagi penulis, sdr Lelahiro dari Okinawa, Jepun, dan sdr Dipinggiran dari Putrajaya, Malaysia. Antologi ini diterbitkan pada 12 September 2007 sempena lahir ulangtahun kelahiran. Terdapat 150 buah karya Haiku dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan juga bahasa Jepun.  Ada juga karya yang diterjemahkan.

Petikan Haiku Pilihan:

 
dibaling batu
kenang Maulidur Rasul
taburan Islam

(sdr Lelahiro)


lailatulqadar
khalwat mencari waktu
tujuh anggota

(sdr TabirAlam)

di pinggir tasik
sekuntum mawar merah
mula dan akhir

(sdr Dipinggiran)

Penerbitan buku "Antologi Haiku 2006" ini tercetus dari pertandingan menulis Haiku di lamanweb eSastera yang bermula pada tahun 2005.  Karya haiku terbaik dikumpulkan dan dimuatkan dalam antologi ini.  Antologi ini terdapat pertama kalinya di kedai buku S. S. Mubaruk & Bros. Sdn. Bhd. di Ipoh, dan terdapat juga di outlet lain seperti yang disiarkan dilamanweb antologi ini.

Untuk maklumat lebih lanjut, silalah melayari lamanweb ini.

Haiku / Haiga