Some of my close friends; Abdul Aziz, Abdul Rashid, Apputhusamy, G. Deo, Ganeson, Hashim, Jamaluddin, Johari Idrus, Ng Kok Cheong, Rozni Hashim...
Friday, December 31, 1971
Monday, December 20, 1971
'Hitch-Hiking' Ke Johor Baharu
'Hitch hike' bermaksud berjalan sambil menumpang
kenderaan yang lalu dari satu tempat ke satu tempat tujuannya, dan penumpang (hiker)
akan meneruskan perjalannannya dengan menumpang kenderaan seterusnya. Ini satu
'kegiatan' yang fenomenanya menyelusuri hingga ke Malaysia. Aku teringat akan
sebuah lagu yang bertajuk - 'The Sweet Hitch Hiker'...
Masa cuti sekolah bermula, aku bersedia dengan sebuah haversack
penuh t-shirt dan sebuah peta jalan. Haversack
askar aku dapati dari seorang rakan, sering aku guna di cuti-cuti lain.
Selalunya aku hitch-hike berdua saja dengan rakan sekolah, Junia
- nama sebenarnya Syed Neguib al-Hubshee, rakan karib semasa zaman persekolahan. Destinasi percubaan, kami hitchiking
ke Taiping. Ketika itu belum timbul sebarang masalah.
Sepanjang jalan kami memberi tanda ibu jari menghala ke jalan yang di tuju. Tak
kira apa jenis kenderaan mahu pun pemandunya. Dari Volkswagon
hinggalah SAAB dan Mercedez Benz. Dimasa
ketiadaan tumpangan, kami berjalan berbatu-batu tapi ehsan dari orang ramai
kami sering dijemput kerumah mereka untuk berbual sambil makan minum.
Malamnya kami tidur di mesjid atau rumah kawan yang dikenali.
Cuti penggal hujung tahun, perjalan kami menghala ke Johor Baharu
di Selatan. Arah yang mencabar mengambil masa dua minggu untuk
pergi dan balik. Aku menghubungi rakan-rakan di sepanjang perjalan ke Selatan,
yang kami akan bermalam di rumah mereka. Ada yang terlepas, mesjid juga tempat
berehat. Pengalaman pahit yang pernah dialami, semasa di Melaka
kami tersalah naik tumpangan, kenderaan menghala ke Jasin,
jauh tersasar dari Federal Highway, kami ambil masa panjang
untuk kembali ke jalan utama. Melalut dari Muar ke Batu
Pahat. Kemudian sewaktu pulang dari Selatan, kami berjalan kaki
dari Tanjung Malim tanpa mendapat tumpangan hingga ke Slim
River. Aku terlantar tidur di tepi jalan.
Masalah mula muncul dengan
insiden yang memburukkan hitch hiker, dengan kes-kes samun dan pencederaan.
Zaman berlalu dan hiking kian pudar. Bagaimanapun aku pernah merasa
sendiri pengalaman hitch hiking di waktu remaja. Kini
hanya tingal kenangan dari gambar-gambar yang diambil semasa hiking tersebut.
Tuesday, November 30, 1971
'Goodbye' Asrama Anderson
Saturday, September 11, 1971
Hari Jadi ke 18 Tahun
Aku menyambut hari ulangtahun kelahiran ke 18 tahun sehari sebelum tarikh sebenar pada 12 September. Parti hari jadi diadakan di rumah emak di rumah no. 25, Jalan Tampoi, Sungai Rokam , Ipoh. Cuma rakan-rakan dari sekolah dan asrama Anderson yang ramai hadir.
Selepas acara, sekeping gambar ini menjadi kenangan diambil bersama rakan-rakan. Dari kiri, Rashid (nama panggilan - Kayu), Onie - suka menyanyi lagu 'A Place in the Sun', sebelah tu tak ingat nama (bukan student), aku, kemudian Junia (nama sebenar Syed Neguib), dan seorang lagi rakan sekampung (terlupa nama).
Easy Listening, Green Channel, Radio Malaysia
Selecting songs from favorite band's record on Saturday evening. Local band The Strollers happens to be my favorite band with their songs, "Just As I Am", and "Do What You Gotta Do" back then.
Easy listening was my favorite, and at that time it was Green Channel on Radio Malaysia for English streaming. My favorite DJ was Patrick Teoh. I met him once during Anita Sarawak's concert in Ipoh.
Sunday, July 18, 1971
Pelajar ke Cameron Highlands
Pelajar-pelajar asrama Sekolah Menengah Anderson telah di bawa membuat lawatan ke Cameron Highlands. Ketika itu aku masih di tingkatan 5, di Sekolah Menengah Anderson. Dari rakan-rakan yang aku kenal dalam gambar ini cuma Norsaidean, rakan yang aku sedang berbual dengannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Tahun 80'an terkenal dengan kegilaan muzik dan tarian disco. Di Ipoh tidak kurang juga tumbuhnya disko untuk anak-anak muda yang m...




