Saturday, March 18, 2017

Konsert Puisi Ipoh


Konsert Puisi Ipoh adalah salah satu di antara 15 buah konsert Jelajah Puisi Perak yang akan dianjurkan oleh Karyawan Pk sepanjang tahun sempena Tahun Melawat Perak 2017.  Bandar Ipoh sebagai konsert pembuka tirai telah berlangsung pada Sabtu 18 Mac 2017 di Dewan Auditorium JKKN Negeri Perak. 


Persembahan konsert melibatkan para penyumbang sajak dalam antologi Ipoh - Bandar Raya Gunung, serta beberapa persembahan lain yang menarik. Pengacaraan majlis dikendalikan oleh Shasha Shakierah.


Di majlis yang sama, sempat bergambar dengan penulis dari grup SPTA; sdr Onn Abdullah, Yahti Hayati, Siti Zaiton Ahmad, dan CT Nurza sewaktu jamuan ringan selepas acara persembahan.  

Thursday, December 8, 2016

PULARA 7


Aku berpeluang menyertai acara Pesta Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa ke 7 kali ini di Pulau Pangkor pada dari 8 hingga 11 Disember 2016. Penyertaan daripada penyair dari 20 buah negara jemputan dari serata dunia, dimeriahkan lagi dengan budaya dari berbagai bangsa dan bahasa. Kami dibawa menaiki KD 1503 Sri Indera Sakti dari pelabuhan Lumut ke pantai Pasir Bogak.



Pada sebelah malamnya berlangsung acara peluncuran buku antologi puisi bandar/pekan terpilih di negeri Perak Darul Ridzuan. Majlis diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor, Pasir Bogak, dan disempurnakan perasmiannya oleh Y.A.B. Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abd. Kadir. Sejumlah sajak yang kuhasilkan termuat dalam beberapa antologi antara 15 antologi bandar/pekan tersebut. 


Sempat merakamkan sebuah haiku dalam Buku Pelawat KD Sri Indera Sakti:

langit membiru -
penulis sedunia
satu harmoni

Sunday, March 6, 2016

Pelancaran Antologi Sedetik.doc


Majlis pelancaran buku Indie Sedetik.doc telah berlangsung di KL Sentral Ahad, 6 Mac 2016. Pagi lagi dari Ipoh aku naiki komuter ke Kuala Lumpur, tiba tepat pada waktunya. Acaranya memang santai dan kami hanya lepak di ruang Galeri. Kebanyakan penulis dari kaum wanita nampaknya, penulis lelaki adalah lima atau enam orang.



Sebuah catatan mengenai pengalaman aku berkarya dalam genre haiku menjadi cerita pilihan - "Haiku: Kaizen Jatidiri". Cerita berkisar sejak tahun 2005 hingga lahirnya sebuah antologi haiku dengan judul "Projek Haiku" yang dikendalikan di laman sosial Facebook. Penulis terlibat diagihkan sejumlah 20 naskhah buku tersebut. 



Kenangan bersama-sama 50 penulis Sedetik.doc di akhir majlis. Ramai yang hadir tidak berapa aku kenal. Sebuah perjalan penulisan tercatat dalam Sedtik.doc. 



Saturday, March 5, 2016

Mr. Seigo Kitsuki, Fukuoka. Japan

Ake terima panggilan dari seorang pemandu pelancong dari agensi pelancongan di Kuala Lumpur memberitahu aku bahawa En. Kitsuki dari Fukuoka, Jepun ingin berjumpa di Hotel Syuen jam 8.00 malam. Aku rasa terkejut juga dengan berita itu, namun aku hadirkan diri untuk berjumpa dengannya. Aku diberikan cenderahati bungkusan kek buatan Jepun. 


Dia bersama isterinya telah ke Teluk Intan menziarahi makam emak saudaranya di Tanah Perkuburan Islam Durian Sebatang. Emak saudaranya telah berkahwin dengan kerabat di Raja negeri Perak pada tahun 1920'an. 


Esoknya aku membawa mereka shopping di Tesco, Ipoh Garden. Isterinya membeli banya serbuk teh Cameronian jenama Boh, dan beberapa paket rempat Baba's untuk kegunaannya di Fukuoka, katanya. 


Beberapa rangkap haiku ditulis oleh isterinya, Etsuko Kitsuki di atas kertas nota dari Hotel Syuen...

Monday, January 4, 2016

Nurul Faizah


Saat yang memilukan namun saat itu juga yang membanggakan. Anakanda Nurul Faizah ditawarkan mengikuti Latihan Pra-Perkhidmatan sebagai jururawat di Kolej Kejururawatan di Alor Setar, Kedah. Latihan akan memakan masa selama tiga tahun hingga ke tahun 2018, insyaAllah. 



Kami sekeluarga bersama emak menghantar Faizah untuk pendaftaran. Perjalan yang agak jauh, tapi itu adalah destinasi pilihan kerjayanya. Aku akur dengan pilihannya walaupun berat hati untuk melepaskan dia pergi belajar. 


Sebelum pulang, kami melawat sekitar bandaraya Alor Setar. Bergambar di Menara Alor Setar.  Aku menyimpan lara di hati di kejauhan ini, dan kehadirannya selalu membungakan rasa kasih. Semoga cermelang dalam bidang pengajianmu. 


Wednesday, December 30, 2015

Senandung Tanah Merah


Pelancaran antologi pantun Senandung Tanah Merah telah berlangsung di Tampines, Singapura.  Acara Ramah Mesra Penyair Serumpun Di Negara Berbilang Kaum dengan Bebas Melata dalam Pertemuan Sastera Budaya Negara Serumpun dikelolakan oleh penulis Singapura Pn. Rohani Din, a.k.a Anie Din. 


Sebelas rangkap pantun bertemakan bandaraya "Ipoh" termuat dalam antologi tersebut, bersama 10 rangkap pantun bertemakan bandar "Kuala Belait", Brunei Darussalam karya adinda Dipinggiran. 



Aku berkesempatan bertemu dengan penulis lainnya; Noor Aisya Buang (Singapura), Mohrosa Doloh (Thailand), Sutarso (Indonesia), dan adik Muhammad Rois Rinaldi (Indonesia). 

Bunda Anie Din melayan para peserta dengan begitu mesra, penyair yang hadir dari Singapura, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Thailand, dan Brunei Darussalam. Peserta disediakan tempat penginapan di Safra Resort Country Club, Changi Cpast Walk, Singapore. 

Saturday, December 5, 2015

Hescom 2015


Aku ke Kuala Lumpur ke tempat yang sama di Hotel Dynasty seperti tahun sebelumnya bagi menghadiri Malam Anugerah Hadiah e-Sastera.com. Kali ini aku pergi bersendirian kerana aku menyimpang dari acara Pulara di Pulau Pangkor. Peserta diminta hadir dengan menggayakan pakaian antarabangsa, dan aku memilih pakaian tradisional Muslim Kenya.


Malam itu aku menyampaikan sebuah haiku yang bertemakan Hescom, dan sebelum itu aku memberikan soalan teka-teki dari laman e-Sastera terbuka kepada hadirin. Soalan dapat dijawab oleh sdr Ahkarim dari Alor Setar, Kedah, dan beliau dihadiahkan sebuah buku "Projek Haiku".


Pada malam Hescom itu aku memenangi dua hadiah utama. Pertama Hadiah Sayembara Sajak Banjir 2015 di tempat pertama berjudul "Dugaan Banjir". Kedua, aku menerima Anugerah Haiku dan Tanka di tempat pertama dengan haiku bertemakan "Hiroshima Dalam Kenangan".    
 
Flag Counter