Showing posts with label Pertandingan. Show all posts
Showing posts with label Pertandingan. Show all posts

Saturday, October 21, 2000

Pertandingan Memasak Terbesar 2000


Pertandingan Memasak Terbesar di Malaysia sempena Tahun Melawat Perak 2000 telah diadakan pada Sabtu 21 Oktober 2000.  Acara telah dianjurkan oleh "The Malaysia Book of Records" bersama Tourism Perak, Nestle's Ideal, Shell Gas dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Dataran Ipoh, berhadapan dengan bangunan MBI. Pertandingan memasak disyaratkan untuk memasak ikan air tawar.


Aku turut menyertai pertandingan memasak itu bersama isteri dengan menyediakan Masak Lemak Ikan Jelawat.  Kami peserta yang ke 292.  Segala peralatan memasak dan menghidang hendaklah disediakan oleh para peserta sendiri.  Pengadilan dikira dari rasa masakan dan persembahan hidangan.  Setakat turut serta sajalah, menang bagi kat orang lain.


Monday, May 12, 1997

Pertandingan Suara Kucing "Friskies"


Sempena hari ulangtahun ke 9 Bandaraya Ipoh pada 12 Mei 1997, Pertanding Kucing Kebangsaan anjuran KKM-Friskiestelah diadakan di UO Shopping Kompleks, Greentown Mall.  Aku telah menyertai pertandingan "Meniru Suara Kucing" bagi kategori dewasa. Siapa sangka - aku mendapat tempat kedua dalam pertandingan itu.

Anak perempuanku, Nurul Farahana juga turut menyertai pertandingan mewarna yang dianjurkan. Dia lebih beruntung kerana memenangi tempat pertama.  Dia mendapat hadiah trofi, hamper dan sebuah basikal kecil.

Tuesday, December 9, 1980

Pertandingan Tarian Peringkat Kebangsaan


Kumpulan kebudayaan dari Badan Budaya Perak telah berjaya mewakili negeri Perak ke Pertandingan Drama dan Tarian Peringkat Kebangsaan di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya. Badan Budaya Perak mempersembahkan satu dramatari bertajuk "Sang Kuriang" dan sebuah tarian bertajuk "Di Ambang Syurga"



Delegasi Badan Budaya Perak menginap di salah sebuah asrama di kampus tersebut.  Antara yang turut serta adalah; Jariah, Safiah, Noor, Hawa, dan beberapa ahli yang lain.

Saturday, November 1, 1980

Bakat YMCA 1980


Aku tidak pernah menyanyi secara terbuka, apatah lagi di hadapan penonton yang ramai.  Tapi aku ingin mencuba.  Aku sertai pertandingan Bakat Y.M.C.A. 1980 yang diadakan di Dewan YMCA, Ipoh pada Sabtu 1 November 1980. Aku menyampaikan sebuah lagu Inggeris bertajuk "You Mean Everything To Me" yang dipopularkan oleh Neil Sedaka.  Nampak gayanya setakat itu sajalah percubaan yang berani aku tempuhi.

Friday, May 30, 1980

Apple Jam Disco Dancin' Contest

 
Tahun 80'an terkenal dengan kegilaan muzik dan tarian disco. Di Ipoh tidak kurang juga tumbuhnya disko untuk anak-anak muda yang meminati lagu berentak disko. Antaranya "Apple Jam" Pub & Discotheque, di jalan Ali Pitchay, Ipoh. Itu adalah diskon yang pertama di Ipoh.

Aku tidak lepas peluang menyertai pertandingan tarian disco di Apple Jam. Pertandingan diadakan pada 30 May, 1980. Aku dalam saringan kedua memilih lagu "Money, Money, Money" dari kumpulan ABBA. Cukuplah sekdar mencuba, menangnya tidak juga.

Nota: James Kennedy adalah DJ pertama bertugas di Apple Jam Pub & Discotheque, di alamat 21 Jalan Ali Pitchay. Kini beliau menjadi pemilik restoran Rockafellas di Lumut. Rujukan

Haiku / Haiga