Showing posts with label Lawatan Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Lawatan Luar Negara. Show all posts

Tuesday, October 8, 2024

Umrah di Arab Saudi


Tiba di Lapangan Terbang Kin Abdul Aziz, Jeddah, Arab Saudi pada 7.00 malam waktu tempatan, menginap di Hotel Swiss International, Taif. Penerbangan Malaysian Airlines MH156 memakan masa hampir enam jam.   

 
Subhanall walhamdulillah wa laillaha ilallah wa allahu akbar. Pertama kali aku menatap kaabah di masjidilharam Mekah. Kesayuan di hati tidak dapat kutahan atas kebesaran-Nya.   


Lawatan ke Padang Arafah dan Jabbal Rahmah pada 9 Rabiulakhir 1446 Hijrah yang terletak sekitar 20 kilometer dari kota suci Mekah. Bukit ini dikenali juga sebagai tempat bertemunya Nabi Adam a.s dan Siti Hawa r.a setelah diturunkan dari syurga.  
 



KLIA Pelepasan


Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sementara menunggu taklimat daripada pihak Tabung Haji Travel. 


Malaysian Airlines MH 156 dari ruang jendela.  


 

Video Lawatan: Umrah, Arab Saudi


Syukur alhamdulillah aku bersama isteri dijemput oleh Allah SWT ke tanah suci untuk mengerjakan umrah pada 8 hingga 20 Oktober 2024. Berkesempatan menziarah kota Jeddah, Thaif, Madinah, dan masjidilharam di Mekah melalui khidmat pelancongan Tabung Haji Pulau Pinang. .  


Friday, October 9, 2020

Video Lawatan: Bangkok, Thailand

 

Flying Thai Airways from KLIA, Kuala Lumpur (KUL) to Don Muang International Airport (DMK), Don Muang, Bangkok, Thailand on official departmental visit to Bangkok City Hall.

Apart from that, we're taken for a visit to nearby Siam Commercial Bank PCL for a briefing. A stop-over at the Arun Ratchawararam Ratchawararahawihan by the bank of Chao Phraya River. 

Wednesday, May 27, 2015

Persinggahan di Miri, Sarawak


Ini adalah kali pertama aku sampai ke bandaraya Miri di Sarawak, merupakan bandaraya kedua yang pernah aku lawati selepas bandaraya Kuching. Persinggahan hanya buat beberapa jam sebelum terus beredar ke Kampung Pandan di Kuala Belait, Brunei Darussalam. Bergambar di hadapan Masjid At-Taqwa, Miri.


Sebelum pulang ke Semenanjung, sempat bergambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Miri, Sarawak. 

Friday, July 16, 2010

Pertemuan Penyair Nusantara Ke-4 Brunei



Pertemuan Penyair Nusantara Ke-4, mula dari 16 hingga 18 Julai 2010 telah berlansung pelancarannya di Dewan Tingkat 15, Bangunan Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei. Dimulakan dengan ucapan daripada Ketua I Asterawani, Yang Mulia Prof. Madya Ampuan Dr. Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah. Majlis kemudiannya dirasmikan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abdul Aziz bin Juned (Adi Rumi),Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam.

Rombongan Malaysia diwakili oleh ahli-ahli eSastera.com yang diketuai oleh Prof. Dr. Irwan. Turut disertai oleh Ilya Kablam, Citranalis, Has1mah, TabirAlam, Anbakri, Juragan Timur, Kerisakti, Puzi Hadi, Teratai, Noriah Darus dan beberapa jemputan lain. 

seuntai kata
tersurat dan tersirat
memintal akal


lailatulqadar
khalwat mencari waktu
tujuh anggota

Aku berpeluang memperkenalkan persembahan 'Haiku' semasa Festival Penyair Nusantara yang berlansung di Dewan Raya, Radio dan Televisyen Brunei bersama beberapa rakan eSastera lain.  Sebuah 'Senryu' memperkenalkan 'Haiku' dan sebuah 'Haiku' berkenaan 'Qiamullail'.

























Sempat bergambar di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan, Brunei Darusalam. Sempat bergambar bersama sdr Habiburrahman Al-Shirezi, novelis dari Indonsia dengan novelnya "Ayat-Ayat Cinta". 


Thursday, July 15, 2010

Video Lawatan: Brunei Darussalam


Pertemuan Penyair Nusantara Ke-4, berlangsung mulai 16 hingga 18 Julai 2020 bertempat di Bangunan Persatuan Guru-Guru Melayu Brunei, Bandar Seri Begawan, Brunei darussalam. 

Rombongan dari Malaysia diwakili oleh grup E-Sastera diketuai oleh Dr. Prof. Irawan Abu Bakar.  

Friday, August 15, 2008

Lawatan Ke Piyamit Tunnel, Betong, Thailand


Sempena "Betong Walking Street Festival 2008" aku bersama kumpulan D'Bougainvillea turut menyertai program tersebut di bandar sempadan, Betong, dalam daerah Yala, Thailand mulai 15 Ogos hingga 17 Ogos 2008.  Kami menginap di Garden View Hotel, Betong.  



Sementara berada di sana kami dibawa melawat 'Piyanit Tunnel' tempat peninggalan komunis Malaya sepanjang 1km di bawah tanah. Kehidupan perselindungan mereka seumpama sarang semut yang berbelok-belok dan ruang-ruang kecil untuk tidur dan berbincang.  Ada sejarah perubahan bendera komunis dari tahu 1941 hingga 1983.


Acara tersebut juga melansungkan perasmian "Arena Stadium" oleh Datuk Bandar Bangkok. Stadium tersebut ialah tempat berlansungnya persembahan kebudayaan pada acara malam itu.  Keesokkannya kami sempat melawat "Galeri Budaya Betong' yang mempamerkan berbagai peralatan tradisional dari negara-negara ASEAN.

Sunday, October 28, 2007

Nanning International Folk Song Arts Festival 2007


9th Nanning International Folk Song Arts Festival berlansung mulai 28 Oktober 2007 di bandaraya Nanning, Guangxi Province, China. Aku mengiringi kumpulan D'Bougainvillae, Majlis Bandaraya Ipoh mewakili kumpulan kebudayaan Malaysia. Acara sungguh meriah dengan pembukaan rasmi 'Evening Gala' yang penuh warna-warni.


Persembahan kebudayaan dilakukan di beberapa buah bandar dalam tempuh tiga hari dengan tema tertentu.  Majlis Makan Malam  'Banquet for International Artists pada 30 Oktober 2007 berlansung di Guangxi Wharton International Hotel. Aku sempat bergambar bersama 'Rainbow Band' dari South Africa semasa rehearsal di Guangxi TV Network Studio, Nanning.


Saturday, October 27, 2007

Video Lawatan: Nanning, China


"9th Nanning International Folk Songs Arts Festival" berlangsung mulai 28 Oktober 2007 di bandaraya Nanning, Guangxi Province, China. Aku mengiringi kumpulan budaya D' Bougainvillae, Majlis Bandaraya Ipoh mewakili kumpulan kebudayaan Malaysia. 

Wednesday, August 8, 2007

TPO 3rd General Assembly, Guangzhou


 

Bahang Olympic 2008 dapat dirasakan di merata-rata tempat, terutama di kiosk Coca Cola yang mempromosikan barangan cenderamata seperti maskot Olympic Beijing - Bei Bei, Jing Jing, Huan Huan, Ni Ni dan Ying Ying. Aku sempat menikmatai pelayaran bot 'Night Oriental Cruise di Pearl River, pelayaran bermula dari Tianzi Wharf hingga ke punghujung layaran di Sun Yat Sen University Square.  

 

Sebelum berlepas pulang ke tanah air, aku mengambil kesempatan pada  esoknya melawat "Street History of Ming Dynasty" di tengah-tengah 'pedestrian walk' di bandaraya Guangzhou.  Tapak sejarah itu disediakan dalam ruang dalam tanah yang ditutup dengan cermin dan disertakan maklumat tentang sejarahnya.



Monday, October 9, 2000

Lawatan ke Bangkok, Thailand


Lawatan rasmi Bahagian Letak Kereta, Jabatan Kewangan, MBI ke Bangkok City Hall, telah diadakan pada 9 hingga 13 Oktober 2000. Delegasi MBI di wakili oleh En. Mohamad Amin, aku bersama Saedah Zamani, Jamaliah Zawawi, Ir. Xavier, A. Chelvanayagam dan T. Karuppiah.  Kami menaiki pesawat Thai Airways dan tiba di Don Muang International Airport pada tengahari.



Taklimat disampaikan oleh pihak Bangkok City Hall. Kami dibawa melawat Siam Commercial Bank CPL, menyusuri Bangkok Floating Market, dan istimewa sekali ke Samutprakan Crocodile Farm and Zoo.  Lawatan seterusnya ke Pathaya sambil bersantai di pantai Pathaya yang terkenal sebagai pusat pelancongan.

Tuesday, August 26, 1997

Video Lawatan: Beijing, China


Menghadiri "International Quality Control Circle 1997 Convention" di Beijing, China mulai 28 Ogos hingga 1 September 1997. Aku selaku fasilitator kumpulan KMK SINAR, Majlis Badaraya Ipoh mewakili negeri Perak bersama ketua kumpulan KMK SINAR, Robert Chlvanayagam. Kami tiba di Beijing sehari awal pada 27 Ogos 1997. 

Saturday, May 18, 1996

Lawatan ke Songkhla, Thailand


Lawatan insentif sambil belajar kumpulan KMK SINAR, dari Bahagian Letak Kereta, Jabatan Kewangan, Majlis Bandaraya Ipoh telah mengadakan lawatan ke Songkhla, Thailand pada 18 hingga 20 Mei 1996. Aku selaku fasilitator bersama kumpulan KMK SINAR, Jabatan Kewangan, MBI.


Ahli-ahli lain yang turut serta; Saedah Zamani, Jamaliah Zawawi, A. Ramasamy. Lee Siew Ching, Hor Choong Kong, A. Chelvanayagam, Iruthayasamy Xavier, T. Karuppiah dan diketuai oleh En. Aminuddin selaku pegawai penyelaras lawatan.



Tuesday, July 4, 1995

Kumpulan KMK SINAR ke Medan, Indonesia



Kumpulan KMK SINAR menerima hadiah lawatan sambil belajar ke Medan Indonnesia bermula dari 4 hingga 8 Julai 1995. Pn. Najillah selaku ketua rombongan bagi Majlis Bandaraya Ipoh. Ahli terdiri dari Robert Chelvanayagam selaku ketua kumpulan SINAR, aku selaku Fasilitator, yang lainnya Hor Choong Kong, Lee Siew Ching, Mustaffa bin Salleh, Saedah bt Zamani, Nasir, Jamal, Dhana, Jamilah Bee bt Abdul Ghaffour.



Di Medan, kami menginap di Garuda Plaza Hotel, keesokkan harinya melawat ke tempat pelancongan Danau Toba, dan menginap diDanau Toba International Cottage, Parapat. Kumpulan juga dibawa pergi ke Pulau Somasir untuk membeli-belah serta melawat tempat-tempat bersejarah di sana.


Tidak ketinggalan kami berpeluang pergi ke Brastagi, tapi cuacanya sungguh dingin pada malam hari. Pemandangan dari atas bukit ternyata aman dan tenang. Sebelum berangkat pulang, kami pergi melawat pasar buah-buahan dan kawah gunung berapi berhampiran. 

Tuesday, January 3, 1995

Lawatan ke London 1995

3 January 1995, pertama kali aku menjejak kaki di London setiba di Heathrow Airport, London. Ake pergi bersama keluarga adikku Shiela, serta anak saudara Yashir. Ketika di sana kami cuma dapat ronda-ronda melihat sekitar bandaraya London, Westminster Abbey, House of Parliament, Trafalgar Square, London Tower dan sempat bergambar di Tower Bridge.


Tidak melepaskan peluang untuk melawat Madame Tussaud's Wax Museum. Terdapat banyak patung-patung orang kenamaan termasuk Yasser Arafat, Joan Collin, Queen Elizabeth family, dan yang istimewa kumpulan The Beatles.


Tower of London penuh dengan kisah burung Raven yang sungguh mistikal. Menjelajah ke lorong-lorong sejarah di castle tersebut.

Saturday, December 24, 1994

Lawatan Las Vegas New Year's Party 1995


24 Disember 1994, dari Burbank Bob Hope International Airport di California, kami terus ke McCarran International Airport di Las Vegas, Nevada. Kami masih menginap di Caesar's Palace, Las Vegas. Sebelah petang cuaca awal sudah gelap. Kami bersiar-siar ke MGM Casino dan beberapa bangunan lain yang berhampiran.


Di sana kami menonton persembahan silap mata David Copperfield di Circus Maximus Showroom Adegannya mencemaskan. Pada 31 Disember 1994, kami terima jemputan menghadiri The Premier Party New Year's 1995 di Caesar's Palace dengan persembahan dari kumpulan Smokey Robinsons. 


Aku ditemani Gabby dari Philippines, John bersama kawannya Elizabeth, adikku Shiela bersama suaminya Datuk Yahaya, Jeff bersama tunangnya Debby. Makan dan minum masih dijaga...

Lawatan ke New York dan Florida 1994


24 Disember 1994, berlepas dari Burbank Airport terus ke Newark Liberty Airport di New Jersey. Kami sekeluarga menginap di Caesar's Palace, New Jersey. Di sekitar Boarwalk berhampiran dengan Lautan Atlantic. Cuaca semakin sejuk hampir musim winter.


Di Orlando, kami menginap di Universal City Hilton and Towers.  Lawatan terakhir di Amerika diteruskan ke Florida. Di Orlando, kami melawat Universal Studio, Florida dengan Flinstone theme park, Jaws them park. Destinasi lain termasuk taman tema Disneyworld, Orlando.


Dari New Jersey pergi ke New York, Manhattan melalui terowong bawah laut Hudson. Menginap di New York Hilton di tingkat 47, tiada pemandangan mendatar, cuma merenung ke langit di celah-celah bangunan pencakar langit. Melawat Empire State Building, Statue of Liberty di Liberty Islands, St. Cathederal Church, dan Statten Island Museum.

Sunday, September 20, 1992

Lawatan Asia Month - Ipoh Week, Fukuoka 1992



'Ipoh Week' dianjurkan sempena 'Asia Month 1992' di bandaraya Fukuoka, Jepun bermula 20 hingga 27 September 1992. Delegasi kebudayaan dari Ipoh diwakili oleh artis budaya Majlis Bandaraya Ipoh. Perasmiannya diadakan di Fukuoka City Hall Plaza. Persembahan kebudayaan diadakan di kawasan Asean Market Site berhampiran Fukuoka City Hall. 


Kumpulan kebudayaan MBI, lima orang artis budaya lelaki dan tujuh orang artis budaya perempuan turut serta dalam perarakan "Asean Night Parade" yang melingkari sekitar Fukuoka City Hall.  Persemabahan tarianjuga dipersembahkan oleh peserta-peserta dari negara Asean lain. Persembahan utama dibuat berhadapan Asean Stage.


Sebelum pulang, kami dibawa melawat sekitar bandaraya Fukuoka seperti Ninja Village, Hakata Shopping Arcade, Fukuoka Tower, Fukuoka Space Center di Kitakyushu, Tenjin Temple dan lain-lain.

Saturday, September 19, 1992

Video Lawatan: Fukuoka, Jepun


Mengiringi Kumpulan Budaya MBI ke acara "Ipoh Week" yang dianjurkan sempena "Asia Month 1992" berlangsung di bandaraya Fukuoka, Jepun bermula dari 20 hingga 27 September 1992. Delegasi kebudayaan dari Ipoh diwakili oleh artis budaya Majlis Bandaraya Ipoh. Perasmian acara diadakan di Fukuoka City Hall Plaza. Manakala persemabahan kebudayaan diadakan di kawasan "Asean Market" site berhampiran Fukuoka City Hall. 

Pantun Hari Jadi: Khair Man