Monday, January 12, 2015
Antologi Haiku@Facebook e-book
Pertama kalinya aku menerbitkan sebuah e-book berjudul "Antologi Haiku@Facebook" melalui laman sosial Facebook di bawah muka "Klinik Haiku & Tanka". Buku ini mengumpulkan sejumlah haiku yang dihasilkan oleh antara 20 orang yang bergiat aktif menulis haiku di laman itu. Penyumbang terdiri dari penulis-penulis Malaysia, Singapore, dan Indonesia.
e-book ini memuatkan 98 buah haiku bahasa Melayu, dan 10 buah haiku bahasa Inggeris, disamping 20 buah haiga yang telah dihasilkan oleh 22 orang penulis yang bergiat aktif di laman "Klinik Haiku & Tanka".
Mereka terdiri dari Sazalee Sulaiman, Sri Mawar, Asmira Suhadis, Sha Hashim, Muhamad Amin, Syafrein Effendi Usman, Bintang Kartika, Nor Azizah, Noor Aisya Buang, Saniah Masri, Aiza Zizan, Amir Hamzah Mohd Wazir, Firdaus, Ayano Rosie, Aida Ar, Zulkifli Mohd Zin, Masnah, Citey Spectra, Citranalis, Din Kelate, dan Nor Aziah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Konsert Puisi Ipoh
Konsert Puisi Ipoh adalah salah satu di antara 15 buah konsert Jelajah Puisi Perak yang akan dianjurkan oleh Karyawan Pk sepanjang tahun ...

-
A ntara enam buah pantun bertemakan 'Ulam Untuk Kesihatan' hanya sebuah sahaja pantun yang terpilih - Pantun Ulam Raja, ...
-
Sekian lama aku hanya mengetahui tentang hubungan aku sebagai cucu kepada Datuk Shahbandar Hulu, Kuala Kangsar, namun aku belum berpeluan...
-
Tahun 80'an terkenal dengan kegilaan muzik dan tarian disco. Di Ipoh tidak kurang juga tumbuhnya disko untuk anak-anak muda yang mem...
6 comments:
Alhamdulllah. Tahniah Cikgu Tabir Alam berjaya mengumpul dan menghasilkan e-buku ini untuk rujukan haijin.
Terima kasih Sha, e-book ini mengambil masa hampir 3 tahun untuk mengumpulkan haiku yang baik dan melepasi tahap pembacaan umum. TabirAlam.
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. 3 tahun tu panjang juga tempoh pengumpulan haiku oleh Cikgu. Mudah-mudahan memberi impak yang besar kepada peminat haiku, insyaAllah.
wahh...terujanya..pasti menarik minat pencinta seni untuk mendalami apa itu Haiku ..
sdr Emiracle boleh ikut serta dalam "Klinik Haiku & Tanka" - kalau ada akaun Facebook sila join grup tu...
susah payah
jatuh bangun akhirnya terlaksana.
Post a Comment