Showing posts with label Konvensyen. Show all posts
Showing posts with label Konvensyen. Show all posts

Monday, June 16, 2003

Konvensyen QCC 2003

Aku dan Robert Chelvanayagam mewakil Majlis Bandaraya Ipohke Konvensyen QCC Wilayah Utara 2003 yang berlansung di Pulau Pinang pada Isnin 16 Jun 2003.  Konvensyen dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Negara (NPC), dan majlis dirasmikan oleh Y.Bhg. Ir. Mah Lok Abdullah. Semasa konvensyen bersidang, banyak pengalaman baru diperolehi dari segi teknik dan persembahan projek.

Sunday, February 11, 2001

Konvensyen Fiesta USM


Konvensyen Wanita 2001 di USM telah diadakan pada Ahad 11 Februari 2001 di USM Cawangan Perak.  Perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Shahrizat Abdul Jalil. Tema konvensyen - "Gender". Aku bersama empat orang anggota lelaki lain mewakil Majlis Bandaraya Ipoh.

Wednesday, August 27, 1997

IQCCC 97 Beijing, China



International Quality Control Circle 1997 Convention telah diadakan di Beijing, China mulai 28 Ogos hingga 1 September 1997.  Kami tiba mendarat di Beijing Capital International Airpot pada hari sebelumnya 27 Ogos.  Aku mewakili kumpulan SINAR dari Majlis Bandaraya Ipoh, bersama Robert Chelvanayagam mewakili negeri Perak (Malaysia) ke konvensyen tersebut. Beberapa ahli QCC lain juga turut serta mewakili Perak. Persembahan QCC yang disampaikan oleh kumpulan negara-negara luar yang lain sungguh menarik dari segi teknik persediaan dan penyampaian maklumatnya.


Kami menginap di Twenty-First Century Hotel di Liang Ma Qiao Road, Chaoyang, Beijing.  Sessi lawatan yang dianjurkan sungguh padat buat peserta-peserta yang hadir.  Kami dibawa melawat Great Wall of China di Ba Da Ling, ianya suatu pengalaman yang berharga menjejaki beberapa tower yang melingkari negara China itu. Binaan itu merupaka salah satu dari Seven Wonders of the World.


Selain itu, kami melawat Forbidden City dengan kisah Empress Dowager, Marco Polo 17 Arches, Marble Boat, History Museum, Mao Mouselum, Pin Yue Mosque, World Park dengan bangunan miniatur terkenal di dunia, dan Tiananmen Square yang bersejarah.



Haiku / Haiga