Thursday, November 12, 2026

BAIT BAIT YANG TAK TERUNGKAP


Antologi "BAIT BAIT YANG TAK TERUNGKAP - Antologi Puisi Graha Karya Edisi 3/2026" merupakan terbitan Akademi SPTA yang kelima bagi tahun 2026 memuatkan 105 buah puisi terdiri dari 28 genre puisi daripada 35 orang pemuisi. 

Antara pemuis yang terlibat; Abdul Aziz Ali, Ana Cik Kamal, Bayu Pagi, Citranalis, CT Nurza, Dewi KuYah, Dewi Sukma, Hajar Sharif, Hamimah Ibrahim, Jamal A. Majid, Kamaliehudie NS, Kassim Hj Buntak, Lanz Linked, Nasrul Isyam, Nazim MS, Noorlaila Ghafar, Nurul Ismail, Onn Abdullah, Oui Bin Sal, Pak Ngah, Paridah Ishak, Ramlee Jalimin Jainin, Rosnani Abdullah, Rozeline Vitalis, Sabariah Eda, Sabariah Ros, Salmah Amir, Seti Zaleha, Sitihjar Shasha, Siti Norma, Syidah Ida, TabirAlam, Yahti Hayati, Zulkifli Baharun, dan Zuraida Dewi.    

Saturday, November 7, 2026

Konvokesyen Muhammad Rayyan


Menghadiri Majlis Konvokesyen Tadika Firdaus sekolah cucu, Muhammad Rayyan di Tower Regency Hotel, Ipoh, Perak. Beruntungnya anak-anak sekarang, semasa tamat tadika pun ada majlis konvokesyen. Zama kita dulu, tahu-tahu terus masuk darjah 1.  

Wednesday, October 28, 2026

CT Scan


Rawatan susulan seperti biasa di IJN, tapi kali ini buat CT scan. Masya-Allah tak sangka agak sakit juga semasa 'scanning' dibuat hingga terangkat badan dan kaki disebabkan terkejut dengan kesan ubatannya. . 

BAIT BAIT YANG TAK TERUNGKAP

Antologi "BAIT BAIT YANG TAK TERUNGKAP - Antologi Puisi Graha Karya Edisi 3/2026" merupakan terbitan Akademi SPTA yang kelima bagi...