Tahniah diucapkan buat anak menantu perempuan, Noor Faharani bt Che Alias, isteri kepada anakanda Abi fathullah atas penganugerahan "Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia" sempena "Majlis Konvokesyen Ke-67" Universiti teknologi Malaysia (UTM) bertempat di Dewan Sultan Iskandar, Johor.
Showing posts with label Konvokesyen. Show all posts
Showing posts with label Konvokesyen. Show all posts
Tuesday, November 21, 2023
Saturday, November 22, 2014
Konvokesyen Abi Fathullah
Konvokesyen anak lelaki Abi Fathullah berlansung pada Konvokesyen Ke 7 Kolej Teknologi Perak (KTP) yang telah berlansung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh pada Sabtu, 22 November 2014, jam 2.00 petang. Majlis disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Eleena Binti Almarhum Sultan Azlan Shah.
Saturday, August 23, 2014
Konvokesyen Ke 16 OUM
Konvokesyen ke 16 Open University Malaysia (OUM) telah disempurnakan di Dewan Merdeka Putra World Trade Centre (PWTC) di Kuala Lumpur pada Sabtu 23 Ogos 2014. Aku ditemani isteri, emak dan dua orang anak perempuan, Nurul Faizah dan Nurul Fithri.
Aku menamatkankan pengajian dalam 'Bachelor Of Psychology with Honors' (BPSY) setelah hampir lima tahun Pengajian Jarak Jauh bermula dari tahun 2009. Kuliah diadakan di Pusat Pembelajaran Perak OUM, sama ada di Lorong Greenhill atau Jalan Lim Bo Seng. Syukur kerana 'Project Paper' dapat diselesaikan.
Tuntutlah ilmu hingga ke akhir hayat... Terima kasih mak kerana melahirkan aku ke dunia ini
Cenderahati sebagai kenang-kenangan...
Sunday, November 9, 2008
"Caregivers" Convocation
Menerima skrol "Professional Certificate For Caregivers" semasa Majlis Penyampaian Sijil Ekskutif 2008 di Dewan Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Aku mengikuti kursus bersijil ini di bawah tajaan Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (MAKPEM) dengan kerjasama Open Universiti Malaysia (OUM).
Aku menyertai kursus bersijil ini bagi mewakili Pertubuhan The Befrienders Ipoh, dimana kami berkhidmat sebagai sukarelawan membimbing melaui telefon. Kursus mengambil masa hampir lapa belas bulan.
Bergambar bersama rakan-rakan seperjuangan dari Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakt yang mewakili beberapa buah pertubuhan lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
A ku bukanlah seorang pendidik di sekolah, namun aku hanya membimbing rakan-rakan penulis yang berminat untuk belajar mengenali puis-puisi y...
-
Pertama kalinya aku menerbitkan sebuah e-book berjudul "Antologi Haiku@Facebook" melalui laman sosial Facebook di bawah muka ...









