Showing posts with label Aktiviti Jabatan. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Jabatan. Show all posts

Wednesday, December 2, 2009

Monsoon Cup 2009



Monsoon Cup 2009 telah berlansung di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa di Pulau Duyung, Kuala Terengganu, Terengganu dari 2 hingga 6 Disember 2009.  Acara dianjurkan oleh World Tour Match Racing bertaraf dunia, hebat sungguh Terengganu kita...

Aku bersama kumpulan kebudayaan MBI (D'Bougainvillea) turut serta dalam pertandingan tarian kebudayaan dengan bertemakan "Satu Budaya, Satu Malaysia". Kami menginap di asrama Blok N, Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) di Gong Badak, dulunya dikenali sebagai KUSZA.  Semasa di sana, kami sempat melawat Taman Tamaddun Islam dengan 21 buah monument Islam yang terbina di seluruh dunia. Antara binaan yang terindah adalah Kubah As-Sakhrah di Palestine dan Taj Mahal di Agra, India.





D'Bougainvillea mempersembahkan tarian 'Rentak Tari Kreasi Malaysia' yang bertemakan buluh sebagai sumber kehidupan seharian ethnik di Malaysia.  Kumpulan Majlis Bandaraya Ipoh dinobatkan sebagai ikon karnival Monsoon Cup 2009, memenangi tempat pertama dengan hadiah bernilai RM7,000.00 bersama trofi dan percutian tiga hari dua malam di Teluk Batik, Perak.








Friday, December 12, 2008

International Indoor Hockey


Aku dipilih menjadi "Commentator" bagi perlawanan "First Indoor Hockey Tournament" yang di adakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh mulai Isnin 10 hingga 15 Disember 2008. Pertandingan diadakan bagi merebut Piala Sultan Azlan Shah. 


Antara pasukan negara yang bertanding adalah Jepun, Pakistan, Korea Selatan, Singapore, Afghanistan, Bangladesh, Kazakhstan, Sri Lanka, Thailand, Hong Kong, Iran, dan beberapa negara lain lagi.


Saturday, November 24, 2007

Forum Perdana Ehwal Islam


Satu slot Forum Perdana Ehwal Islam telah membuat rakaman dua episod; "Cash lain... Hutang lain..." dan :Korban online... Beres". Rakaman dibuat di Dataran Ipoh, Greentown di hadapam bangunan pejabatku Majlis Bandaraya Ipoh pada Sabtu, 24 November 2007. Program dianajurkan bersama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Bank Rakyat, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Aku dijemput menjadi penonton yang mengemukakan soalan dari kalangan penonton yang hadir. Soalan yng aku kemukakan berkisar tentang tajuk "Korban online" yang mempersoalkan akad dalam mengerjakan ibadah korban secara online.  Rancangan tersebut disiarkan dalam rancangan di TV3.

Saturday, July 21, 2007

Pegawai Khas Datuk Bandar Ipoh


Aku dilantik bertugas untuk Datuk Bandar Ipoh semasa itu, Dato' Haji Rafiai di tingkat 10, Majlis Bandaraya Ipoh.  Disebabkan ketiadaan ruang lagi, aku disediakan tempat di ruang pintu masuk ke Pejabat Datuk Bandar.  Kerja yang aku membuat aku teruja apabila ditugaskan mengendali urusan korespondens dengan Tourism Scope yang berpengkalan di Busan, Korea.


Bidang kerjanya berkenaan pelancongan dengan Asia Pacific Tourism Promotion Organization (APTPO).  Sepanjang bertugas di tingkat 10, aku berpeluang mengiring Datuk Bandar menghadiri 'The 3rd TPO General Assembly' di Guangzhou, China pada tahun 2007 dan ke Nanning, China pada tahun 2009.


Antara tugasan lain semasa di Guangzhou aku perlu mengendalikan urusan promosi bnadaraya Ipoh di ruang legar hotel terkemuka Dong Fang Hotel, Guangzhou,bersama rakan-rakan lain dari bandaraya-bandaraya ahli APTPO yang lain.  Maklumat berkenaan APTPO boleh dicapai disini. 

Friday, October 19, 2001

Malaysia Tourism Expo 2001 Singapore


Promosi "Holiday Malaysia Tourism Expo 2001"  telah diadakan di Suntee Square, Singapore pada 19 hingga 21 Oktober 2001. Wakil dari Majlis Bandaraya Ipoh disertai oleh Pn. Rohayu, Pn. Saleha dan aku sendiri. Kumpulan kebudayaan D' Bougainvillae membuat persembahan di tempat berasingan.


Aku mengandalikan kaunter pertanyaan dengan mempromosikan produk pelancongan dari negeri Perak. Pada masa yang sama memperkenalkan model "Ipoh Virtual City" tentang penyampaian perkhidmatan melalui sistem maya.


Monday, September 24, 2001

Pesta Perak 2001 Di Sunway Lagoon


Aku turut terlibat dengan promosi pelancongan - Pesta Perak 2001 yang telah diadakan di Sunway Pyramid & Sunway Lagoon Resort Hotel anjuran Kerajaan Negeri Perak pada 24 hingga 30 September 2001.

Sepanjang pesta itu, kami mempromosikan pelbagai makanan terkenal dari Perak seperti Rendang Tok, Rendang Dinding, Ipoh Sar Hor Fun, Taiping Popiah, Laksa Kuala Kangsar. Selain itu juga kami memperkenalkan 'signature' produk pelancongan - buah Limau Tambun dan Kacang Goreng Menglembu.



Tema promosi - 'Mari Cuti-Cuti Ke Perak' dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Diraja Mohd Tajol Rosli b. Ghazali.  Booth Majlis Bandaraya di C3, ruang legar pameran. 

Friday, May 30, 1997

Fasilitator KMK Terbaik Negeri Perak



Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) SINAR dari Bahagian Letak Kereta, Jabatan Kewangan, Majlis Bandaraya Ipoh berjaya menjadi Johan Pertandingan Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja Sektor Awam Ke-10 Peringkat Negeri Perak 1997. Kumpulan kami terdiri dari A. Chelvanayagam (Ketua Kumpulan), Aku sendiri selaku Fasilitator, ahli lainnya Jamaliah Zawawi, T. Karuppiah, A. Ramasamy, Ir. Xavier dan Saedah Zamani.



Aku menerima Anugerah YAB Menteri Besar Perak, Anugerah Fasilitator Terbaik 1997 peringkat negeri Perak. Konvensyen berlansung dari 30 hingga 31 Mei 1997 di Dewan Bandaran Ipoh. Tajuk projek "Kesangkutan Syiling Dalam Meter Letak Kereta Jenis POM-APM Electronics"

Saturday, July 30, 1977

Majlis Perpisahan



Majlis ini ialah Jamuan Perpisahan untuk rakan sekerja dari Bahagian Letak Kereta, Majlis Bandaraya Ipoh.  Ketua Bahagian, Wong Tuck Soon turut bersama kami pada majlis itu. 

Antara yang masih dikenali, dari kiri (hadapan) Mohd Harun, (x), Karuppiah, Maryam, Noraini Hassan, Daud Hamid, anggota yang diraikan, Wong Tuck Soon, Hor Kam Lan, Vijiakumar, Zahorajan, Jamilah, (x).

Yang lain-lain tu akan dikemaskinikan.

Wednesday, June 18, 1975

Parking Attendant MPI



Bergambar bersama rakan setugas dari Unit Letak Kereta, Bahagian Kewangan, Majlis Perbandaran Ipoh.  Selepas tamat sekolah aku terus terima apa saja kerja yang ada, dan aku menjadi anggota Majlis Perbandaran Ipoh ketika sebagai Atenden Letak Kereta (Parking Attendant).  Dari kiri, Sodarshan Kumar, aku, Mohad Daud, Supramaniam, dan Raja Ismail.

Pantun Hari Jadi: Ana Cik Kamal