Friday, December 1, 2017

Perkahwinan: Abi Fathullah

Majlis perkahwinan anakanda Abi fathullah dengan pasangannya Noor Faharani bt Che Alias berlangsung di Kampung Sungai Jagung, Sungai Petani, Kedah. Semoga diberkati Allah SWT.  

Bersama ahli keluarga bersama emak 

Pengantin tiba ...

Friday, October 27, 2017

Pesta Pantun Wayangan 2017


Aku dijemput menghakimi "Pesta Pantun Wayangan 2017" oleh pihak penganjur, Royal College of Medicine Perak (RCMP), Cawangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang berlangsung selama dua hari, dari 27 hingga 28 Oktober 2017. Antara juri pesta pantun ialah Tn. Ahmad Sarju. 
 


Menghakimi peserta "Pesta Pantun Wayangan 2017" bersama Ahmad Sarju.


Saturday, March 18, 2017

Konsert Puisi Ipoh


Konsert Puisi Ipoh adalah salah satu di antara 15 buah konsert Jelajah Puisi Perak yang akan dianjurkan oleh Karyawan Pk sepanjang tahun sempena Tahun Melawat Perak 2017.  Bandar Ipoh sebagai konsert pembuka tirai telah berlangsung pada Sabtu 18 Mac 2017 di Dewan Auditorium JKKN Negeri Perak. 


Persembahan konsert melibatkan para penyumbang sajak dalam antologi Ipoh - Bandar Raya Gunung, serta beberapa persembahan lain yang menarik. Pengacaraan majlis dikendalikan oleh Shasha Shakierah.


Di majlis yang sama, sempat bergambar dengan penulis dari grup SPTA; sdr Onn Abdullah, Yahti Hayati, Siti Zaiton Ahmad, dan CT Nurza sewaktu jamuan ringan selepas acara persembahan.  

Puisi Sajak: Tundukkan Egomu

            TUNDUKKAN EGOMU            Darjat lelaki itu seorang qawwam            melindungi dan bertanggungjwab            namun, tundukka...