Showing posts with label Pertemuan. Show all posts
Showing posts with label Pertemuan. Show all posts

Wednesday, May 15, 2024

Pertemuan: Zaiti Eti

 


Dengan izin Allah SWT, aku dan isteri terserempak bertemu dengan Zaiti Eti, rakan seperjuangan bersama kumpulan Selendang Perak yang sekian lama tidak berjumpa, mungkin lebih dari tiga puluh tahun lalu selepas lawatan KSP ke Medan, Indonesia. 

Selepas mengambil pesanan nasi ayam di Chicken Rice Shop, Ipoh Parade, nasib baik Zaiti yang tegur dulu, kalau tidak mungkin berselisih bahu pun tak perasan. 

Saturday, April 20, 2024

Pertemuan: Paridah Ishak

 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi aku dapat berjumpa dengan penulis prolifik, Paridah Ishak di rumahnya di Dewa Melor, Serendah, Selangor. Pertemuan yang tidak dijangka dalam perjalanan pulang dari Klang balik ke Ipoh, aku terpandang akan papan tanda lebuhraya menunjukkan arah ke Serendah.

Aku pun terus membuat keputusan untuk menjengah seorang penulis yang telah aku hafal alamat rumahnya. Akau meminta anak lelakiku, Abi Fathullah pergi singgah ke rumah kenalan mayaku Paridah Ishak. Dalam pertemuan singkat itu, aku rasa terlepas segala hutang untuk berjumpa dengan beliau dari sekian lama ini. 

Terima kasih atas layanan yang diberikan oleh anak perempuannya serta menantu. Lima belas minit bersama Paridah Ishak cukup meninggalkan kesan di dalam hati. Semoga berjumpa lagi di lain waktu dan ketika. haza min fadli Rabbi. 

Terima kasih Abi Fathullah Abdullah. 

Saturday, June 18, 2022

Pertemuan: Pak Engku

 

Bertemu dengan penulis dari Seremban, Negeri Sembilan, sdr Pak Engku di penginapan homestaydi Tambun semasa beliau bercuti dengan anak-anaknya. Aku menziarahi Pak Engku bersama anak perempuanku, Nurul Fayyadhah sebagai peneman. Syukur alhamdulillah, pertemuan dengannya dengan izin Allah SWT, sebaik-baik Perancang. 



Tuesday, July 19, 2016

Pertemuan: Bunda Anie Din

 

Bersama bunda Anie Din di TBS Bandar Tasik Selatan bincang program sastera yang dirancangkan. Setiap cerita bunda diiringi titisan airmata sayu. Bunda jaga kesihatan dengan hanya makan buah-buahan.

 

Saturday, March 5, 2016

Mr. Seigo Kitsuki, Fukuoka. Japan

Ake terima panggilan dari seorang pemandu pelancong dari agensi pelancongan di Kuala Lumpur memberitahu aku bahawa En. Kitsuki dari Fukuoka, Jepun ingin berjumpa di Hotel Syuen jam 8.00 malam. Aku rasa terkejut juga dengan berita itu, namun aku hadirkan diri untuk berjumpa dengannya. Aku diberikan cenderahati bungkusan kek buatan Jepun. 


Dia bersama isterinya telah ke Teluk Intan menziarahi makam emak saudaranya di Tanah Perkuburan Islam Durian Sebatang. Emak saudaranya telah berkahwin dengan kerabat di Raja negeri Perak pada tahun 1920'an. 


Esoknya aku membawa mereka shopping di Tesco, Ipoh Garden. Isterinya membeli banya serbuk teh Cameronian jenama Boh, dan beberapa paket rempat Baba's untuk kegunaannya di Fukuoka, katanya. 


Beberapa rangkap haiku ditulis oleh isterinya, Etsuko Kitsuki di atas kertas nota dari Hotel Syuen...

Sunday, January 3, 2016

Pertemuan: Abdul Rahim


Sebuah pertemuan dengan sdr Abdul Rahaim dari grup berpantun "Luahan Rakan Pesara" (LRP) semasa aku bercuti di Alor Setar, Kedah. Saudara Abdul Rahim sudi berkunjung ke Hotel Seri malaysia di Alor Setar untuk menunaikan pertemuan ini. 

Friday, September 18, 2015

Pertemuan: Nor Azizah Idris


Pertemuan dengan penulis dari Johor, sdr Nor Azizah Idris di Dataran Stesyen Keretapi Ipoh, sambl menyerahkan buku-buku terbita SPTA yang dipesan. Satu pertemuan ringkas namun meninggalkan kenangan bersama penulis. 

Friday, May 29, 2015

Pertemuan Sasterawan Nusantara Ke 18


Aku menghadiri Pertemuan Sasteerawan Nusantara ke 18 di Gadong, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam kali ini bersama adinda Dipinggiran. Acara beralnsung dari 80 hingga 31 Mei 2015, dan kami bersama perwakilan lain dari Malasyia ditempatkan di SEAMEO VocTech, Gadong. Tema pertemuan kali ini bertajuk "Ketahanan Nasional dan Keterampilan Sastera Nusantara: Muda Omar 'Ali Saifuddin Memperteguh Konsep Melayu Islam Beraja".  



Ramai pembentang kertas kerja dari Malaysia yang terlibat antaranya; Ybhg Prof Datuk Wira Dr Abdul Latiff, Tn Hamzah Hamdani, Dato' Dr Zurinah Hassan, dan Dr Salleh Rahmad. Aku mengambil kesempatan menghadiahkan antologi puisi Pujangga kepada yang berikut:

1) Tuan Awang Haji Jawawi bin Haji Ahmad
2) Prof Datuk Wira Dr Abdul Latiff bin Abu Bakar
3) Hajah Aminah bin Haji Momin
4) 






 
Bersama Dipinggiran


Wednesday, October 23, 2013

Pertemuan: Moh Ghufron Cholid

Acara "Kongres Penyair Sedunia" atau "33rd World Congress of Poets" (WCP) anjuran "Akademi Seni dan Budaya Dunia" atau "World Academy of Arts and Culture" (WAAC) berkolaborasi bersama Institute Darul Ridzwan dan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzwan telah di adakan di Hotel Syuen, Ipoh dari 20 hingga 26 Oktober 2013.

 

Aku sempat bertemu dengan rakan pemuisi dari tanah seberang, Madura, Indonesia iaitu sdr Moch. Ghufron Cholid di ruang lobi hotel. Satu naskhah "Antologi Haiku 2006" sebagai tanda ingatan buat sdr Moh. Ghufron Cholid. 


 





   

Monday, November 20, 2006

Pertemuan Tiga Penjuru - Lelahiro




20 November 2006 - Pertemuan Tiga Penjuru bagi meraikan sdr Lelahiro dari Okinawa telah diadakan di Village View Restaurant, Kajang, Selangor. Kami dari peminat haiku menghadirkan diri untuk majlis jamuan makan malam disertai sdr MBA, sdr Zainal, sdr EP (izwansah) dan isteri, sdr Darma Mohamad, sdr Teratai, sdr Erisya, sdr Dipinggiran  dan TabirAlam. Kami menjamu selera hidangan a-la Thai dalam suasana a-la Jepun.

Selepas malam itu, kami menghasilkan haiku dengan mengaitkan 'siakap kukus' yang menjadi hidangan utama dan lahirlah haiku ini:

siakap kukus
hujan hadir mengundang
tiga penjuru
 
'tiga penjuru'? kenapa tiga? Tujuan asal berkumpul di Putrajaya. Cuaca tidak selesa, hujan bakal turun. Kami bertolak ke 'Village View Restaurant' di Kajang. Kami tercari-cari arah dalam hujan lebat. Kami terpaksa turun di dapur mengelakkan hujan lebat. Sdr EP beriya-iya menjemput kami makan di tempat 'favorite'nya. Terhidang siakap kukus, kailan belacan, udang sweet sour, sayur rampai dan beberapa lagi.

Thursday, August 29, 1974

Perjumpaan Dengan L. Ramli

Lagu "Dara Pujaan" memang sudah menjadi hits dalam senarai carta 'Lagu Pujaan Minggu Ini' di Rangkaian Biru, Radio Malaysia pada ketika itu. Lagu itu juga manaikkan nama penyanyinya, L. Ramli dari Pulau Pinang.


Aku bersama beberapa orang rakan dan peminat lagu "Dara Pujaan" mengaturkan perjumpaan  untuk berrtemu dengan penyanyi L. Ramli di Stesen Keratapi Ipoh jam 1.00 pagi, yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk membuat persembahan. Keretapi dari Pulau Pinang akan singgah di Stesen Keretapi Ipoh untuk mengambil penumpang. Dalam masa itu kami sempat berbual mesra buat masa yang singkat itu.  

Haiku / Haiga