Friday, August 21, 2026

Terset: MAULIDUR RASUL


        MAULIDUR RASUL 

        Hari lahirnya Nabi Mhammad 
        kalam agama Islam muktamad 
        Rasul pilihan Allah as-Samad 

        Dua belas di Rabiulawal 
        tarikh keramat begitu ehwal 
        dia pesuruh Allah al-Awwal 

        Sirah baginda jadi pedoman 
        Quran dan hadis peneguh iman 
        beriring reda Allah ar-Rahman 

        Ulama Yusuf al-Qaradawi 
        fiqh awlawiyat tuju ukhrawi 
        moga direstu Allah al-Qawi 

        Sedarlah kita insan madani 
        setiap sunah diteladani 
        patuh perintah Allah al-Ghani 

        ----- 

        Ipoh, Perak 
        21 Ogos 2026 

Friday, August 14, 2026

Hari Jadi Fayya di Koffie Lane


Nurul Faizah buat "surprise birthday" untuk Nurul Fayyadhah di Koffie Lane, Petaling Jaya dalam masa satu jama saja sebab outlet tu tutup jam 8.00 malam. Bergambar bersama keluarga sebelum bertolak ke Ipoh. 



Thursday, August 13, 2026

Nurul Faizah di JMSNC 2026, Kuala Lumpur


Nurul Faizah di JMSNC 2026, Kuala Lumpur.


Meraikan Nurul Faizah yang menyertai "29th Joint Malaysia-Singapore Nursing Conference" di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur. 


"Supper" dengan keluarga Nurul Faizah di Restoran Bonda di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Aku bersama Muhammad Rayyan, dan Muhammad Rais berdukung. 

(Kredit gambar: anakpakMail)

Restoran Bonda, Jalan Mahmud, Kampung Baru, Kuala Lumpur. 


A view from 37th floor, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur. 

Karya Apresiasi dari Saniah Masri

Terima kasih sdr Saniah Masri.

 

Monday, August 10, 2026

Oh! Jalur Gemilang


 OH JALUR GEMILANG!

"Kuman di seberang lautan tampak, gajah bertengger di pelupuk mata tiada tampak" ~ Kamus Dewan Perdana. 

-----

Dingin pesisir  tersadai lancang,
    culan merintang tumbang ke taut;
angin berdesir membadai kencang,
    bulan dan bintang terbang ke laut.

-----

Kalau ianya berlaku di Pulau Pinang, ianya suatu agenda jahat,
tapi bila berlaku di Batu Buruk, ianya hanya kesilapan teknikal.

Ipoh,
10 Ogos 2026 

Friday, July 17, 2026

Dinner at Ni Fayyi


Malam ni dinner out kat Nifayyi kat tengah bandar Ipoh, warung theater @ Cathay dengan anak-anak perempuan dan menantu. Penuh jugak la satu meja sekeluarga. 


Spageti olio oglio dengan grilled chicken. 

Sunday, July 12, 2026

TAK HILANG DEK ZAMAN



Antologi "TAK HILANG DEK ZAMAN - Antologi Puisi Graha Karya" Edisi 2/2026 merupakan terbitan Akademi SPTA yang ketiga bagi tahun 2026, memuatkan 105 buah puisi terdiri dari 24 genre puisi daripada 35 orang pemuisi.

Antara pemuisi yang terlibat; Adziah Abdul Aziz, Ana Cik Kamal, Bayu Pagi, CT Nurza, Dewi KuYah, Dewi Sukma, Faridah Idarasul, Fauziah Mohd Yusuf, Hajar Sharif, Hamimah Ibrahim, Iqbal Halim, Issey Miyaki, Jania Jaudin, Kamarliehudie NS, Kassim Hj Buntak, Mohd Elfie Nieshaem Juferi, Nasrul Isyam, Nazim MS, Noorlia Ghafar, Oui Sal, Pak Ngah, Paridah Ishak, Rozeline Vitalis, Sabariah Eda, Sabariah Nor Salleh, Sabariah Ros, Salmah Amir, Sharifah fariah, Sitihajar Shasha, Siti Norma, Syidah Ida, TabirAlam, Yahti hayati, dan Zuraida Dewi. 
 

Thursday, June 4, 2026

Bertukar Tangan: REJANG


Naskhah antologi puisi *REJANG (SPTA, 2020) telah bertukar tangan dengan dosen UNILAK, bahagian Perpustakaan Universitas Lancang Kuning, Pekanbaru, Riau, Indonesia. Kelihatan penulis Akademi SPTA, sdr Fadziah Md. Zakaria sedang menyerahkan naskhah antologi REJANG kepada pihak universiti sempena program lawatan anjuran DPMP.  

Monday, June 1, 2026

Piknik Di Taman D.R. Seenivasagam


Hari ini cuti umum sempena Hari Keputeraan Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong, kami sekeluarga pergi piknik di Taman D.R. Seenivasagam dengan keluarga Nurul Fithri, keluarga Nurul Faizah, dan keluarga Nurul Fayyadhah.  



Saturday, May 30, 2026

BUKAN KERANA NAMA - Antologi Puisi Graha Karya 1/2026


Antologi "BUKAN KERANA NAMA - Antologi Puisi Graha Karya" Edisi 1/2026 memuatkan 105 buah puisi melibatkan 22 genre puisi daripada 35 orang pemuisi. Antologi ini merupakan terbitan kedua Akademi SPTA bagi tahun 2026.

Antara pemuisi yang terlibat; Ahmad Noh, Ana Cik Kamal, Bayu Pagi, Dewi Kuyah, Dewi Sukma, Fadziah Md Zakaria, Fauziah Mohd Yusuf, Hajar Sharif, Hamimah Ibrahim, Iqbal Halim, Issey Miyaki, Kassim Hj Buntak, Nasrul Isyam, Nazim MS, Noorlaila Ghafar, Onn Abdullah, Oui Sal, Pak Ngah, Paridah Ishak, Ramlee Jalimin, Rosnani Abdullah, Rozeline Vitalis, Dabariah Eda, Sabariah Nor Salleh, Sabariah Ros, Salmah Amir, Seti Zaleha, Sharifah Fariah, Sitihajar Shasha, Syidah Ida, TabirAlam, Yahti Hayati, Zarir Ali, Zulkifli Baharun, dan Zuraida Dewi. 

Wednesday, May 27, 2026

Pantun: Aidiladha

     ​ ​ ​ ​ Ditancap kalam, kandil di graha, 
     ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ketuk gamelan jaga cetera; 
     ​ ​ ​ ​ kuucap salam di Aidiladha, 
     ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ untuk kenalan juga saudara.


 

Saturday, May 23, 2026

Sajak: KETERBIASAAN


        KETERBIASAAN 

        Sudah menjadi kebiasaan 
        aku terbiasa menegur 
        kesilapan biasa yang diulang 
        biasanya tentang tatabahasa 
        yang terbiasa dilakukan 

        Usah membiasakan diri 
        dengan membiasa-biasakan 
        menjadi suatu pembiasaan 
        kebiasaannya penulis maya 

        Aku biasa-biasa sahaja 
        tidaklah luar biasa 
        disebabkan keterbiasaan 
        betulkan yang biasa 
        dan biasakan yang betul 

----- 

TabirAlam 
23 Mei 2026 


Sunday, May 17, 2026

Bertukar Tangan: SUMUD


Naskhah antologi puisi *SUMUD (SPTA, 2026) telah bertukar tangan dengan penulis Tn. Hj. Yusof Osman, a.k.a. Awang Jenderata di rumah beliau di Batu 10, Hutan Melintang, Perak. Sdr Jamal A. Majid sedang menyerahkan antologi *SUMUD kepada beliau. 

Saturday, May 16, 2026

Sajak: TUNDUKKAN EGOMU

 


        TUNDUKKAN EGOMU 

        Darjat lelaki itu seorang qawwam 
        melindungi dan bertanggungjwab 
        namun, tundukkan egomu 
        kerana kehadiran lahirmu 
        dari seorang perempuan 
        
        Hidup lelaki itu perlukan mahabbah 
        menuntut mu'astarah bil ma'ruf 
        justeru, tundukkan egomu 
        mawaddahmu saling melengkapi 
        pada seorang perempuan 
        
        Tidaklah lelaki itu bergelar ayah 
        kepimpinan dalam keluarga 
        lantas, tundukkan egomu 
        kerana lahirnya zuriatmu 
        punca seorang perempuan 
        
        TabirAlam 

Hari Guru 2026

Aku bukanlah seorang pendidik di sekolah, namun aku hanya membimbing rakan-rakan penulis yang berminat untuk belajar mengenali puis-puisi yang berbagai genre. Dalam erti kata lain, aku juga digelar guru atau sifu oleh mereka.

Hari ini Sabtu, 16 Mei 2026 adalah "Hari Guru 2026" dengan tema "Guru Bitara Nadi Negara", dan aku telah menerima beberapa buah karya yang didedikasikan kepadaku. Terima kasih kepada penulis yang sudi mencoretkan suara hati;

        1. Mahani Mustafa 
        2. Noorlaila Ghafar 
        3. Paridah Ishak 
        4. Syidah ida 





Thursday, May 14, 2026

Pantun Hari Jadi: Issey Miyaki


 

Japan Fair 2026, Bellevue WA


Aku mengikuti sesi haiku workshop secara interaktif dalam talian sempena ulang tahun ke-10 "Japan Fair 2026" yang akan berlangsung selama dua hari pada 27 hingga 28 Jun 2026 bertempat di Maydenbauer Center, Bellevue, Washington state, USA. Wokshop dikenadlikan oleh Michael Dylan Welch.        

Wednesday, May 13, 2026

Pantun Hari Jadi: Jamilah Harun


 

Sanqu: RESAH PESAWAH


                RESAH PESAWAH 
                    (Sanqu) 

Langit biru, padi nan hijau, burung melayah 
kerbau di kubang, sawah sehasta, seorang ayah 
terendak usang, kemarau tiba, isteri goyah 
teratak buruk, hidup payah 
titis keringat, sara keluarga, fardu kifayah 

Cuaca panas, tanah merekah, daun garing 
masalah air, suami resah, sawah kering 
dapur dingin, perut lapar, isteri gering 
beras susut, mereka baring 
nasi melukut, sepat goreng, kongsi sepiring 

Lori kempen, padang surau, jualan rahmah 
wakil rakyat, petugas ramah, singgah rumah 
kampung riuh, harga patut, bawah khemah 
masakan enak, pesawah jamah 
jiran jengah, beban ringan, insan karamah 

-----

TabirAlam 
Ipoh, Perak 
13 Mei 2026 

 

Thursday, May 7, 2026

TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur


Good morning Kuala Lumpur. Fantastic view of the Petronas Twin Towers from room 2011, TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur. Misty morning, and a spread of the conroversial Kampung Melayu just right below. 


Enjoying a cup of tea with a breathtaking view. 


The swimming pool on level 14. 


Taking a break with family at the Suria KLCC garden, having an Auntie Anne's snacks. 

Pantun Hari Jadi: Salmah Amir