Thursday, April 30, 2026
S.O.S Osman Zolkifli
Anak saudaraku, Osman Zolkifli, anak kepada adik perempuanku Rusmimi dari kapal Eros 1 dalam misi Global Sumud Fltilla 2026 telah ditahan oleh pihak Israel di Laut Mediterranean berhampiran kepulauan Greece pada Khamis, 30 April 2026. Alhamdulillah segalanya telah selesai dan selamat.
Friday, April 24, 2026
Wednesday, April 22, 2026
Sunday, April 19, 2026
Inspirasi Bersama A. Samad Said
INSPIRASI
(Sajak)
(Sajak)
Kuasa membaca
tanpa segulung sarjana
ilmu perbendaharaan kata
- sasterawan
tanpa segulung sarjana
ilmu perbendaharaan kata
- sasterawan
Unggun bersih
laut budi tepian akal
pada lembut suara
pada lembut suara
kedamaian
Sedetik bersama
terbias selamanya
terbias selamanya
---
TabirAlam
Ipoh, Perak
Ipoh, Perak
Saturday, April 18, 2026
Pantun Hari Jadi: Zaiti
Rakan seangkatan artis budaya semasa giat aktif dalam bidang kesenian budaya bersama kumpulan "Selendang Perak" (KSP).
Thursday, April 16, 2026
Puisi Haibun: Perjanjian
Puluhan ribu lebah telah menyerang sebuah pusat membeli-belah di bandar Nevipot, Israel pada 15 April 2026 dianggap sebagai petanda dalam kitab Bible, janji tentang serangan belalang juta. Dikatakan lebah-lebah itu bertindak membalas dendam atas tindakan Israel membunuh pembiak lebah.
Israel pernah membunuh pembiak lebah, Marouf Rammal pada 5 April 2026 di selatan Lubnan. Beliau ialah ahli jawatan kuasa Persatuan Pembiak Lebah Lubnan. Seorang lagi pembiak lebah, Mohamed Abdel Salam Nasrallah juga telah terkorban dalam tempoh gencatan senjata pada 25 Jun, 2025 oleh serangan Israel
kumpulan lebah -
kompleks perniagaan
balasan dendam
Wednesday, April 15, 2026
Gigi Coffee at Lotus Ipoh Timur
Having a pistachio frappe at Gigi, Ipoh Timur Lotus outlet with my daughter Nurul Faizah after my optical appointment at Klinik Kesihatan Greentown.
Puisi Sajak: Cicak Merah
CICAK MERAH
(Sajak)
Di meja komputer
kutinggalkan segelas sirap
dalam kealpaan
luput waktu ke petang
kutinggalkan segelas sirap
dalam kealpaan
luput waktu ke petang
Kembali ke papan kekunci
getarnya menggegarkan
pada tiap ketukan aksara
pada tiap ketukan aksara
Air sirap berkocak
terpa keluar seekor cicak
dari gelas di meja
warna merah kebasahan
- bertempiaran
-----
Ipoh,Perak
15 April 2026
Tuesday, April 14, 2026
Monday, April 13, 2026
Sunday, April 12, 2026
Saturday, April 11, 2026
Thursday, April 9, 2026
Wednesday, April 8, 2026
Tuesday, April 7, 2026
Thursday, April 2, 2026
Subscribe to:
Posts (Atom)
Puisi Sajak: Tundukkan Egomu
TUNDUKKAN EGOMU Darjat lelaki itu seorang qawwam melindungi dan bertanggungjwab namun, tundukka...


















