Monday, February 12, 2001
Sambut Tetamu Cara Malaysia
Menghadiri satu taklimat 'Penerapan Identiti Malaysia' yang disampaikan oleh YB Dato' Abdul Kadir Haji Sheikh Fadzil, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada 12 Februari 2001. Antara acara lainnya, pertunjukan pakaian tradisi dari rekaan pelajar-pelajar UITM, persembahan tarian yang bertemakan Malaysia Truly Asia oleh Artis Istana Budaya.
Fesyen dari Perak memperagakan pakaian Melayu Klasik Perak; Baju Kurung Cekak Musang, dan Baju Sikap, manakala pakaian perempuan berteraskan pakaian Zarith Gangga; Puteri Perak, dan Kebaya Labuh.
Ucapannya menyentuh cara pemakaian menyambut tetamu cara Malaysiadengan meletakkan tangan kanan ke dada di sebelah kiri dengan memberi sedikit tunduk hormat kepada tetamu.
Kaedah yang diperkenalkan ini dapat menepis segala tanggapan bahawa sesebuah negara Islam melarang bersalaman di antara bukan muhrim. Dengan ini sesiapa sahaja boleh mengucapkan 'Selamat Datang' ke Malaysia tanpa bersalaman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Konsert Puisi Ipoh
Konsert Puisi Ipoh adalah salah satu di antara 15 buah konsert Jelajah Puisi Perak yang akan dianjurkan oleh Karyawan Pk sepanjang tahun ...

-
A ntara enam buah pantun bertemakan 'Ulam Untuk Kesihatan' hanya sebuah sahaja pantun yang terpilih - Pantun Ulam Raja, ...
-
Sekian lama aku hanya mengetahui tentang hubungan aku sebagai cucu kepada Datuk Shahbandar Hulu, Kuala Kangsar, namun aku belum berpeluan...
-
Tahun 80'an terkenal dengan kegilaan muzik dan tarian disco. Di Ipoh tidak kurang juga tumbuhnya disko untuk anak-anak muda yang mem...
No comments:
Post a Comment