Somehow, I enjoyed the abseiling and the flying fox activity, descending from a high structure for which I feared most in the first place, but later found it really a thrilling fun.
Sunday, August 8, 2004
BIna Negara, Kuala Lipis, Pahang
Monday, April 12, 2004
Kursus Nihongo di INTAN
Mengahidiri Kursus Nihongo di Institut Tadbiran Awam (INTAN) wilayah tengah dari 12 hingga 30 April 2004. Kursus ini dikendalikan dari Bil. 1 hingga Bil. 3 di tempat yang sama. Dengan kursus aku diperkenalkan tentang bahasa, budaya dan tulisan Jepun Hiragana dan Katakana. Aku mengalah bila sampai tulisan Kanji yang berunsurkan tulisan China. Tutor kami adalah En. Tan Kim Koh.
Wednesday, March 24, 2004
Kursus Kenegaraan BTN 2004
Menyertai Kursus Kenegaraan, anjuran Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri di Kem Bina Negara Kaki Bukit, Perlis. Kursus bermula dari 24 hingga 28 Mac 2004.
Bergambar dengan ahli kumpulan masing-masing sebelum mengakhiri kursus. Kursus ini agak kontroversial apabila sesi pengenalan yang kami hadiri bagaikan satu sesi 'brainwashing' tentang politik. Kami lalui beberapa perbincangan hangat tentang politik yang dibangkitkan oleh penceramah.
Monday, June 16, 2003
Konvensyen QCC 2003
Aku dan Robert Chelvanayagam mewakil Majlis Bandaraya Ipohke Konvensyen QCC Wilayah Utara 2003 yang berlansung di Pulau Pinang pada Isnin 16 Jun 2003. Konvensyen dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Negara (NPC), dan majlis dirasmikan oleh Y.Bhg. Ir. Mah Lok Abdullah. Semasa konvensyen bersidang, banyak pengalaman baru diperolehi dari segi teknik dan persembahan projek.
Kursus "Gateway To Cantonese" di INTAN
Bahasa Kantonis adalah bahasa yang aku minati kerana biasa berbual dengan rakan sekerja yang berbangsa Cina. Aku menghadiri kursus "Gateway To Cantonese" di INTAN Wilayah Tengah, Kuala Lumpur selama tiga minggu. Kursus bermula dari 16 Jun hingga 4 Julai 2003. Walaupun agak lama namun berbaloi dengan apa yang dipelajari. Tutor kami adalah En. Chan Han Sheong.
Kursus diadakan di Pusat Komunikasi dan Pembangunan Latihan, INTAN. Aku ditugaskan menjadi pengacara pada Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil di akhir kursus.
Monday, October 7, 2002
Kursus "Konnichiwa Communicative Japanese" di INTAN
Permulaan bagi aku mengenali bahasa Jepun didedahkan pada Kursus "Konnichiwa Communicative Japanese" di Institut Tadbiran Awam (INTAN), Wilayah Tengah, Kuala Lumpur. Tempuh kursus ini dari 'First Step' sehingga ke 'Third Step'. Tutor kami di sepanjang kursus adalah Puan Kurita Naoyo, seorang yang sangat sabar dengan kerenah pelajar-pelajar. Kami belajar pertuturan harian dengan latihan perbualan.
Friday, October 19, 2001
Malaysia Tourism Expo 2001 Singapore
Promosi "Holiday Malaysia Tourism Expo 2001" telah diadakan di Suntee Square, Singapore pada 19 hingga 21 Oktober 2001. Wakil dari Majlis Bandaraya Ipoh disertai oleh Pn. Rohayu, Pn. Saleha dan aku sendiri. Kumpulan kebudayaan D' Bougainvillae membuat persembahan di tempat berasingan.
Aku mengandalikan kaunter pertanyaan dengan mempromosikan produk pelancongan dari negeri Perak. Pada masa yang sama memperkenalkan model "Ipoh Virtual City" tentang penyampaian perkhidmatan melalui sistem maya.
Monday, September 24, 2001
Pesta Perak 2001 Di Sunway Lagoon
Aku turut terlibat dengan promosi pelancongan - Pesta Perak 2001 yang telah diadakan di Sunway Pyramid & Sunway Lagoon Resort Hotel anjuran Kerajaan Negeri Perak pada 24 hingga 30 September 2001.
Sepanjang pesta itu, kami mempromosikan pelbagai makanan terkenal dari Perak seperti Rendang Tok, Rendang Dinding, Ipoh Sar Hor Fun, Taiping Popiah, Laksa Kuala Kangsar. Selain itu juga kami memperkenalkan 'signature' produk pelancongan - buah Limau Tambun dan Kacang Goreng Menglembu.
Tema promosi - 'Mari Cuti-Cuti Ke Perak' dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Diraja Mohd Tajol Rosli b. Ghazali. Booth Majlis Bandaraya di C3, ruang legar pameran.
Thursday, May 31, 2001
Pawagam Lido Ditutup
Panggung wayang Lido merupakan sebuah pawagam bertaraf antarabangsa dan yang terbesar di negeri Perak. Mula dibina pada tahun 1957 oleh seorang arkitek dari Denmark, Berthel Michael Iversen. Mula beroperasi pada tahun 1958 dengan kapasiti 1,215 tempat duduk. Tayangan filem pertama. file TRAPEZE, lakonan Burt Lancaster, Tony Curtis dan Gina Lollobrigida.
Harga tiket pada masa itu hanya 65 sen untuk kelas dua, RM3.00 untuk kelas satu, dan RM4.00 untuk kelas atas (reserve seat). Panggung wayang Lido akhirnya ditutup pada 31 Mei 2002.
Tuesday, February 27, 2001
Kenali Perak Melalui KTMB
Monday, February 12, 2001
Sambut Tetamu Cara Malaysia
Menghadiri satu taklimat 'Penerapan Identiti Malaysia' yang disampaikan oleh YB Dato' Abdul Kadir Haji Sheikh Fadzil, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada 12 Februari 2001. Antara acara lainnya, pertunjukan pakaian tradisi dari rekaan pelajar-pelajar UITM, persembahan tarian yang bertemakan Malaysia Truly Asia oleh Artis Istana Budaya.
Fesyen dari Perak memperagakan pakaian Melayu Klasik Perak; Baju Kurung Cekak Musang, dan Baju Sikap, manakala pakaian perempuan berteraskan pakaian Zarith Gangga; Puteri Perak, dan Kebaya Labuh.
Ucapannya menyentuh cara pemakaian menyambut tetamu cara Malaysiadengan meletakkan tangan kanan ke dada di sebelah kiri dengan memberi sedikit tunduk hormat kepada tetamu.
Kaedah yang diperkenalkan ini dapat menepis segala tanggapan bahawa sesebuah negara Islam melarang bersalaman di antara bukan muhrim. Dengan ini sesiapa sahaja boleh mengucapkan 'Selamat Datang' ke Malaysia tanpa bersalaman.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
A ku bukanlah seorang pendidik di sekolah, namun aku hanya membimbing rakan-rakan penulis yang berminat untuk belajar mengenali puis-puisi y...
-
Pertama kalinya aku menerbitkan sebuah e-book berjudul "Antologi Haiku@Facebook" melalui laman sosial Facebook di bawah muka ...













