Sunday, September 7, 2014

Pertemuan: Zabidin Hj Ismail

 

Bertemu dengan Presiden Karyawan Pk, Tn. Zabidin Hj Ismail di kediaman beliau Sekondak Hati di Tapah.  

 

Saturday, August 23, 2014

Konvokesyen Ke 16 OUM


Konvokesyen ke 16 Open University Malaysia (OUM) telah disempurnakan di Dewan Merdeka Putra World Trade Centre (PWTC) di Kuala Lumpur pada Sabtu 23 Ogos 2014.  Aku ditemani isteri, emak dan dua orang anak perempuan, Nurul Faizah dan Nurul Fithri. 


Aku menamatkankan pengajian dalam 'Bachelor Of Psychology with Honors' (BPSY) setelah hampir lima tahun Pengajian Jarak Jauh bermula dari tahun 2009. Kuliah diadakan di Pusat Pembelajaran Perak OUM, sama ada di Lorong Greenhill atau Jalan Lim Bo Seng. Syukur kerana 'Project Paper' dapat diselesaikan. 


Tuntutlah ilmu hingga ke akhir hayat... Terima kasih mak kerana melahirkan aku ke dunia ini 


.
Bersama anakanda Nurul Faizah.


Cenderahati sebagai kenang-kenangan...

Sunday, August 3, 2014

Ziarah: Makam Nenda Wan Som


Hari Raya Aidilfitri keenam, aku mengikut keluarga di Kuala Kangsar menziarahi kubur arwah datuk di Makam Diraja, Bukit Chanda. Selesai untuk pulang, kami bertembung dengan kumpulan keluarga sepupu, Roziah Mutalib bersama emak saudara Wan Aini. Pertemuan yang tidak disangka-sangka. Kemudian kami berangkat pergi menziarahi kubur nenda arwah Wan Som di Kampung Changkat Kurnia, Kuala Kangsar.  

Friday, August 1, 2014

Haiku 'Asmaradana' Dalam Dewan Sastera 8/2014


Buat pertama kalinya karya haiku yang kuhantar berjaya menembusi majalah Dewan Sastera bagi edisi bulan Ogos 2014.  Haiku 'Asmaradana' diilhamkan dari kisah percintaan mengandungi lima rangkap haiku berasingan.  Aku memberanikan diri mencuba setelah Dewan Sastera membuat 'review' karya haiku penulis Leyla Syuri dari Jepun sebelum ini.

Aku menempuhi soal selidik dari pihak editor Dewan Sastera sendiri bagi memastikan aku benar-benar berpengalam dalam penulisan haiku. Alhamdulillah, akhirnya haiku aku diterima.  

Saturday, July 5, 2014

Belasungkawa Datuk Sharifah Aini


Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini telah pergi menyahut panggilan Illahi pada 5 Julai 2014, bersamaan 7 Ramadhan 1435 di Pusat Perubatan Pakar Damansara, Kula Lumpur.  Allahyarham dimasukkan ke wad rawatan akbiat panyakit fibrosis paru-paru yang dialaminya sejak beberapa tahun lalu.  Allahyarham pernah berpesan dan amat-amat berhajat agar pemergiannya biarlah pada bulan Ramadhan yang mulia, dan begitu diperkenankan Illahi. 


Sebagai memperingati akan pemergian allahyarham, aku nukilkan sebuah Tanka seperti yang di atas.  Pemergiannya hanya tiga hari selepas hari ulangtahun kelahirannya yang ke 61 pada 2 Julai 2014.  Ramadhan bakal disambut oleh Syawal ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfithri.  Menjelang tibanya Aidilfithri sunyi dari lagu-lagu raya dendangannya.  Aku sendiri tak sampai hati untuk memainkan lagu-lagu raya nyanyiannya. 

kredit gambar: The Star.com.my

Permintaan seorang ibu agar jenazahnya disembahyangkan oleh anak lelakinya tertuntai bilamana Aliff Omar sendiri menyembahyangkan jenazah ibunya di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail. Semoga rohnya ditempatkan kalangan para mukminin. 

Tuesday, July 1, 2014

Bento's Precious Moment - Happy Dearest Day


Sekeping gambar yang dikirimkan oleh anakku Nurul Faizah telah terpilih memenangi hadiah saguhati dalam ruangan 'Precious Moment' bertemakan 'Happy Dearest Day'. Gambar diambil bersama Nurul Faizah dan isteri, Selmaa. 


Gambar penyertaan tersebut dimuatkan dalam majalah Bento edisi #17 bagi bulan Julai, Ogos, dan September sempena Hari Raya Aidilfitri 2014. 

Thursday, May 1, 2014

Belasungkawa Arwah Abdul Mutalib Lan


Ayah Alang, nama sebenar Abdul Mutalib bin Lan adalah abang kepada emak, satu-satunya saudara yang tinggal telah kembali ke rahmatullah pada Khamis 1 Mei 2014 sekitar jam 6.00 petang. Dilaporkan ketika meninggal dunia umurnya 99 tahun, meninggal di rumah anak perempuannya Sahirah. Arwah meninggal sakit tua serta mengidapi 'Bronchial Pneumonia' atau radang paru-paru. Kali terakhir aku melawat ayahanda Abdul Mutalib di Hospital Batu Gajah pada Ahad 27 April 2014.


Ini gambar aku bersama Ayahanda Abdul Mutalib pada 28 Oktober 2012 di rumahnya di Kampung Seri Jaya (Kampung Batu Dua) di Batu Gajah. Hanya doa dan al-Fatihah buat Ayahanda.

Saturday, March 22, 2014

Konsert: Datuk Ramli Sarip - Blues Buat Teman


Konsert Datuk Ramli Sarip - "Blues Buat Teman" Tour 2014 mengadakan 'roadshow' ke lima di Ipoh bertempat di Ballroom Kinta Riverfront Hotel. Dianjurkan oleh 'People Of Remarkable Talen' (P.O.R.T.) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak bersama Pelancong Perak. 


Aku hanya gemar beberapa lagu dari nyanyian Datuk Ramli Sarip yang tidak terlalu 'heavy' tapi menyegarkan.  Antara lagu yang disampaikan dalam tempuh dua jam persembahan itu, Kamalia, Teratai, Doa Buat Kekasih yang mendapat respons hangat dari penonton. Suaranya masih mampu mengekalkan 'serak basah' yang menggetarkan. 

Friday, March 21, 2014

Anugerah Puisi Dunia Numera 2014

Kredit foto: Abrar Khairul Ikhirma

Majlis Anugerah Puisi Dunia Numera 2014 telah berlansung pada 21 Mac 2014 bertempat di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Juga di keesokan harinya acara Baca Puisi Dunia Numera 2014. 'Numera' adalah singkatan kepada 'Nusantara Melayu Raya'.

5 Puisi Pemenang Hadiah Utama:

1.  Risalah Melayu - Rosmiaty Shaari
2.  Nun Serumpun - Muhammad Rois Rinaldi
3.  Isyiq II - Basri Abdillah
4.  Mencari Arah Tanah - Syarifuddin Ariffin
5.  Bisik Batik - Mohamad Syafiq Mahamad Said

10 Puisi Pemenang Hadiah Penghargaan:

1.   Hang; Kekal di Selat Melaka - Abrar Khairil Ikhirma
2.   Ziarah Kata - Bambang Widiatmoko
3.   Pertarungan Kedua - Djazlam Zainal
4.   Merayap Dalam - Syarifuddin Ariffin
5.   Daun - Zaimi Azlan Ibrahim
6.   Selendang Semesta - A'yat Khalili
7.   Musyahadah - Basri Abdillah
8.   Supranasional: Titik Tolak - TabirAlam
9.   Suluh Ke Semenanjung - Akhmad Taufiq
10. Mihrab Cinta - Zaimi Azlan Ibrahim

Thursday, March 20, 2014

Penulisan: Tabloid Ruang Rekonstruksi


Empat buah karyaku temuat dalam makalah 'Tabloid Ruang Rekonstruksi' yang diterbitkan di Cilegon, Banten, Indonesia di bawah kelolaan seorang sasterawan muda prolifik, saudara Muhammad Rois Rinaldi.  Beliau juga merupakan Pengurus kepada Dewan Kesenian Cilegon.

Karya puisi yang dimuatkan; sajak (i) Menyusun Rindu, haiku (ii) Indonesia, sajak (iii) Andai Itu Nagasasra Sabukinten, dan sajak (iv) Batik: Grinsing Kediri.  


Muhammad Rois Rinaldi

Isu Semasa