Friday, August 1, 2014

Haiku 'Asmaradana' Dalam Dewan Sastera 8/2014


Buat pertama kalinya karya haiku yang kuhantar berjaya menembusi majalah Dewan Sastera bagi edisi bulan Ogos 2014.  Haiku 'Asmaradana' diilhamkan dari kisah percintaan mengandungi lima rangkap haiku berasingan.  Aku memberanikan diri mencuba setelah Dewan Sastera membuat 'review' karya haiku penulis Leyla Syuri dari Jepun sebelum ini.

Aku menempuhi soal selidik dari pihak editor Dewan Sastera sendiri bagi memastikan aku benar-benar berpengalam dalam penulisan haiku. Alhamdulillah, akhirnya haiku aku diterima.  

No comments:

Konsert Puisi Ipoh

Konsert Puisi Ipoh adalah salah satu di antara 15 buah konsert Jelajah Puisi Perak yang akan dianjurkan oleh Karyawan Pk sepanjang tahun ...