Saturday, May 22, 2010

'Rompin Rendezvous' e-Sastera



Hidangan malam itu dikelolai oleh sdr Chef_Jaa sendiri, tapi sayangnya dia tak pakai 'toque' malam tu, kebetulan beliau bertugas di Rompin Beach Resort. BBQ berbagai pilihan dari sotong, ikan mabong, sosej, daging lembu, daging kambing, daging ayam, ketam ada ke? Esoknya selepas sarapan pagi, kami sempat bergambar di ruang legar coffee house, tapi tanpa dua rakan yang lain; sdr naimisa dan sdr dahrie... mungkin masih sibuk mengemas di bilik kot...


Perjumpaan Komuniti Teka-Teki e-Sastera telah diadakan di Rompin Beach Resort, Pahang pada Sabtu 22 Mei 2010.  Pertemuan itu diberikan jolokan 'Rompin Rendezvous e-Sastera' lanjutan kepada Pertemuan Teka-Teki Siput Belitung yang telah diadakan sebelum ini di Seremban, Negeri Sembilan. Hadirin terdiri dari sdr dahrie selaku jurugambar a-la 'paparazi'. Ucapan terima kasih juga buat sdr founder e-Sastera, sdr Dr.irwan yang hadir bersama-sama kerabat komunuti teka-teki. Turut memberi sokongan malam itu dengan kehadiran sdr Has1mah, Kablam, Naimisa, Dakwat_Cair, Nordarus, Citranalis. 

Tuesday, February 2, 2010

Ulangtahun Bandaraya Kota Kinabalu Ke-10


Hari Ulangtahun Bandaraya Kota Kinabalu ke 10 disambut mulai 2 Februari 2010.  Aku bersama delegasi D’Bougainvillae dari Majlis Bandaraya Ipoh bersama delegasi lain dari Brunei, Filipina dan Korea Selatan. Sementara delegasi dari Semenanjung terdiri dari negeri Perak, Pahang dan Melaka.  Negeri Sabah disertai oleh delegasi Pesona MPS dari Sandakan, Etnik Kokos dari Majlis Perbandaran Tawau, Kumpulan Daerah Pitas, Masyarakat Kadazan Dusun, Bajau, Murut dari Kota Kinabalu, Warisan Bumi Kenyalang dari Dewan Bandaraya Kuching Utara (Sarawak), Maori Dance Troupe dari Sandakan dan 60 singa dari Kolombong Lion Dance Troupe.
 

Majlis makan malam "A Decade Together" dihoskan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu di Grand Ballroom, Magellan Sutera Harbour Resort.  Persembahan dari Salamiah Hassan dan Atilia sungguh menakjubkan dengan pengacara Raja Lawak Johan. Tema malam itu "Black and White'. 



Wednesday, December 2, 2009

Monsoon Cup 2009



Monsoon Cup 2009 telah berlansung di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa di Pulau Duyung, Kuala Terengganu, Terengganu dari 2 hingga 6 Disember 2009.  Acara dianjurkan oleh World Tour Match Racing bertaraf dunia, hebat sungguh Terengganu kita...

Aku bersama kumpulan kebudayaan MBI (D'Bougainvillea) turut serta dalam pertandingan tarian kebudayaan dengan bertemakan "Satu Budaya, Satu Malaysia". Kami menginap di asrama Blok N, Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) di Gong Badak, dulunya dikenali sebagai KUSZA.  Semasa di sana, kami sempat melawat Taman Tamaddun Islam dengan 21 buah monument Islam yang terbina di seluruh dunia. Antara binaan yang terindah adalah Kubah As-Sakhrah di Palestine dan Taj Mahal di Agra, India.





D'Bougainvillea mempersembahkan tarian 'Rentak Tari Kreasi Malaysia' yang bertemakan buluh sebagai sumber kehidupan seharian ethnik di Malaysia.  Kumpulan Majlis Bandaraya Ipoh dinobatkan sebagai ikon karnival Monsoon Cup 2009, memenangi tempat pertama dengan hadiah bernilai RM7,000.00 bersama trofi dan percutian tiga hari dua malam di Teluk Batik, Perak.








Saturday, November 28, 2009

Artis Jemputan Datuk Sharifah Aini


Datuk Yahaya menyambut hari ulangtahun kelahiran di Hower Regency Hotel pada 28 November 2009. Pada malam itu kami dihiburkan oleh artis jemputan Datuk Sharifah Aini.  Datuk Yahaya tahu yang aku minat pada Sharifah Aini, jadi diaturnya jemputan khas buat kami semua.


 
Dengan keramahan yang ditunjukkannya pada malam itu, kami sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama artis yang diminati, Datuk Sharifah Aini.


Kami semua dihiburkan dengan lagu-lagu pilihan dari album terdahulu yang evergreen.  Lagu-lagu seperti Burung Pungguk, Hapuslah Airmatamu, dan beberapa lagu Inggeris pilihannya untuk hiburan para jemputan.

Saturday, April 11, 2009

Berienders Ipoh: Public Forum On Depression


Mewakili persatuan NGO Befrienders Ipoh, aku menyampaikan cerama bertajuk "Depression" dalam acara "Public Forum On Depression" anjuran Perak Mental Health Campaign Committee di Tower Regency Hotel & Suite, Greentown, Ipoh, Perak. 


Bersama beberapa orang lagi panel mewakili NGO masing-masing. 


Para jemputan yang menghadiri acara tersebut. 

Thursday, April 2, 2009

Seminar Wajah Kepengarangan Muslimah Nusantara


Seminar Wajah Kepengarangan Muslimah Nusantara: Kembali Kepada Quran dan Hadis telah berlansung pada 31 Mac hingga 2 April 2009. Program dianjurkan oleh Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia (PKB), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP serta Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan kerjasama Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Jabatan Warisan Negara, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Masjid Abdul Rahman bin Auf serta e-Sastera bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Pada 2 April, aku dan sdr Teratai dijemput oleh e-Satera untuk berpantun sebagai pembuka acara pada malam penutup seminar tersebut dan dibawah ini dikongsikan rangkaian pantun dan syair yang disampaikan...

Bahagian Pertama - Pantun: TabirAlam bersama Teratai

     segala kalam senda kelmarin
     dihormat tatang demi mu rakan
     bermula salam pada hadirin
     selamat datang kami ucapkan

                               dihormat tatang demi mu rakan
                               bersinar hemah seri bentara
                               selamat datang kami ucapkan
                               Seminar Muslimah di Nusantara

     bersinar hemah seri bentara
     kelana tamu diberkat ampun
     Seminar Muslimah di Nusantara
     menjana ilmu sepakat rumpun

                                kelana tamu diberkat ampun
                                diam tertunduk larih di anjung
                                menjana ilmu sepakat rumpun
                                ayam berinduk sirih berjunjung

     diam tertunduk larih di anjung
     rodat di gaya bertepuk kinja
     ayam berinduk sirih berjunjung
     adat budaya dipupuk manja

                                rodat di gaya bertepuk kinja
                                alang dirawat di celah bertam
                                adat budaya dipupuk manja
                                alang berdakwat biarlah hitam

     alang dirawat di celah bertam
     Jebat si lanang bersalam sayu
     alang berdakwat biarlah hitam
     hebat dicanang ke alam Melayu

                                Jebat si lanang bersalam sayu
                                jerat bertuah gara cerita
                                hebat dicanang ke alam Melayu
                                erat ukhuwah para peserta


Bahagian Kedua - Syair: TabirAlam bersama Teratai

     sampailah kita akhir acara
     himpun semua mahir sastera
     malam penutup hari ketiga
     merungkai gundah moga selesa

                                  tuanlah rumah dari Malaysia
                                  pada tetamu disambut mesra
                                  para karyawan yang bijaksana
                                  dari pelusuk di Nusantara

     awal seminar diiring doa
     forum diatur naskah dibaca
     buku dilancar kemuncak karya
     menjana ilmu membuka minda

                                   ucapan dasar santun bahasa
                                   al-Quran hadis rujukan atma
                                   tamudun ummah dalam berkarya
                                   Dr. Mashitah membuka kata

     lagu puisi halwa telinga
     diselang seli sembah peserta
     berdeklamasi sajak pujangga
     diskusi novel karya e-sastera

                                   bengkel menjana cambahan minda
                                   disusun atur pemudah cara
                                   dialog mengupas masalah karya
                                   dan agraria arus perdana

     wakil Brunei dan Singapura
     Thailand diserta Indonesia
     begitu hebat taulan sarjana
     ilmu digarap puncak bicara

                                   terima kasih pada semua
                                   berkampong kita pisah akhirnya
                                   bawa kenangan pulang bersama
                                   hingga berjumpa di lain masa

Wednesday, April 1, 2009

Public Forum "Depression"

Hospital BahagiaUlu Kinta, Tanjung Rambutan mengadakan Public Forum bertajuk "Depression" bertempat di Ballroom (Tingkat 6), Tower Regency Hotel, Ipoh. Aku dijemput untuk memberikan ceramah bertajuk "Befriending the Depressed" bagi mewakili Pertubuhan The Befrienders Ipoh. 

Penceramah jemputan lain termasuk Dr. Satnam Kaur, Consultant Psychiatrist dengan tajuk ceramah "Recognizing Depression", dan Dr. Cheah Yee Chuang, Consultant Psychiatrist dari Hospital Bahagia Ulu Kinta dengan tajuk ceramah "Management of Depression".
 

Sunday, January 11, 2009

Kenduri Badal Haji Nenda Rokiah Zainal


Aku telah menunaikan badal haji buat nenda tersayang, Rokiah bt Zainal melalui  


Kenduri badal haji telah diadakan di rumah emak, di Taman Pengkalan Jaya, Pasir Putih, Ipoh. 

Friday, December 26, 2008

Percutian Famili ke Kuala Lumpur


Ini adalah percutian kami sekeluarga bersama emak ke Kuala Lumpur.  Anak lelaki, Abi Fathullah tidak kelihatan sebab dia yang ambil gambar ni.  Kami menginap di Hotel Puduraya kerana mudah untuk kesana-kemari dengan LRT.  Sempat pergi ke Suria KLCC dan sekitar bandaraya Kuala Lumpur.  Sampai di Kuala Lumpur, adik perempuan Shiela juga ikut ke hotal kami bersama seorang lagi anak saudara.


Pada kesokkan harinya sempat pergi ke Time Square shopping mall.  Tak sempat nak berjalan lama-lama sangat sebab ramai.  Kami balik ke Ipoh pun hampir penuh tempat duduk barisan belakang dalam bas untuk kami sekeluarga saja.  Keluarga ramai, susah nak kumpul satu kelaurga untuk pergi bercuti bersama-sama..

Friday, December 12, 2008

International Indoor Hockey


Aku dipilih menjadi "Commentator" bagi perlawanan "First Indoor Hockey Tournament" yang di adakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh mulai Isnin 10 hingga 15 Disember 2008. Pertandingan diadakan bagi merebut Piala Sultan Azlan Shah. 


Antara pasukan negara yang bertanding adalah Jepun, Pakistan, Korea Selatan, Singapore, Afghanistan, Bangladesh, Kazakhstan, Sri Lanka, Thailand, Hong Kong, Iran, dan beberapa negara lain lagi.


Pantun Hari Jadi: Khair Man