Saturday, November 1, 1980
Bakat YMCA 1980
Saturday, October 11, 1980
Drama Pentas "Megat Terawis"
Pesta Drama dan Tarian telah diadakan pada Sabtu 11 Oktober 1980 di Tapian Gelanggang, Jabatan Kebudayaan Negeri Perak, Ipoh. Pada malam pembukaan Pesta Drama dan Tarian, Kumpulan Badan Budaya Perak di bawah kelolaan pengarah teater Onie Moraza telah mempersembahkan sebuah drama bertajuk "Megat Terawis". Aku memegang watak Memanda Menteri (sampingan) dalam drama ini (memakai baju layang berwarna biru duduk di atas persada).
Persembahan darama diselang-selikan dengan persembahan tarian tradisional. Para pelakon pentas didokong oleh kesemua ahli-ahli Badan Budaya Perak. Pengarah Onie Moraza kelihatan berdiri di sebelah kanan sekali dalam gambar.
Friday, May 30, 1980
Apple Jam Disco Dancin' Contest
Aku tidak lepas peluang menyertai pertandingan tarian disco di Apple Jam. Pertandingan diadakan pada 30 May, 1980. Aku dalam saringan kedua memilih lagu "Money, Money, Money" dari kumpulan ABBA. Cukuplah sekdar mencuba, menangnya tidak juga.
Nota: James Kennedy adalah DJ pertama bertugas di Apple Jam Pub & Discotheque, di alamat 21 Jalan Ali Pitchay. Kini beliau menjadi pemilik restoran Rockafellas di Lumut. Rujukan.
Saturday, March 8, 1980
Hari Jadi Nora
Hari Jadi Nora Jaafar yang ke 21 tahun jatuh pada Sabtu 8 Mac 1980, sambutan hari jadi diadakan di rumahnya di Greentown, Ipoh. Nora Jaafar sebagai rakan kenalan pernah menyandang runner-up dalam pertandingan "Miss Tourism" pada tahun sebelumnya. Perkenalan kami tidak panjang kerana di atas kelewatan yangtidak disengajakan dan orang lain telah masuk meminang. Apakan daya. Aku meraikan hari jadinya bersama adik angkatku, Musa Yit (memakai baju petak lengan pendek).
Monday, October 1, 1979
Jurulatih Tarian Negeri Perak
Gambar di atas aku bersama kumpulan Melati. Antara nama rakan-rakan lain yang aku masih ingat, Zainal, Hamid, Darwam, Malik, dan Zulkarnain.
Saturday, May 12, 1979
Teater Arena: Uda dan Dara
Teater bertajuk "Uda dan Dara" dalam bentuk arena di bawah kelolaan Onie Moraza telah persembahkan di Kampung Sitiawan, Sitiawan, Perak pada 12 Mei 1979. Teater ini didokong oleh para pelakon dari Kumpulan Badan Budaya Perak. Ini adalah lanjutan kepada pementasan yang telah diadakan sebelum ini di Tapian Gelanggang, Ipoh.
Aku kelihatan membelakangkan kamera dengan memakai selepang kain pelikat petak merah. Muzik iringan 'live' dari pemuzik Badan Budaya Perak. Lakonan melibatkan hampir keseluruhan ahli Badan Budaya.
Friday, April 27, 1979
Belasungkawa: Ayahanda Ke Rahmatullah
Ayah meninggalkan kami pada 27 April 1979 bersamaan 5 Jamadil Awwal 1399 Hijriah. Aku tiada bersamanya ketika ayah pergi, hanya menerima khabar melalui ayahanda Abdul Syukur. Aku berpeluang bertemu dengan ayah sekitar dua bulan sebelum ayah meninggalkan kami. Ia meninggalkan kesan yang amat dalam dan tanda kasih yang amat bermakna.
Wednesday, April 25, 1979
Malam Teater Uda dan Dara
Badan Budaya Perak telah menganjurkan sebuah persembahan bertajuk "Malam Uda Dan Dara" bertempat di Tapian Gelanggang, Ipoh pada 25 April 1979. Aku cuba berjinak-jinak dengan persembahan lakonan pentas, namu sekadar mencuba sahaja. Memagang watak orang kampung. Teater didokongi oleh ahli-ahli Badan Budaya Perak diarahkan oleh Onie Moraza.
Tuesday, August 1, 1978
Artikel di Pacific Friends, Japan
Artikel bahasa Inggeris pertama tersiar dalam majalah Pacific Friends yang diterbitkan di negara Jepun. Keratan artikel tersebut seperti di atas. Aku selaku pembaca majalah tersebut yang diperolehi dari Perpustakaan Ipoh.
Sunday, April 30, 1978
Mr. Personality MBI 1978
Saturday, July 30, 1977
Majlis Perpisahan
Majlis ini ialah Jamuan Perpisahan untuk rakan sekerja dari Bahagian Letak Kereta, Majlis Bandaraya Ipoh. Ketua Bahagian, Wong Tuck Soon turut bersama kami pada majlis itu.
Antara yang masih dikenali, dari kiri (hadapan) Mohd Harun, (x), Karuppiah, Maryam, Noraini Hassan, Daud Hamid, anggota yang diraikan, Wong Tuck Soon, Hor Kam Lan, Vijiakumar, Zahorajan, Jamilah, (x).
Yang lain-lain tu akan dikemaskinikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
A ku bukanlah seorang pendidik di sekolah, namun aku hanya membimbing rakan-rakan penulis yang berminat untuk belajar mengenali puis-puisi y...
-
Pertama kalinya aku menerbitkan sebuah e-book berjudul "Antologi Haiku@Facebook" melalui laman sosial Facebook di bawah muka ...














