Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Pertandingan Mengarang Seloka sempena Promosi Kerja Kahwin 2011 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada Ahad 29 Mei 2011. Pertandingan ini telah diwar-warkan melalui rancangan radio Klasik Nasional terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Aku menghantar penyertaan "Seloka Kraftangan dan Perkhwinan" dan telah mendapat hadiah saguhati.
Seloka Kraftangan dan Perkahwinan
Jangan dihampar tikar bergulung
melangkah bendul anak yang sulung
melangkah bendul anak yang sulung
Bungalah telur dibuat banyak
isteri subur beranak-pinak
Bujam dikepit mengunyah jajan
kenduri kahwin disimbah hujan
Jangan bernyanyi bertanak lauk
nanti bernikah suami nyanyuk
Bersenduk rasa gulai di api
mertua tengok menjadi benci
Jangan berkemban separuh dada
suami pengsan cepat menjanda
Batik selepang di atas bahu
cantik dipandang sayang selalu
Di sanggul tonset berpacak ketar
suami buncit banyak bersabar
Jangan bercakap bak mulut murai
gaduh kelambu jangan bercerai
Merebus telur retak di bucu
biarlah makmur ke anak cucu
(Klasik Nasional)

No comments:
Post a Comment