"Bengkel Pengucapan Puisi" sempena
Bulan Kemerdekaan Ogos 2008 anjuran Persatuan Penulis dan Peminat Sastera
Bandaraya Ipoh (PINTAR), dengan kerjasama Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak telah diadakan di Taman Budaya, Ipoh pada 30
Ogos 2008 (Sabtu). Bengkel 1
menampilkan penceramah sdr Abdullah Sani Yahaya (Lahsani) dengan topik
'Pengucapan Puisi Moden (Sajak)' dan diikuti oleh ceramah oleh sdr Bob dari
Utara juga.
Sebelah
petangnya majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pn. Cek Nu Alina, pemenang Anugerah Deklamator Bumiputera Terbaik dalam Sayembara
Deklamasi Puisi Merdeka 2008 Peringkat kebangsaan yang telah berlansung pada 22 Ogos 2008 di
Auditorium DBKL. Beliau telah mendeklamasikan 'Ladang Merdeka'
petikan karya nukilan penyajak Nasir Ali dari sebuah antologi 'Jamung Merdeka'.
Aku membawa bersama keratan sajak 'Meraut Kasih' tersiar dalam
majalah Keluarga Harmoni edisi bulan Julai 2008. Beliau
mendeklamasikan sajak tersebut dengan bersahaja.


No comments:
Post a Comment