Monday, June 17, 2019
Hari Bapa 2019
Anak-nak sambut Hari bapa bersama keluagra Nurul Fithri, keluarga Nurul Farahana, dan Nurul Fayyadhah.
Friday, February 22, 2019
Bicara Karya: PUJANGGA (TabirAlam)
Pembentangan Bicara Karya buku khazanah puisi TabirAlam berjudul "PUJANGGA" disampaikan oleh Puan Hjh. Norehan Muhamad dengan nama pena Nohan Norehan, seorang pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, IPGKI bertempat di Dewan Sri Melati, Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh. pada Sabtu, 23 Februari 2019.
Majlis Bicara Karya anjuran Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh dengan kerjasama Persatuan Karyawan Perak atau Karyawan Pk.
Saturday, December 8, 2018
Saturday, December 1, 2018
PENGHARGAAN: Datuk Zurinah Hassan
Ianya merupakan satu penghormatan buat Akademi SPTA yang sekian lama bertapak sejak tahun 2012 di laman sosial Facebook. Berikut petikan ucaptama yang disampaikan oleh Sasterawan Negara, Datuk Dr. Zurinah Hassan.
Sasterawan Negara, Datuk Dr. Zurinah Hassan dalam ucaptama beliau memperkatakan tentang "Siri Penerbitan TabirAlam" (SPTA) semasa acara "Dialog Puncak Karyawan Asasi 2018" anjuran Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara dan Majlis Kebudayaan Negeri Kedah, bertempat di Pulau Tuba, Langkawi pada Jumaat, 30 November hingga Ahad, 2 Disember 2018.
Sunday, August 12, 2018
DIRGAHAYU
Terima kasih kepada pemuisi yang terlibat; Alamanda Desa, Bayu Pagi, Dipinggiran, Issey Miyaki, Jalimah Jaudin, Jamilah Harun, Kamaliehudie NS, Kamarsinah Sarkam, Karisma Rindu, Masriyah Misni, Nazim Mohd Subari, Nohan Norehan, Norgadis Labuan, Nor Azizah Idris, Nor Zalinah Osman, Mas Onn, Paridah Ishak, Pauzi Mohd Isa, Puteri Andalas, Raonah Mohd Sam, Rina Chundau, Rose Biru, Rozita Moahamed, Russ Asan, Sabariah Nor Salleh, Saniah Masri, Syidah Ida, TabirAlam, Wahidah Hj Ahmad, Yahti Hayati dan Zuraida Dewi.
Friday, July 27, 2018
Peluncuran Buku Se-Nusantara
Sejumlah lima buah buku terbitan Siri Penerbitan TabirAlam (SPTA) selesai dilancarkan di Singapura, 27 Julai 2018 jam 10.00 pagi dalam acara "Peluncuran Buku Se-Nusantara" sempena "Ramah Tamah Penyair Serumpun V" di Temasik.
ASMARADANA (Pantun)PANTUN SERUMPUN (Pantun)
ABADI (Haiga)
MENU - Dari Dapur Penulis (Resipi)
AIDILFITHRI - Sajak-Sajak Kenangan (Sajak)
Sebanyak 59 buah judul buku diluncurkan, terdiri dari penulis daripada negara Malaysia, Singapura, Indonesia, Nrunei Darussalam, Thailand, dan Vietnam bertempat di The Pot, National Library of Singapore oleh mantan setiausaha parlimen, Kementerian Luar Singapura.
Saturday, June 23, 2018
Hari Ibu Bapa
Anak perempuanku, Nurul Fithri belanja makan untuk Hari Ibu+Hari bapa=Hari Ibu-Bapa katanya. Aku bersama isteri, Nurul Fithri, Nurul Faizah, dan Nurul fayyadhah.
Friday, May 4, 2018
Befriender's High Tea, Jun Chillax
Menhadiri jamuan minum teh (high tea) bersama rakan-rakan daripada Persatuan Befriender's Ipoh di Jun Chillax, Ipoh Garden, Ipoh. Banyak kenangan bersama mereka sepanjang tempoh sepuluh tahun lebih sebagai seorang kaunselor.
Sunday, March 4, 2018
Lemang, Unggun Api dan Puisi
Selesai acara "Bicara Karya" antologi cerpen "Song of September" tulisan Malim Ghozali di majlis "Lemang, Unggun Api dan Puisi" bertempat di Kampung Karyawan Malim, Lembah Gua Tempurung, Perak.
Thursday, February 22, 2018
Sudut Karyawan
Selesai menghadiri Majlis Pelancaran Sudut Karyawan, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk).
Sebuah plak atas nama TabirAlam terletak di "Sudut Karyawan" di antara beberapa orang penulis lain dari Perak Darul Ridzuan.
Friday, December 1, 2017
Perkahwinan: Abi Fathullah
Majlis perkahwinan anakanda Abi fathullah dengan pasangannya Noor Faharani bt Che Alias berlangsung di Kampung Sungai Jagung, Sungai Petani, Kedah. Semoga diberkati Allah SWT.
Bersama ahli keluarga bersama emak
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
A ku bukanlah seorang pendidik di sekolah, namun aku hanya membimbing rakan-rakan penulis yang berminat untuk belajar mengenali puis-puisi y...
-
Pertama kalinya aku menerbitkan sebuah e-book berjudul "Antologi Haiku@Facebook" melalui laman sosial Facebook di bawah muka ...













