Wednesday, January 4, 2006

'Stampede' di Mina

 

Pada Rabu 4 Januari 2006 aku dikejutkan dengan berita tentang bangunan runtuh di Mekah yang mengakibatkan 53 kematian, dimana kebanyakkannya dari kalangan jemaah Indonesia.  Alhamdulillah, berita memaklumkan tiada kemalangan jiwa dari kalangan jemaah Malaysia.  Berita 'stampede' di Mina ketika jemaah haji melontar jamrah melaporkan mangsa dianggarkan 345 orang dan beberapa ratus lagi cedera.

Adik angkatku, Dodi ketika itu berada di tanah suci bagi menunaikan fardhu haji. Kali terakhir kami berdua pada 3 Disember 2005 di Masjid Greentown sebelum dia berangkat ke Mekah pada 9 Disember 2005. Pada 12 Disember 2005 dia menelefon memberitahu yang dia telah selamat sampai di Mina.

Aku menerima panggilan telefon darinya pada 8 Januari 2006 semasa dia telah berada di Mekah sebelum bermalam di Arafah.  Syukur alhamdulillah kerana dia berada dalam keadaan selamat.  Kepulangannya ke tanah air pada 23 Januari 2006 disambut dengan kesyukuran dari ahli keluarga.

Sunday, August 8, 2004

BIna Negara, Kuala Lipis, Pahang


Enlisted a participant in the "Bina Negara" camp which took place in Kuala Lipis, Pahang. We actually lived in the jungle for a couple of days testing our guts.

Somehow, I enjoyed the abseiling and the flying fox activity, descending from a high structure for which I feared most in the first place, but later found it really a thrilling fun.

Monday, April 12, 2004

Kursus Nihongo di INTAN


Mengahidiri Kursus Nihongo di Institut Tadbiran Awam (INTAN) wilayah tengah dari 12 hingga 30 April 2004.  Kursus ini dikendalikan dari Bil. 1 hingga Bil. 3 di tempat yang sama.  Dengan kursus aku diperkenalkan tentang bahasa,  budaya dan tulisan Jepun Hiragana dan Katakana. Aku mengalah bila sampai tulisan Kanji yang berunsurkan tulisan China.  Tutor kami adalah En. Tan Kim Koh.  

Wednesday, March 24, 2004

Kursus Kenegaraan BTN 2004

Menyertai Kursus Kenegaraan, anjuran Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri di Kem Bina Negara Kaki Bukit, Perlis.  Kursus bermula dari 24 hingga 28 Mac 2004.  


Bergambar dengan ahli kumpulan masing-masing sebelum mengakhiri kursus. Kursus ini agak kontroversial apabila sesi pengenalan yang kami hadiri bagaikan satu sesi 'brainwashing' tentang politik. Kami lalui beberapa perbincangan hangat tentang politik yang dibangkitkan oleh penceramah. 

Monday, June 16, 2003

Konvensyen QCC 2003

Aku dan Robert Chelvanayagam mewakil Majlis Bandaraya Ipohke Konvensyen QCC Wilayah Utara 2003 yang berlansung di Pulau Pinang pada Isnin 16 Jun 2003.  Konvensyen dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Negara (NPC), dan majlis dirasmikan oleh Y.Bhg. Ir. Mah Lok Abdullah. Semasa konvensyen bersidang, banyak pengalaman baru diperolehi dari segi teknik dan persembahan projek.

Kursus "Gateway To Cantonese" di INTAN


Bahasa Kantonis adalah bahasa yang aku minati kerana biasa berbual dengan rakan sekerja yang berbangsa Cina. Aku menghadiri kursus "Gateway To Cantonese" di INTAN Wilayah Tengah, Kuala Lumpur selama tiga minggu. Kursus bermula dari 16 Jun hingga 4 Julai 2003.  Walaupun agak lama namun berbaloi dengan apa yang dipelajari. Tutor kami adalah En. Chan Han Sheong.






Kursus diadakan di Pusat Komunikasi dan Pembangunan Latihan, INTAN. Aku ditugaskan menjadi pengacara pada Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil di akhir kursus. 

Monday, October 7, 2002

Kursus "Konnichiwa Communicative Japanese" di INTAN


Permulaan bagi aku mengenali bahasa Jepun didedahkan pada Kursus "Konnichiwa Communicative Japanese" di Institut Tadbiran Awam (INTAN), Wilayah Tengah, Kuala Lumpur. Tempuh kursus ini dari 'First Step' sehingga ke 'Third Step'.  Tutor kami di sepanjang kursus adalah Puan Kurita Naoyo, seorang yang sangat sabar dengan kerenah pelajar-pelajar.  Kami belajar pertuturan harian dengan latihan perbualan.  

Friday, October 19, 2001

Malaysia Tourism Expo 2001 Singapore


Promosi "Holiday Malaysia Tourism Expo 2001"  telah diadakan di Suntee Square, Singapore pada 19 hingga 21 Oktober 2001. Wakil dari Majlis Bandaraya Ipoh disertai oleh Pn. Rohayu, Pn. Saleha dan aku sendiri. Kumpulan kebudayaan D' Bougainvillae membuat persembahan di tempat berasingan.


Aku mengandalikan kaunter pertanyaan dengan mempromosikan produk pelancongan dari negeri Perak. Pada masa yang sama memperkenalkan model "Ipoh Virtual City" tentang penyampaian perkhidmatan melalui sistem maya.


Monday, September 24, 2001

Pesta Perak 2001 Di Sunway Lagoon


Aku turut terlibat dengan promosi pelancongan - Pesta Perak 2001 yang telah diadakan di Sunway Pyramid & Sunway Lagoon Resort Hotel anjuran Kerajaan Negeri Perak pada 24 hingga 30 September 2001.

Sepanjang pesta itu, kami mempromosikan pelbagai makanan terkenal dari Perak seperti Rendang Tok, Rendang Dinding, Ipoh Sar Hor Fun, Taiping Popiah, Laksa Kuala Kangsar. Selain itu juga kami memperkenalkan 'signature' produk pelancongan - buah Limau Tambun dan Kacang Goreng Menglembu.



Tema promosi - 'Mari Cuti-Cuti Ke Perak' dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Diraja Mohd Tajol Rosli b. Ghazali.  Booth Majlis Bandaraya di C3, ruang legar pameran. 

Thursday, May 31, 2001

Pawagam Lido Ditutup

Panggung wayang Lido merupakan sebuah pawagam bertaraf antarabangsa dan yang terbesar di negeri Perak. Mula dibina pada tahun 1957 oleh seorang arkitek dari Denmark, Berthel Michael Iversen. Mula beroperasi pada tahun 1958 dengan kapasiti 1,215 tempat duduk. Tayangan filem pertama. file TRAPEZE, lakonan Burt Lancaster, Tony Curtis dan Gina Lollobrigida. 

Harga tiket pada masa itu hanya 65 sen untuk kelas dua, RM3.00 untuk kelas satu, dan RM4.00 untuk kelas atas (reserve seat). Panggung wayang Lido akhirnya ditutup pada 31 Mei 2002. 

 

Tuesday, February 27, 2001

Kenali Perak Melalui KTMB


Pameran "Kenali Perak Melalui KTMB" telah diadakan di bangunan stesyen keretapi Ipoh pada 27 hingga 29 Februari 2001.  Aku bertugas menjaga kaunter pertanyaan Perak Tourism Information Center (PTIC) mewakil Majlis Bandaraya Ipoh.  Pameran diadakan di ruang menunggu stesyen keretapi.  Rakan setugas, Pathmawathy turut bersama sepanjang pameran tersebut. 

Pantun Hari Jadi: Ana Cik Kamal