Sunday, January 1, 1984

Hari Perkahwinanku


Aku melansungkan hari perkahwinanku pada 1 Januari 1984, bertempat di rumah emak di Pasir Puteh.  Pasanganku Selmaa Meor Hussin dari Kampung Kuak, Kuala Kangsar.  Hari sebelumnya persandingan kami diadakan di Kampung Kuak, Kuala Kangsar.


Acaranya berlansung buat beberapa hari terdahulu, dengan acara berinai kecil, acara akad nikah dan berinai besar hinggalah ke hari persandingan.  Kad jemputan kahwin ini aku simpan sekian lama hingga bertukar warna kertasnya kekuningan.



Thursday, December 1, 1983

Khemah Kerja Belia Bandar 4B


Aku telah mengikuti satu Khemah Kerja Belia Bandar anjuran Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, mewakil Pertubuhan Belia 4B Cawangan Ipoh Timur.  Khemah kerja di adakan dari 1 hingga 5 Disember 1980, bertempat di perkarangan Stadium Indera Mulia.  


Ramai dari kalangan rakan-rakan dalam pertubuhan ini tidak dapat lagi dikesan, cuma saudaraku Raja Jakaria, yang paling muda dalam kumpulan kami.

Thursday, April 2, 1981

Belasungkawa Arwah Nenda Rokiah


Rokiah binti Kulop Zainal adalah Opahku, ibu kepada emak kandungku, Bedah bt. Lan.  Arwah Opah telah kembali ke rahmatullah pada 2 April 1981 bersamaan 27 Jamadil Awwal 1401 Hijriah di rumah emak di Taman Pengkalan Jaya, Pasir Puteh.  Aku tiada disisinya semasa Opah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Aku kehilangan.


Saban tahun, aku bersama emak akan menziarahi kubur Opah berhampiran Kampung Seri Jaya di Batu Gajah.  Pemergiannya sangat meniggalkan kesan kerana aku begitu akrab dengan Opah dari ahli keluarga lain. Setiap subuh Aidilfithri aku pasti akan bercucuran airmata mengenangkan Opah yang tersayang. Hanya doa dan al-Fatihah buat Nenda.

Saturday, December 20, 1980

Modeling Teen Princess 1980


Teen Princess 1980 anjuran YMCA telah diadakan pada 20 Disember 1980 di Town Hall, Ipoh. Ketika itu, aku selaku ahli kepada Persatuan YMCA sebagai pelajar Bahasa Perancis anjuran Alliance Francaise di YMCA. Malam itu berlansung pemilihan calon Teen Princess bagi tahun 1980 dari kalangan peserta-peserta dari sekitar Ipoh.


Malam itu aku memperagakan fesyen pakaian perkahwinan a-la barat dari Kyoko Kobayashi Fashion.  Aku bersama seorang rakan India, pasangan model kami Moi Leng dan Christina dari agensi modeling tempatan. Kami diperkenal oleh Setiausaha YMCA pada masa itu, Anthony Lau.




Apapun semasa persembahan malam itu, aku sangat suka dan teruja dengan dengan lagu latar 'Je t'aime' yang dimainkan sepanjang peragaan 'catwalk' dipersembahkan.

Tuesday, December 9, 1980

Pertandingan Tarian Peringkat Kebangsaan


Kumpulan kebudayaan dari Badan Budaya Perak telah berjaya mewakili negeri Perak ke Pertandingan Drama dan Tarian Peringkat Kebangsaan di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya. Badan Budaya Perak mempersembahkan satu dramatari bertajuk "Sang Kuriang" dan sebuah tarian bertajuk "Di Ambang Syurga"



Delegasi Badan Budaya Perak menginap di salah sebuah asrama di kampus tersebut.  Antara yang turut serta adalah; Jariah, Safiah, Noor, Hawa, dan beberapa ahli yang lain.

Sunday, November 9, 1980

Johan Pertanding Tarian Negeri Perak 1980


Kumpulan kebudayaan dari Badan Budaya Perak di bawah pimpinan Onie Moraza menyertai Pertanding Tarian Peringkat Negeri Perak.  Kumpulan Badan Budaya Perak telah menjadi johan pada pertandingan itu yang telah diadakan di Tapian Gelanggang Negeri Perak.


Beraksi di belakang pentas sebelum pementasan dramatari "Sangkuriang" semasa Pertandingan Tarian Peringkat Negeri Perak. Aku berada di belakang sekali. 

Saturday, November 1, 1980

Bakat YMCA 1980


Aku tidak pernah menyanyi secara terbuka, apatah lagi di hadapan penonton yang ramai.  Tapi aku ingin mencuba.  Aku sertai pertandingan Bakat Y.M.C.A. 1980 yang diadakan di Dewan YMCA, Ipoh pada Sabtu 1 November 1980. Aku menyampaikan sebuah lagu Inggeris bertajuk "You Mean Everything To Me" yang dipopularkan oleh Neil Sedaka.  Nampak gayanya setakat itu sajalah percubaan yang berani aku tempuhi.

Saturday, October 11, 1980

Drama Pentas "Megat Terawis"


Pesta Drama dan Tarian telah diadakan pada Sabtu 11 Oktober 1980 di Tapian Gelanggang, Jabatan Kebudayaan Negeri Perak, Ipoh.  Pada malam pembukaan Pesta Drama dan Tarian, Kumpulan Badan Budaya Perak di bawah kelolaan pengarah teater Onie Moraza telah mempersembahkan sebuah drama bertajuk "Megat Terawis".  Aku memegang watak Memanda Menteri (sampingan) dalam drama ini (memakai baju layang berwarna biru duduk di atas persada).


Persembahan darama diselang-selikan dengan persembahan tarian tradisional. Para pelakon pentas didokong oleh kesemua ahli-ahli Badan Budaya Perak. Pengarah Onie Moraza  kelihatan berdiri di sebelah kanan sekali dalam gambar. 

Friday, May 30, 1980

Apple Jam Disco Dancin' Contest

 
Tahun 80'an terkenal dengan kegilaan muzik dan tarian disco. Di Ipoh tidak kurang juga tumbuhnya disko untuk anak-anak muda yang meminati lagu berentak disko. Antaranya "Apple Jam" Pub & Discotheque, di jalan Ali Pitchay, Ipoh. Itu adalah diskon yang pertama di Ipoh.

Aku tidak lepas peluang menyertai pertandingan tarian disco di Apple Jam. Pertandingan diadakan pada 30 May, 1980. Aku dalam saringan kedua memilih lagu "Money, Money, Money" dari kumpulan ABBA. Cukuplah sekdar mencuba, menangnya tidak juga.

Nota: James Kennedy adalah DJ pertama bertugas di Apple Jam Pub & Discotheque, di alamat 21 Jalan Ali Pitchay. Kini beliau menjadi pemilik restoran Rockafellas di Lumut. Rujukan

Saturday, March 8, 1980

Hari Jadi Nora


Hari Jadi Nora Jaafar yang ke 21 tahun jatuh pada Sabtu 8 Mac 1980, sambutan hari jadi diadakan di rumahnya di Greentown, Ipoh. Nora Jaafar sebagai rakan kenalan pernah menyandang runner-up dalam pertandingan "Miss Tourism" pada tahun sebelumnya.  Perkenalan kami tidak panjang kerana di atas kelewatan yangtidak disengajakan dan orang lain telah masuk meminang.  Apakan daya.  Aku meraikan hari jadinya bersama adik angkatku, Musa Yit (memakai baju petak lengan pendek).

Monday, October 1, 1979

Jurulatih Tarian Negeri Perak


Aku turut menyertai satu kursus Jurulatih Tarian di Tapian Gelanggang, Jabatan Kebudayaan Negeri Perak, Ipoh mulai dari 1 hingga 14 Oktober 1979, mewakili kumpulan kebudayaan Badan Budaya Perak.  Itu adalah kursus jurulatih yang pertama kali aku ikuti sejak bergiat aktif dalam kumpulan kebudayaan. Latihannya berbaloi dalam tempuh dua minggu dapat berkenalan dengan rakan-rakan lain dari seluruh negeri Perak.  



Gambar di atas aku bersama kumpulan Melati.  Antara nama rakan-rakan lain yang aku masih ingat, Zainal, Hamid, Darwam, Malik, dan Zulkarnain.

Pantun Hari Jadi: Salmah Amir