Thursday, August 29, 1974

Perjumpaan Dengan L. Ramli

Lagu "Dara Pujaan" memang sudah menjadi hits dalam senarai carta 'Lagu Pujaan Minggu Ini' di Rangkaian Biru, Radio Malaysia pada ketika itu. Lagu itu juga manaikkan nama penyanyinya, L. Ramli dari Pulau Pinang.


Aku bersama beberapa orang rakan dan peminat lagu "Dara Pujaan" mengaturkan perjumpaan  untuk berrtemu dengan penyanyi L. Ramli di Stesen Keratapi Ipoh jam 1.00 pagi, yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk membuat persembahan. Keretapi dari Pulau Pinang akan singgah di Stesen Keretapi Ipoh untuk mengambil penumpang. Dalam masa itu kami sempat berbual mesra buat masa yang singkat itu.  

Tuesday, September 11, 1973

Hari Jadi Ke-20 Tahun

 


Aku bergambar pada hari jadiku yang ke-20 tahun di ruang tamu rumah di Sungai Rokam, Ipoh. Sambut hari jadi menyusul pada hujung minggu berikutnya dengan kehadiran rakan dan kenalan rapat. Kelihatan di belakang terpampang piring hitam kumpulan "Santana" yang terkenal dengan lagu "Black Magic Woman" pada masa itu. 

Saturday, August 25, 1973

Taman Jepun Bersama Yasmin


Suatu petang aku pergi bersiar-siar dengan Sharifah Yasmin ke Taman Jepun di Jalan Tambun, bersebelahan dengan simpang ke Perak Turf Club.  Pengaruh zaman Groovy kelihatan pada baju yang aku pakai bercorak bunga-bunga.  Lanskap Taman Jepun itu diperbuat sebegitu rupa seakan-akan kita berada di negara Jepun.  Kolamnya dibela ikan 'koi' berwarna kerah, bersama jambatan kecil berwarna merah.

Terdapat sebuah rumah contoh diperbuat dari kertas dengan pintu yang boleh di tarik.  Juga sebuah jam taman yang besar disusun permukaannya dengan pokok-pokok bunga berwarna-warni.

Perkenalan itu telah terjalin sekian lamanya, namun tiba masa dan ketikanya kepastian itu hanya dengan kehendak Tuhan. Apa yang tinggal akan hanya menjadi kenangan silam di dalam lipatan hidup seseorang. Aku menerima sepucuk surat darinya selepas perjumpaan itu, dan surat itu mengingatkan aku akan lagu "Surat Terakhir" nyanyian Salamiah Hassan - kisahnya amat mengesankan.  

Friday, December 31, 1971

Andersonian Yearbook 1970-1971

 

Some of my close friends, or class mtaes from Anderscool Ipoh, Abdul Aziz, Abdul Rashid, Apputhusamy, G. Deo, Ganeson, Hashim, Jamaluddin, Johari Idrus, Ng Kok Cheong, and Rozni Hashim from the Andersonian's Yearbook. 

 

Monday, December 20, 1971

'Hitch-Hiking' Ke Johor Baharu


'Hitch hike' bermaksud berjalan sambil menumpang kenderaan yang lalu dari satu tempat ke satu tempat tujuannya, dan penumpang (hiker) akan meneruskan perjalannannya dengan menumpang kenderaan seterusnya. Ini satu 'kegiatan' yang fenomenanya menyelusuri hingga ke Malaysia. Aku teringat akan sebuah lagu yang bertajuk - 'The Sweet Hitch Hiker'...


Masa cuti sekolah bermula, aku bersedia dengan sebuah haversack penuh t-shirt dan sebuah peta jalan.  Haversack askar aku dapati dari seorang rakan, sering aku guna di cuti-cuti lain.  Selalunya aku hitch-hike berdua saja dengan rakan sekolah, Junia - nama sebenarnya Syed Neguib al-Hubshee, rakan karib semasa zaman persekolahan.  Destinasi percubaan, kami hitchiking ke Taiping. Ketika itu belum timbul sebarang masalah.  Sepanjang jalan kami memberi tanda ibu jari menghala ke jalan yang di tuju. Tak kira apa jenis kenderaan mahu pun pemandunya. Dari Volkswagon hinggalah SAAB dan Mercedez Benz.  Dimasa ketiadaan tumpangan, kami berjalan berbatu-batu tapi ehsan dari orang ramai kami sering dijemput kerumah mereka untuk berbual sambil makan minum.  Malamnya kami tidur di mesjid atau rumah kawan yang dikenali. 


Cuti penggal hujung tahun, perjalan kami menghala ke Johor Baharu di Selatan. Arah yang mencabar mengambil masa dua minggu untuk pergi dan balik. Aku menghubungi rakan-rakan di sepanjang perjalan ke Selatan, yang kami akan bermalam di rumah mereka. Ada yang terlepas, mesjid juga tempat berehat. Pengalaman pahit yang pernah dialami, semasa di Melaka kami tersalah naik tumpangan, kenderaan menghala ke Jasin, jauh tersasar dari Federal Highway, kami ambil masa panjang untuk kembali ke jalan utama. Melalut dari Muar ke Batu Pahat.  Kemudian sewaktu pulang dari Selatan, kami berjalan kaki dari Tanjung Malim tanpa mendapat tumpangan hingga ke Slim River. Aku terlantar tidur di tepi jalan.


Masalah mula muncul dengan insiden yang memburukkan hitch hiker, dengan kes-kes samun dan pencederaan.  Zaman berlalu dan hiking kian pudar. Bagaimanapun aku pernah merasa sendiri pengalaman hitch hiking di waktu remaja. Kini hanya tingal kenangan dari gambar-gambar yang diambil semasa hiking tersebut.


Tuesday, November 30, 1971

'Goodbye' Asrama Anderson


Aku tamat mengambil peperiksaan 'Malaysia Certificate of Education' (O level) di Sekolah Menengah Anderson, Ipoh.  Aku tinggal di asrama bagi tempoh tahun peperiksaan MCE sahaja.  Sebelum tamat pengajian, hanya sekeping gambar ini sahaja yang menjadi kenangan bersama rakan sekolah, Nor Saidean (berbaju putih), Halim sebelah aku, aku, yang tiga orang lagi tu dah lupa nama mereka.

Saturday, September 11, 1971

Hari Jadi ke 18 Tahun


Aku menyambut hari ulangtahun kelahiran ke 18 tahun sehari sebelum tarikh sebenar pada 12 September.  Parti hari jadi diadakan di rumah emak di rumah no. 25, Jalan Tampoi, Sungai Rokam , Ipoh.  Cuma rakan-rakan dari sekolah dan asrama Anderson yang ramai hadir.


Selepas acara, sekeping gambar ini menjadi kenangan diambil bersama rakan-rakan.  Dari kiri, Rashid (nama panggilan - Kayu), Onie - suka menyanyi lagu 'A Place in the Sun', sebelah tu tak ingat nama (bukan student), aku, kemudian Junia (nama sebenar Syed Neguib), dan seorang lagi rakan sekampung (terlupa nama).


Easy Listening, Green Channel, Radio Malaysia


Selecting songs from favorite band's record on Saturday evening. Local band The Strollers happens to be my favorite band with their songs, "Just As I Am", and "Do What You Gotta Do" back then.

Easy listening was my favorite, and at that time it was Green Channel on Radio Malaysia for English streaming. My favorite DJ was Patrick Teoh. I met him once during Anita Sarawak's concert in Ipoh.

Sunday, July 18, 1971

Pelajar ke Cameron Highlands


Pelajar-pelajar asrama Sekolah Menengah Anderson telah di bawa membuat lawatan ke Cameron Highlands.  Ketika itu aku masih di tingkatan 5, di Sekolah Menengah Anderson.  Dari rakan-rakan yang aku kenal dalam gambar ini cuma Norsaidean, rakan yang aku sedang berbual dengannya.

Pantun Hari Jadi: Ana Cik Kamal