Saturday, January 17, 2026

Pantun: Bayu Pagi


Pantun ini khusus ditujukan kepada rakan penulis Akademi SPTA, sdr Bayu Pagi yang sering kali mengarang pantun tentang burung. Pantun karangannya punyai maksud terselindung dan agak nakal. Kepada para pembaca yang menikmati pantun ini perlulah bersikap rasional dan tidak terlalu biru pemikirannya. Ini kerana anda perlu memahami tatabahasa binaan ayat dalam bait pantun ini yang memberi perbezaan yang ketara dari segi bahasa berpandukan gambar di paparan.  
 

Pantun: Zarir Ali

Nukilan puisi dalam gambar dari perkongsian gambar sdr Zarir Ali.


 

Friday, January 9, 2026

Ipoh White Coffee & PTIC

 
Pagi ini sarapan pagi dekat Ipoh White Coffee Restaurant bersama isteri, anak perempuan Nurul Fithri, anak-anaknya Aisya Sofea dan Amy. Pekena tomyam mihun, boleh tahan juga rasanya. 


Sebelum itu sementara menunggu restoran Ipoh Whit Coffee bukan, aku sempat meninjau tempat aku pernah bertugas dahulu di Perak Tourist Information Centre, Majlis Bandaraya Ipoh. Malangnya, pejabat itu tutup hari ini, jadi aku sempat bernostalgia sebentar di hadapan pejabat tersebut.   

 

Oh! Jalur Gemilang

 OH JALUR GEMILANG! "Kuman di seberang lautan tampak, gajah bertengger di pelupuk mata tiada tampak" ~ Kamus Dewan Perdana.  -----...