Sunday, March 4, 2018

Lemang, Unggun Api dan Puisi

 

Selesai acara "Bicara Karya" antologi cerpen "Song of September" tulisan Malim Ghozali di majlis "Lemang, Unggun Api dan Puisi" bertempat di Kampung Karyawan Malim, Lembah Gua Tempurung, Perak. 
 

Thursday, February 22, 2018

Sudut Karyawan


Selesai menghadiri Majlis Pelancaran Sudut Karyawan, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk).  


Sebuah plak atas nama TabirAlam terletak di "Sudut Karyawan" di antara beberapa orang penulis lain dari Perak Darul Ridzuan.  
 

Friday, December 1, 2017

Perkahwinan: Abi Fathullah

Majlis perkahwinan anakanda Abi fathullah dengan pasangannya Noor Faharani bt Che Alias berlangsung di Kampung Sungai Jagung, Sungai Petani, Kedah. Semoga diberkati Allah SWT.  

Bersama ahli keluarga bersama emak 

Pengantin tiba ...

Friday, October 27, 2017

Pesta Pantun Wayangan 2017


Aku dijemput menghakimi "Pesta Pantun Wayangan 2017" oleh pihak penganjur, Royal College of Medicine Perak (RCMP), Cawangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang berlangsung selama dua hari, dari 27 hingga 28 Oktober 2017. Antara juri pesta pantun ialah Tn. Ahmad Sarju. 
 


Menghakimi peserta "Pesta Pantun Wayangan 2017" bersama Ahmad Sarju.


Saturday, March 18, 2017

Konsert Puisi Ipoh


Konsert Puisi Ipoh adalah salah satu di antara 15 buah konsert Jelajah Puisi Perak yang akan dianjurkan oleh Karyawan Pk sepanjang tahun sempena Tahun Melawat Perak 2017.  Bandar Ipoh sebagai konsert pembuka tirai telah berlangsung pada Sabtu 18 Mac 2017 di Dewan Auditorium JKKN Negeri Perak. 


Persembahan konsert melibatkan para penyumbang sajak dalam antologi Ipoh - Bandar Raya Gunung, serta beberapa persembahan lain yang menarik. Pengacaraan majlis dikendalikan oleh Shasha Shakierah.


Di majlis yang sama, sempat bergambar dengan penulis dari grup SPTA; sdr Onn Abdullah, Yahti Hayati, Siti Zaiton Ahmad, dan CT Nurza sewaktu jamuan ringan selepas acara persembahan.  

Tuesday, December 27, 2016

Nu Sentral, Kuala Lumpur


Bersiar dengan keluarga di Nu Sentral, Kuala Lumpur. Kuala Lumpur tak kurang hebatnya dengan pusat membeli-belah yang canggih seperti Nu Sentral yaang lapan tingkat ini. 

Thursday, December 8, 2016

PULARA 7


Aku berpeluang menyertai acara Pesta Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa ke 7 kali ini di Pulau Pangkor pada dari 8 hingga 11 Disember 2016. Penyertaan daripada penyair dari 20 buah negara jemputan dari serata dunia, dimeriahkan lagi dengan budaya dari berbagai bangsa dan bahasa. Kami dibawa menaiki KD 1503 Sri Indera Sakti dari pelabuhan Lumut ke pantai Pasir Bogak.


Pada sebelah malamnya berlangsung acara peluncuran buku antologi puisi bandar/pekan terpilih di negeri Perak Darul Ridzuan. Majlis diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor, Pasir Bogak, dan disempurnakan perasmiannya oleh Y.A.B. Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abd. Kadir. Sejumlah sajak yang kuhasilkan termuat dalam beberapa antologi antara 15 antologi bandar/pekan tersebut. 


Sempat merakamkan sebuah haiku dalam Buku Pelawat KD Sri Indera Sakti:

langit membiru -
penulis sedunia
satu harmoni

Tuesday, July 19, 2016

Pertemuan: Bunda Anie Din

 

Bersama bunda Anie Din di TBS Bandar Tasik Selatan bincang program sastera yang dirancangkan. Setiap cerita bunda diiringi titisan airmata sayu. Bunda jaga kesihatan dengan hanya makan buah-buahan.

 

Saturday, July 16, 2016

Kampung Lambak, Tanjong Malim

 
Menikmati buah-buahan, rambutan dan manggis diambil terus dari pokoknya di Kampung Lambak, Tanjong Malin, Perak.

 

Monday, June 13, 2016

Wednesday, April 20, 2016

PROJEK SONIAN


Antologi "PROJEK SONIAN" merupakan terbitan Akademi SPTA yang kedua bagi tahun 2016, menghimpunkan sejumlah 286 rangkap puisi sonian daripada 26 orang pemuisi.

Antara pemuisi yang terlibat; Amir Hamzah Mohd Wazir, Bayu Pagi, Citranalis, CT Nurza, Dipinggiran, Gabriel Kimjuan, Kamarliehudie NS, Kamarsinah Sarkam, Kaseh Chempaka, Khaziah Yem, Lynn Linda Ardi, Mawaddatun As-Syakirin, Norais, Onn Abdullah, Padin Majid, Pauzi Mohd Isa, Russ Asan, Saniah Masri, Seti Zaleha, Siti Zaiton Ahmad, Sri Mawar, TabirAlam, Takbatin Sham, Yahti hayati, Zarir Ali, dan Zuraida Dewi. 

Pantun Hari Jadi: Salmah Amir