Friday, February 12, 2016

SEMANDARASA - Projek Pantun Melayu


 Antologi "SEMANDARASA - Projek Pantun Melayu memuatkan 360 rangkap pantun dari 36 tajuk topik bunga daripada 28 orang pemantun. Antologi ini merupakan antologi kedua terbitan SPTA bagi tahun 2016.

Antaara pemantun yang terlibat; Anie Din, Cahaya JiwaAin, Citranalis, CT Nurza, Dipinggiran, Ibu Zai Ris, Kamaliehudie NS, Kamarsinah Sarkam, Lya Jamielya Amie, Lynn Linda Ardi, Mawaddatun As-Syakirin, Miharba, Norais, Onn Abdullah, Padin Majid, Pak Engku, Russ Asan, Pauzi Mohd Isa, Sazalee Sulaiman, Seti Zaleha, Siti Zaiton Ahmad, Sri Mawar, TabirAlam, Teruna Desa, Tokbatin Sham, Yahti hayati, dan Zarir Ali. 

Monday, January 4, 2016

Nurul Faizah


Saat yang memilukan namun saat itu juga yang membanggakan. Anakanda Nurul Faizah ditawarkan mengikuti Latihan Pra-Perkhidmatan sebagai jururawat di Kolej Kejururawatan di Alor Setar, Kedah. Latihan akan memakan masa selama tiga tahun hingga ke tahun 2018, insyaAllah. 


Kami sekeluarga bersama emak menghantar Faizah untuk pendaftaran. Perjalan yang agak jauh, tapi itu adalah destinasi pilihan kerjayanya. Aku akur dengan pilihannya walaupun berat hati untuk melepaskan dia pergi belajar.  


Sebelum pulang, kami melawat sekitar bandaraya Alor Setar. Bergambar di Menara Alor Setar.  Aku menyimpan lara di hati di kejauhan ini, dan kehadirannya selalu membungakan rasa kasih. Semoga cermelang dalam bidang pengajianmu. 


Sunday, January 3, 2016


Another attraction in Alor Setar, the Aman Sentral Mall, just opposite the Alor Setar Tower. With 350 stores, one can easily go wild shopping till they drop. My favorite outlet, the Hennes & Maurice (H&M) can easily be found on the ground floor, you just won't miss it. 

Pertemuan: Abdul Rahim


Sebuah pertemuan dengan sdr Abdul Rahaim dari grup berpantun "Luahan Rakan Pesara" (LRP) semasa aku bercuti di Alor Setar, Kedah. Saudara Abdul Rahim sudi berkunjung ke Hotel Seri malaysia di Alor Setar untuk menunaikan pertemuan ini. 

Wednesday, December 30, 2015

Senandung Tanah Merah


Pelancaran antologi pantun Senandung Tanah Merah telah berlangsung di Tampines, Singapura.  Acara Ramah Mesra Penyair Serumpun Di Negara Berbilang Kaum dengan Bebas Melata dalam Pertemuan Sastera Budaya Negara Serumpun dikelolakan oleh penulis Singapura Pn. Rohani Din, a.k.a Anie Din. 


Sebelas rangkap pantun bertemakan bandaraya "Ipoh" termuat dalam antologi tersebut, bersama 10 rangkap pantun bertemakan bandar "Kuala Belait", Brunei Darussalam karya adinda Dipinggiran. 


Aku berkesempatan bertemu dengan penulis lainnya; Noor Aisya Buang (Singapura), Mohrosa Doloh (Thailand), Sutarso (Indonesia), dan adik Muhammad Rois Rinaldi (Indonesia). 

Bunda Anie Din melayan para peserta dengan begitu mesra, penyair yang hadir dari Singapura, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Thailand, dan Brunei Darussalam. Peserta disediakan tempat penginapan di Safra Resort Country Club, Changi Cpast Walk, Singapore. 

Saturday, December 19, 2015

Perkahwinan Nurul Fithri


Majlis perkahwinan anakanda Nurul Fithri bersama pasangannya Norazli bin Ramli berlangsung di rumah emak, Taman Pengkalan Jaya, Pasir Puteh, Ipoh, Perak.

Saturday, December 5, 2015

Hescom 2015


Aku ke Kuala Lumpur ke tempat yang sama di Hotel Dynasty seperti tahun sebelumnya bagi menghadiri Malam Anugerah Hadiah e-Sastera.com. Kali ini aku pergi bersendirian kerana aku menyimpang dari acara Pulara di Pulau Pangkor. Peserta diminta hadir dengan menggayakan pakaian antarabangsa, dan aku memilih pakaian tradisional Muslim Kenya.


Malam itu aku menyampaikan sebuah haiku yang bertemakan Hescom, dan sebelum itu aku memberikan soalan teka-teki dari laman e-Sastera terbuka kepada hadirin. Soalan dapat dijawab oleh sdr Ahkarim dari Alor Setar, Kedah, dan beliau dihadiahkan sebuah buku "Projek Haiku".


Pada malam Hescom itu aku memenangi dua hadiah utama. Pertama Hadiah Sayembara Sajak Banjir 2015 di tempat pertama berjudul "Dugaan Banjir". Kedua, aku menerima Anugerah Haiku dan Tanka di tempat pertama dengan haiku bertemakan "Hiroshima Dalam Kenangan".    

Thursday, December 3, 2015

PULARA 6


Festival Puisi dan Lagu Rakyat ke 6 atau lebih dikenali sebagai Pulara 6 dengan tema "Alam Sumber Karya" telah berlangsung di Pulau Pangkor dari 3 hingga 6 Disember 2015. Ini adalah kali pertama aku turut menyertai acara Pulara yang dianjurkan oleh Yayasan Kampung Karyawan Malim dan "Tourism Perak" cawangan Manjung, dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung dan Dewan Bahasa dan Pustaka.


Diantara nama-nama besar dalam dunia sastera tanah air, cukup sekadar aku mengenali mereka dari jauh. Aku lebih senang dengan kehadiran kenalan dari grup "Klinik Haiku" dan pertama kali berjumpa sdr Syafrein Effendi, Mamu MK Hasny, Leo Aws, Sharifuddin Dua, Mawar Marzuki, dan kali kedua bertemu Bunda Free Hearty serta beberapa kenalan lain. Aku tersermpak dengan Free Hearty dalam perjalanan ke pengkalan feri di Lumut. 


Ternyata aku menjadi penyair 'pembuka tirai' pada acara Minum Petang Pulara 6 di Puteri Bayu Beach Resort dengan sajak berjudul "Samudera Pulara".

Friday, September 18, 2015

Pertemuan: Nor Azizah Idris


Pertemuan dengan penulis dari Johor, sdr Nor Azizah Idris di Dataran Stesyen Keretapi Ipoh, sambl menyerahkan buku-buku terbita SPTA yang dipesan. Satu pertemuan ringkas namun meninggalkan kenangan bersama penulis. 

Saturday, September 12, 2015

PROJEK HAIKU


Antologi "PROJEK HAIKU" antologi puisi haiku (asal puisi Jepun) dari sayembara yang dianjurkan dalam grup Klinik Haiku merupakan buku pertama terbitan Siri Penerbitan TabirAlam (SPTA) pada 12 September 2015. 

Antologi ini memuatkan 242 buah puisi haiku daripada 27 orang haijin; Aiza Zizan, Asmira Suhadis, Bayu Pagi, Din Kelate, Dipinggiran, FaiZatul Fatimah, Hamizun Syah, Mamu MK Hasny, Mawaddatun As-Syakirin, Muhammad Amin, Nazim Mohd Subari, Nor Aziah Aziz Fadzilah, Nor Azizah Idris, Norsiah Kandar, Nur Ain Hanis, Padin Majid, Pauzi Mohd Isa, Rokhaya Taib, Ruslina Rmr, Saniah Masri, Sha Hashim, Siti Zaiton Ahmad, Sri Mawar, TabirAlam, Teruna Desaa, Tokbatin Sham, dan Yahti Hayati.   

Projek Haiku


Syukur, alhamdulillah aku berjaya menerbitkan sebuah lagi antologi haiku dengan judul "Projek Haiku" pada tarikh ulang tahun kelahiranku. Antologi ini memakan masa hampir tiga tahun untuk disiapkan kerana aku memberi bimbingan teliti kepada setiap peserta agar haiku yang dihasilkan benar-benar memuaskan hatiku. 

Aku ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada penulis-penulis yang telah menyumbang haiku mereka dalam antologi ini; Aiza Zizan, Asmira Suhadis, Bayu Pagi, Din Kelate, Dipinggiran, FaiZatul Mohd Aminuddin, Hamizun Shah, Mamu MK Hasny, Mawaddatun As-Syakirin, Muhammad Amin (allahyarham), Nazim Mohd Subari, Nor Azizah Idris, Norsiah Kandar, Nur Ain Hanis, Padin Majid, Pauzi Mohd Isa, Rokiah Taib, Ruslina Rmr, Saniah Masri, Sha Hashim, Siti Zaiton Ahmad, Sri Mawar, Teruna Desa, Tokbatin Sham, dan Yahti Hayati - terima kasih! 

Pantun Hari Jadi: Ana Cik Kamal