Saturday, February 7, 2015

Reunion: KSP Legend


Bergambar dengan grup artis budaya Kumpulan Selendang Perak (KSP) dan juga bekas ahli KSP sempena jamuan makan malam "KSP Legend Reunion Dinner" bertempat di Polo cafe pada Sabtu, 7 Februari 2015. 

Thursday, January 22, 2015

World Haiku Review Winter/January 2015


Daripada 10 buah haiku yang dihantar, cuma sebuah haiku yang terpilih untuk majalah atas talian World Haiku Review edisi Winter / January 2015. Aku terpaksa hantar haiku genre tradisional dalam bentuk gendai haiku untuk menepati gaya konsep penganjur...

freezing winter
hunting in the wood
white breath

Haiku tersebut terpilih dalam kategori Neo-Classical Haiku dipetik dari majalah rasmi The World Haiku Club dibuat semula dalam bentuk haiga dengan haiku tradisional asal seperti berikut:


Monday, January 12, 2015

Antologi Haiku@Facebook e-book


Pertama kalinya aku menerbitkan sebuah e-book berjudul "Antologi Haiku@Facebook" melalui laman sosial Facebook di bawah muka "Klinik Haiku & Tanka".  Buku ini mengumpulkan sejumlah haiku yang dihasilkan oleh antara 20 orang yang bergiat aktif menulis haiku di laman itu. Penyumbang terdiri dari penulis-penulis Malaysia, Singapore, dan Indonesia.  

e-book ini memuatkan 98 buah haiku bahasa Melayu, dan 10 buah haiku bahasa Inggeris, disamping 20 buah haiga yang telah dihasilkan oleh 22 orang penulis yang bergiat aktif di laman "Klinik Haiku & Tanka". 

Mereka terdiri dari Sazalee Sulaiman, Sri Mawar, Asmira Suhadis, Sha Hashim, Muhamad Amin, Syafrein Effendi Usman, Bintang Kartika, Nor Azizah, Noor Aisya Buang, Saniah Masri, Aiza Zizan, Amir Hamzah Mohd Wazir, Firdaus, Ayano Rosie, Aida Ar, Zulkifli Mohd Zin, Masnah, Citey Spectra, Citranalis, Din Kelate, dan Nor Aziah.  

Thursday, January 1, 2015

GEMA Persatuan Karyawan Perak


Aku diberi tugas untuk meyediakan contoh buletin Karayawan Pk dua minggu sebelum mesyuarat AJK 1/2015 di Pakeeza Restaurant, Ipoh. Masanya agak singkat. Aku beri tumpuan sepenuhnya untuk disiapkan sebelum tarikh itu, malah dari contoh terus dipersetujui untuk terus dicetak dan diedarkan pada mesyuarat tersebut.

Maka lahirlah buletin GEMA Persatuan Karyawan Perak edisi 1/2014 pada 1 Januari 2015, dan diedarkan kepada ahli-ahli Karyawan Pk yang hadir semasa mesyuarat.  Edaran juga akan dibuat kepada persatuan penulis lain. Sebuah haiku berbahasa Rao dimuatkan bersama:


kulah rutiang
lumpur ke ompang tobek
gulei lauak

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan naskah GEMA, sila klik ikon pdf di bawah:



Mesyuarat Karyawan Perak 1/2015

 

Bersama sepupu (sepapat), Alang Ibrahim penulis buku "Syair Sultan Azlan Shah: Putera Berjiwa Rakyat" semasa menghadiri mesyuarat Karyawan Pk 1/2015 di Restoran Pakeeza, Ipoh. Masing-masing masih mencari bahan untuk "Salasilah" kedua-dua belah keluarga...

 

Wednesday, December 24, 2014

Besan Taiping

 

Majlis kenduri kesyukuran akikahuntuk Nurul Aini, anak kepada anakanda Nurul Farahana bertempat di rumah besan di Kamunting, Taipng. Terima kasih atas layanan yang begitu akrab. 

 

Saturday, December 6, 2014

Hescom 2014


Majlis makan malam Anugerah Hadiah eSastera.com, atau nama ringkasnya Hescom 2014 anjuran Persatuan Aktivis E-Sastera Malaysia telah diadakan di Dynasty Hotel, Kuala Lumpur pada Sabtu 6 Disember 2014. 


Malam itu aku menerima Anugerah Haiku Melayu Alam Siber daripada pengasas e-Sastera, Prof. Ir. Irwan Abu Bakar bersama hadiah wang tunai.


Hescom adalah satu-satunya acara penulis alam maya dari grup eSastera bertemu mesra setelah berkarya di sepanjang tahunnya. Perjumpaan kali ini mengumpulkan karyawan dari Singapura dan Indonesia. Antarnya sdr Yusof Abdulla, Anbakri, Dahrie,Airmaz, NimoizTY, Iqbal, dan yang lainnya terlupa nama. 


Di majlis itu, pertama kalinya aku berkesempatan bertemu dengan penulis muda dari Banten, Indonesia - Muhamad Rois Rinaldi.  


Bersama sdr Kuntum Embong dan sdr Citranalis. 


Bersama penulis dari utara, sdr Siti Sara Salwana 


Bersama penulis dari utara, sdr Anbakri 


Bersama sdr Tadrinz, suami kepada sdr Citranalis.



Thursday, December 4, 2014

Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH


Buat pertama kalinya aku menyertai Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH 2014 dengan penyertaan 50 buah karya dalam berbagai genre.  Jumlah penyertaan telah dinaikkan dari 30 buah karya kepada minima 45 buah karya. 

Aku memilih judul DIASPORA bagi sayembara ini yang membawa maksud penyebaran genre puisi yang terdapat di serata dunia, dan puisi-puisi asing ini dapat dinkimati penulisannya dalam bahasa Melayu.

Antara kategori puisi tradisional yang terhimpun adalah; Gurindam, Masnawi, Nazam, Pantun, Seloka, Syair, dan Talibun. 

Manakala kategori puisi moden pula merangkumi puisi a-la Jepun Haibun, Haiku, Senryu dan Tanka. Selainnya dari genre Madah, Monolog, Sajak, dan Soneta.

Saturday, November 22, 2014

Konvokesyen Abi Fathullah


Konvokesyen anak lelaki Abi Fathullah berlansung pada Konvokesyen Ke 7 Kolej Teknologi Perak (KTP) yang telah berlansung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh pada Sabtu, 22 November 2014, jam 2.00 petang.  Majlis disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Eleena Binti Almarhum Sultan Azlan Shah.


Di majlis tersebut di akhir pengajiannya menerima segulung Diploma dalam bidang Sains Komputer (Teknologi Maklumat). 


Sesi graduan bergambar beramai-ramai bersama Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Eleena Binti Al-Marhum Sultan Azlan Shah.

  
"Me and my boy!"

Thursday, November 6, 2014

Jejak Makam Tok Puan Hajah Aminah


Aku ke Teluk Intan untuk menjejaki Makam Tok Puan Besar Hajjah Aminah binti Sheikh Mohd Taib (moyang saudara) di Tanah Perkuburan Orang Islam Durian Sebatang, Teluk Intan. Cuaca hujan renyai agak sukar untuk mencari dan mengenalpasti, akhirnya ditangguh ke lain hari.  

Pelancaran Himpunan Puisi 'Pujangga'


Majlis Pelancaran Buku Karyawan Perak telah berlansung di Auditorium Utama, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak, pada Khamis 6 November 2014.  Perasmian disempurnakan oleh Sasterawan Negara, YBhg. Dato' Dr. Ahmad Khamal Abdullah @ Kemala sempena Seminar Pemikiran Zabidin Haji Ismail, Presiden Karyawan Perak (Karyawan Pk). 


Himpunan puisi "Pujangga" TabirAlam merupakan himpunan karya terpilih sejak tahun 2005 semasa mula aktif dengan kumpulan e-Sastera dan kemudiannya dengan Peminat Sastera Bandaraya Ipoh (PINTAR), dan akhir sekali bersama Persatuan Karyawan Perak. Beberapa karya pantun dalam bahasa Inggeris juga turut dimuatkan dalam antologi ini di bawah kelolaan George Manos yang berpengkalan di New Hampshire, Amerika. 


Pantun Hari Jadi: CT Nurza