Saturday, June 22, 2013

Pelancaran Antologi "Lantera Sastera"


Sebuah antologi puisi bertajuk "Lantera Sastera" telah dilancarkan di Kuala Lumpur pada Sabtu 22 Jun 2013.  Pelancaran diadakan di Dewan Serbaguna, Kampung Batu, Kuala Lumpur.  Antologi ini memuatkan puisi-puisi karyawan dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.   Sayangnya, aku tidak dapat hadir bersama mereka malam itu kerana kekangan dari beberapa hal lain.   

Kelihatan sdr Dr.irwan juga turut hadir mewakili eSastera.  Juga sdr Amran Ibrahim Rashidi, Ezah Nor dari Malaysia.  Karyawan muda prolifik, Muhammad Rois Rinaldi hadir mewakili Indonesia, serta Noor Aisyah mewakili Singapura, gambar mereka berdua di bawah ini, aku kagum dengan puisi karya mereka...



Lima buah haiku dimuatkan dalam Antologi "Lantera Sastera" terbitan grup lamanweb 'Puisikan Bait Kata Suara'...


Haiku #1

Maulidur Rasul
muslimin berselawat
cahaya ad-Deen

Haiku #2

di Aidilfithri
air mata tergenang
jari sepuluh

Haiku #3

Israk dan Mikraj
usul kadar rakaat
tiang agama

Haiku #4

solat terawih
dua puluh rakaat
berganjak arah

Haiku #5

kumulus putih
sujud meninggi hari
istana emas

 

~PBKS~

Thursday, June 13, 2013

"Supper" Daripada Nurul Fithri

Kami sekeluarga pergi makan "supper" kat McDonalds berhampiran MH Hotel di Boulevard Sultan Azlan Shah. Hari ini Nurul Fithri belanja makan sebab katanya "naik setakuk", itu sahaja ...
 

Wednesday, April 10, 2013

Pendapat di Projek Dialog


Suntingan pendapat yang dikemukakan kepada pengarang Projek Dialog dimuatkan dalam artikel berkenaan dengan tajuk "Perlunya Dialog Antara Ugama" kelolaan penulis sdr Uthaya Sankar SB telah disiarkan di blog beliau pada 10 April 2013.  Petikannya seperti berikut:

 Sila klik pada gambar untuk paparan besar.

Friday, March 1, 2013

World Haiku Review March 2013


Sebuah dari haiku yang aku hantar ke the World Haiku Club telah terpilih dalam kategori Neo Classical Haiku di bawah sub-kategori Zatsuei (Haiku of Merit) bagi majalah World Haiku Review terbitan March 2013.

a snow covered twig
dripping into the lake
song of the season

Haiku ini aku persembahkan dalam bentuk Haiga (Haiku berlatarbelakangkan gambar) dan aku memilih gambar musim salji yang bersesuaian seperti di bawah. Pautannya boleh dicapai disini.


Thursday, January 17, 2013

"Supper" kat McDonalds


Keluar makan "supper" dengan Nurul Fithri, Nurul Farahana, Nurul Faizah, dan Nurul Fayyadhah fi McDonalds, Jalan Sultan Azlan Shah Boulevard,.kemudian bersiar-siar di I-City versi Ipoh di Kinta Riverfront. 




 

Saturday, January 12, 2013

Lawatan ke Muzium Beruas


Pergi melawat Muzium Beruas dengan emak dan anak perempun, Nurul Fithri. Pekan Beruas agak kecil sahaja, cuma muzium ini sahaja yang jadi tarikan di sana. 


Thursday, December 27, 2012

Kenduri Badal Haji Arwah Ayah

Kenduri kesyukuran sempena badal haji tahun 1434 Hijriah yang lalu, buat arwah ayahanda (Haji) Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid di rumah Emak di Taman Pengkalan Jaya, Ipoh.  Ini sajalah yang termampu aku hadiahkan buat ayah yang aku cuma pernah jumpa sekali dalam hidupku di Kampung Bunga Raya, Pontian, Johor sebelum ayah kembalike rahmatullah.
Kenduri diadakan pada 27 Disember 2012, bersamaan 13 Safar 1434.  Jemaah pelajar tahfiz dari Surau Pinji Perdana diraikan bersama ahli keluarga terdekat.  Juadah kenduri kami masak sendiri.  Adinda Abdul Razak menyempurnakan bacaan doa sebelum majlis dimulakan, terima kasih.  Syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Thursday, February 2, 2012

Lomba Puisi PBKS 2012


Pernyertaan sajak "Menyusur Ranting Kehidupan" terpilih di tempat ketiga dalam 'Lomba Puisi Bergambar' anjuran Puisikan Bait Kata Suara (PBKS) bagi tahun 2012.  Aku memilih gambar di atas sebagai hamparan kanvas puisiku.  Komuniti sastera ini aktif secara 'online' yang diikuti oleh karyawan dari beberapa negara serantau seperti Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei dan beberapa negara lain. 

Menyusur Ranting Kehidupan

luluh hati tersentuh
lebur lagi ratap dirinya
redah dugaan Illahi di awal usia
piatu dari bencana Pencipta
rayaunya menyambung nyawa
agar mampu menghela nafas
kendati...
dengan sebutir nasi ciciran
atau sisa berbaki di jalanan

tiada enak pada jelira
tiada ranai pada tangis
tiada syahdu pada telinga
tiada indah pada tubuh
tiada erti pada makmur
tiada hala pada esok

cukup sekadar
menyambung suap ke mulut
dari celik mata ke lena tidur
menyimpan cuma sekumit mimpi
esok kan mampu melata
menyusur ranting kehidupan
 

~PBKS~
2 Februari 2012

Saturday, December 31, 2011

Penulisan: Penulis Perak TabirAlam


Aku menyertai senarai penulis yang dikelolakan oleh Tn. Haji Zabidin Haji Ismail di blog Penulis Perak.  Blog ini khusus mengumpul penulis-penulis kelahiran Perak sahaja.  Terdapat banyak nama-nama hebat dari kalangan penulis yang tersenarai.  Aku baru mula berjinak-jinak, belum lagi menjadi ahli kepada Persatuan Karyawan Perak.  Untuk mengetahui lebih lanjut bolehlah lawati pautan artikel ini di blog Penulis Perak, sila klik di sini.

Wednesday, December 21, 2011

"Jasamu Dikenang" MBI

Satu majlis "Jasamu Dikenang" bagi meraikan pesara-pesara dari majlis Bandaraya Ipoh telah diadakan di Dewan Bandaran Ipoh pada 21 Disember 2011.  Majlis telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato' Haji Abdul Rahim bin Mat Ariff.  Jamuan makan tengahari itu meraikan seramai 69 orang pesara bagi tahun 2011, lapan orang pesara pilihan, dan menghormati 11 orang pesara yang telah meninggal dunia bagi tahun tersebut. 

Aku tidak dapat hadir pada tarikh tersebut, dan aku diwakili oleh isteri dan anak perempuan, Nurul Fithri di majlis penyampaian Sijil Penghargaan pada hari tersebut.

Friday, September 2, 2011

Aidilfitri Bersama Emak & Abah

 

Ini adalah satu-sataunya gambar yang aku ada diambil bersama lima orang anak-anakku dengan emak dan abah di kediaman emak di Taman SPPK. Pasir Puteh, Ipoh.

Dari kiri, Nurul Faizah, Nurul Farahana, isteriku Selmaa Meor Hussein, emak, Bedah dan abah, Musa, aku dan Abi Fathullah, Nurul Fithri dan Nurul fayyadhah. Salam Aidilfitri.

 

Pantun Hari Jadi: Ana Cik Kamal