Pada Mei 1986, semua artis budaya dari Kumpulan Selendang Perak yang terlibat dengan persembahan kebudayaan sempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah semasa Majlis Santapan Pertabalan di Istana Iskandariah pada 9 Disember 1985 telah dianugerahkan Surat Kepujian dari Kerajaan Negeri Perak. Majlis disempurnakan di kediaman Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ramli Ngah Talib.
Sunday, May 25, 1986
Saturday, April 26, 1986
Badan Kebudayaan MBI
Badan Kebudayaan Majlis Bandaraya Ipoh (BKMBI) adalah kumpulan kebudayaan yang pertama aku kendalikan, selaku koreografer di Majlis Bandaraya Ipoh di bawah kelolaan Pn. Noraini, Jabatan Penilaian. Aku fockus mengajar tarian tradisional klasik seperti Gamelan dan Endang. Ini adalah kumpulan perintis ketika membuat persembahan di Majlis Makan Malam di Kompleks Kolam Renang MBI pada Sabtu 26 April 1986.
Dari kiri, Norlia, June A.C. Din, Sharifah, (lupa nama) dan Mahzan
Dari kiri, Norlia, June A.C. Din, Sharifah, (lupa nama) dan Mahzan
Sunday, December 29, 1985
Lawatan Kebudayaan ke Medan, Indonesia
Kumpulan Kesenian Perak di bawah naungan Y.A.B Dato' Seri Ramlie Ngah Talib, Menteri Besar Perak dalam lawatan muhibah dibawa melancong ke Medan, Indonesia pada 29 Disember 1985 hingga 2 Januari, 1986. Lawatan kami adalah insentif menghargai penglibatan semasa pertabalan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Setiba di Medan, delegasi KSP bergambar dengan pakaian seragam di perkarangan Istana Maimun, warisan kesultanan Deli, Medan.
Basnee bin Mat Ali
Fatimah bt Mohd Rashid
Isma Suria bt Shah Bodin
Fatimah bt Mohd Rashid
Isma Suria bt Shah Bodin
Mohd Ariffin bin Kader Mastan
Abd Hamid bin Abd Aziz
Zainuddin bin Haji Ibrahim
Mohd Fuad bin Jusoh
Mohd Tahir bin Nordin
Manjaya bin Mansor
Yussain bin Youno Yaman
Mohd Darwam bin Haji Wasidin
Abas @ Azhari bin Yahya
Manan Miah bin Wabullah
Bah Suri a/l Amin
Abd Khalid bin Mohd Shafie
Fauziah bt Mohd Said
Nazalina bt Jaafar
Haslina bt Mokhtar
Normadiah bt Abd Manaf
Jackquiline Berlina Hudson
Noraini bt Mohd Noor
Puteri Suriya bt Megat Khas
Azamah bt Kassim
Nurul zaiti bt Mohd Shafie
Jamaliah bt Din
Rosenah bt Shamsul Aman
Zaki Hishamuddin bin Mohd Salleh
Noraini bt Ariffin
Phan Yoan Ping
dan aku...
Lawatan meliputi bandar kota Medan, Parapat dan Danau Toba. Makan tengah hari di Permatang Siantar. Keesokan harinya ke Pulau Somasir, meninjau peninggalan sejarah kebesaran Kerajaan Batak Toba. Kami juga pergi ke Ambarita, dan sempat bergambar beramai-ramai di Tomok. Semalam di Brastagi.
Lawatan ke Medan adalah pengalaman pertama kalinya aku menaiki pesawat ke luar negara. Berlepas dengan pesawat Garuda GA 933 dari Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang ke destinasi Lapangan Terbang Polonia di Medan.
Monday, December 9, 1985
Majlis Santapan Pertabalan Sultan Azlan Shah
Majlis Pertabalan Sultan Perak, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah diadakan pada 4 hingga 18 Disember 1985. Kumpulan Kebudayaan Negeri Perak telah membuat persembahan tarian kebudayaan pada Isnin 9 Disember 1985 di Dewan Santapan, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Raptai penuh persembahan telah diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Persembahan diringan oleh kumpulan pancaragam dari Tentera Darat. Nyanyian dipersembahkan oleh artis Mazuin Hamzah dari kupulan Quinary M, dan artis dari Sabah, Safar Ghaffar. Gambar di atas adalah raptai tarian "Makan Sireh" sedang berlansung (Aku di bahagian depan sekali berpasangan dengan Nazalina Jaafar). Antara tarian lain termasuk tarian "Inang Selendang" dan tarian "Dabus".
Aku terlibat dengan dua persembahan kebudayaan pada malam itu. Persembahan pertama "Silat Sembah Lela" sewaktu pembukaan majlis santapan. Keduanya tarian "Makan Sireh" ketika majlis santapan berlansung di Balai Rong Seri, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Dari kiri:
Mohd Fuad bin Jusoh
Zainuddin bin Haji Ibrahim
Manjaya bin Mansor
Jurulatih silat -
Abdul Hamid bin Abdul Aziz
Phan Yoan Ping
Aku di kanan sekali...
Mohd Fuad bin Jusoh
Zainuddin bin Haji Ibrahim
Manjaya bin Mansor
Jurulatih silat -
Abdul Hamid bin Abdul Aziz
Phan Yoan Ping
Aku di kanan sekali...
Tuesday, June 5, 1984
Artikel Tentang Sharifah Aini
Sebagai peminat Sharifah Aini, setiap program TV yang menyiarkan rakaman nyanyian Sharifah Aini, pasti aku tidak ketinggalan. Ada yang memuaskan dan ada juga yang tidak. Salah satu dari program TV tersebut telah aku komen di akhbar The Star tentang penyiaran persembahan "Puspawarna" pada 28 April 1984.
Aku bukan nak tunjuk pandai, tapi sekdar meluahkan apa yang tidak puas di hati aku saja. Artikel aku di siarkan di bawah tajuk "That's no way to present a Superstar" dalam akhbar The Star bertarikh 5 Jun, 1984.
Sunday, January 1, 1984
Hari Perkahwinanku
Aku melansungkan hari perkahwinanku pada 1 Januari 1984, bertempat di rumah emak di Pasir Puteh. Pasanganku Selmaa Meor Hussin dari Kampung Kuak, Kuala Kangsar. Hari sebelumnya persandingan kami diadakan di Kampung Kuak, Kuala Kangsar.
Acaranya berlansung buat beberapa hari terdahulu, dengan acara berinai kecil, acara akad nikah dan berinai besar hinggalah ke hari persandingan. Kad jemputan kahwin ini aku simpan sekian lama hingga bertukar warna kertasnya kekuningan.
Thursday, December 1, 1983
Khemah Kerja Belia Bandar 4B
Aku telah mengikuti satu Khemah Kerja Belia Bandar anjuran Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, mewakil Pertubuhan Belia 4B Cawangan Ipoh Timur. Khemah kerja di adakan dari 1 hingga 5 Disember 1980, bertempat di perkarangan Stadium Indera Mulia.
Ramai dari kalangan rakan-rakan dalam pertubuhan ini tidak dapat lagi dikesan, cuma saudaraku Raja Jakaria, yang paling muda dalam kumpulan kami.
Thursday, April 2, 1981
Belasungkawa Arwah Nenda Rokiah
Rokiah binti Kulop Zainal adalah Opahku, ibu kepada emak kandungku, Bedah bt. Lan. Arwah Opah telah kembali ke rahmatullah pada 2 April 1981 bersamaan 27 Jamadil Awwal 1401 Hijriah di rumah emak di Taman Pengkalan Jaya, Pasir Puteh. Aku tiada disisinya semasa Opah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Aku kehilangan.
Saban tahun, aku bersama emak akan menziarahi kubur Opah berhampiran Kampung Seri Jaya di Batu Gajah. Pemergiannya sangat meniggalkan kesan kerana aku begitu akrab dengan Opah dari ahli keluarga lain. Setiap subuh Aidilfithri aku pasti akan bercucuran airmata mengenangkan Opah yang tersayang. Hanya doa dan al-Fatihah buat Nenda.
Saturday, December 20, 1980
Modeling Teen Princess 1980
Teen Princess 1980 anjuran YMCA telah diadakan pada 20 Disember 1980 di Town Hall, Ipoh. Ketika itu, aku selaku ahli kepada Persatuan YMCA sebagai pelajar Bahasa Perancis anjuran Alliance Francaise di YMCA. Malam itu berlansung pemilihan calon Teen Princess bagi tahun 1980 dari kalangan peserta-peserta dari sekitar Ipoh.
Malam itu aku memperagakan fesyen pakaian perkahwinan a-la barat dari Kyoko Kobayashi Fashion. Aku bersama seorang rakan India, pasangan model kami Moi Leng dan Christina dari agensi modeling tempatan. Kami diperkenal oleh Setiausaha YMCA pada masa itu, Anthony Lau.
Apapun semasa persembahan malam itu, aku sangat suka dan teruja dengan dengan lagu latar 'Je t'aime' yang dimainkan sepanjang peragaan 'catwalk' dipersembahkan.
Tuesday, December 9, 1980
Pertandingan Tarian Peringkat Kebangsaan
Delegasi Badan Budaya Perak menginap di salah sebuah asrama di kampus tersebut. Antara yang turut serta adalah; Jariah, Safiah, Noor, Hawa, dan beberapa ahli yang lain.
Sunday, November 9, 1980
Johan Pertanding Tarian Negeri Perak 1980
Kumpulan kebudayaan dari Badan Budaya Perak di bawah pimpinan Onie Moraza menyertai Pertanding Tarian Peringkat Negeri Perak. Kumpulan Badan Budaya Perak telah menjadi johan pada pertandingan itu yang telah diadakan di Tapian Gelanggang Negeri Perak.
Beraksi di belakang pentas sebelum pementasan dramatari "Sangkuriang" semasa Pertandingan Tarian Peringkat Negeri Perak. Aku berada di belakang sekali.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
A ku bukanlah seorang pendidik di sekolah, namun aku hanya membimbing rakan-rakan penulis yang berminat untuk belajar mengenali puis-puisi y...
-
Pertama kalinya aku menerbitkan sebuah e-book berjudul "Antologi Haiku@Facebook" melalui laman sosial Facebook di bawah muka ...





















