Wednesday, July 1, 2015

Meladen Ladin Yang Tumpul


SLURP! sebuah antologi puisi mengandungi 60 buah puisi a-la mi segera melibatkan 20 orang penulis siber.  Kandungan dibahagi kepada empat perisa; (i) Perisa Kari karya dari Hamizun Syah, TabirAlam, M Farez, dan Abdullah Jones, (ii) Perisa Asam Laksa karya dari Muhd Iqbal, Ibnu Din Assingkiri, Schwarzenmann, Ode Zulkarnain, dan Za'im Yusoff, (iii) Perisa Tomyam dari Najmuddin Yusoff, Bintang Kartika, Lara MN, Aziz Zabidi, dan Hafiz Latiff, dan (iv) Perisa Ayam Cendawan karya dari Aloyindra, Abang Arif, Jehan Bakar, Nimoiz TY, dan Sayidah Mu'izzah.



Penghasilan SLURP! berikutan dari sebuah artikel di Mingguan Malaysia bertarikh 5 Julai 2015 yang ditulis oleh seorang penggerak seni.  Tajuknya agak menyedihkan dari sudut penulis itu sendiri - "FenomenaPuisi Mi Segera di Laman Sosial".  Isu ini telah timbul beberapa kali, tapi cuma diperangatkan semula untuk raih populariti. Tapi, agak mengewakan bila ada penulis yang menikam belakang penulis lain demi melonjakkan diri sendiri. Teringa pula cerita dongeng "Si Rubah Dengan Anggur Masam". 



Tanpa meneliti fakta, agak cabul juga bila dia mengatakan "penulis haiku, hampas apabila menulis pantun".  Aku berasa bangga bila kalangan penulis haiku seperi Sri Mawar, Yahti Hayati, Pauzi Mohd Isa, Saniah Masri, Aiza Zizan, Asmira Suhadis antara nama yang hebat berpantun dan bersyair. 

Nak ketawa pun ada. Pada aku, 'forte' aku adalah menulis pantun, dan 'passion' aku menulis haiku.  Begitulah keadaannya bila seseorang mencari nama, sanggup menindas kegiatan rakan seperjuangan dalam arena seni. 

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum.
Saya akui sudah lama kenal beliau, tapi secara jujurnya saya turut terluka dengan label yang diberikan. Bagi saya, dunia penulisan kreatif ini luas. Setiap orang punya potensi yang perlu digilap. Saya menceburi dan mengasah bakat dalam semua genre penulisan kerana kecintaan saya kepada bahasa, sama ada sajak, pantun, haiku, puisi bahasa Inggeris, cerpen, novel, artikel mahupun penulisan akademik. Sebahagian karya saya juga ada saya paparkan di facebook. Itu adalah kecintaan, passion saya. Tiada salahnya jika saya memiliki lebih daripada satu bakat dan kemahiran. Saya puas apabila puisi saya tersiar di Dewan Sastera, cerpen saya tersiar di majalah, puisi bahasa Inggeris saya turut diiktiraf apabila memenangi hadiah utama. Jadi, saya tidak faham, mengapa kita harus statik dalam satu 'dunia' saja? Bukankah bakat serba boleh dalam pelbagai bidang itu merupakan satu kelebihan? Yang lebih utama, pada saya ialah Kemahiran Berbahasa. Sebaik kita mampu menguasainya, maka kita mampu ke mana-mana cabang seni sekalipun. Insya Allah.
Lebih baik kita berhenti melabel orang dan fokus kepada kerja kita.

 
Flag Counter