Monday, December 20, 1971

'Hitch-Hiking' Ke Johor Baharu


'Hitch hike' bermaksud berjalan sambil menumpang kenderaan yang lalu dari satu tempat ke satu tempat tujuannya, dan penumpang (hiker) akan meneruskan perjalannannya dengan menumpang kenderaan seterusnya. Ini satu 'kegiatan' yang fenomenanya menyelusuri hingga ke Malaysia. Aku teringat akan sebuah lagu yang bertajuk - 'The Sweet Hitch Hiker'...


Masa cuti sekolah bermula, aku bersedia dengan sebuah haversack penuh t-shirt dan sebuah peta jalan.  Haversack askar aku dapati dari seorang rakan, sering aku guna di cuti-cuti lain.  Selalunya aku hitch-hike berdua saja dengan rakan sekolah, Junia - nama sebenarnya Syed Neguib al-Hubshee, rakan karib semasa zaman persekolahan.  Destinasi percubaan, kami hitchiking ke Taiping. Ketika itu belum timbul sebarang masalah.  Sepanjang jalan kami memberi tanda ibu jari menghala ke jalan yang di tuju. Tak kira apa jenis kenderaan mahu pun pemandunya. Dari Volkswagon hinggalah SAAB dan Mercedez Benz.  Dimasa ketiadaan tumpangan, kami berjalan berbatu-batu tapi ehsan dari orang ramai kami sering dijemput kerumah mereka untuk berbual sambil makan minum.  Malamnya kami tidur di mesjid atau rumah kawan yang dikenali. 


Cuti penggal hujung tahun, perjalan kami menghala ke Johor Baharu di Selatan. Arah yang mencabar mengambil masa dua minggu untuk pergi dan balik. Aku menghubungi rakan-rakan di sepanjang perjalan ke Selatan, yang kami akan bermalam di rumah mereka. Ada yang terlepas, mesjid juga tempat berehat. Pengalaman pahit yang pernah dialami, semasa di Melaka kami tersalah naik tumpangan, kenderaan menghala ke Jasin, jauh tersasar dari Federal Highway, kami ambil masa panjang untuk kembali ke jalan utama. Melalut dari Muar ke Batu Pahat.  Kemudian sewaktu pulang dari Selatan, kami berjalan kaki dari Tanjung Malim tanpa mendapat tumpangan hingga ke Slim River. Aku terlantar tidur di tepi jalan.


Masalah mula muncul dengan insiden yang memburukkan hitch hiker, dengan kes-kes samun dan pencederaan.  Zaman berlalu dan hiking kian pudar. Bagaimanapun aku pernah merasa sendiri pengalaman hitch hiking di waktu remaja. Kini hanya tingal kenangan dari gambar-gambar yang diambil semasa hiking tersebut.


 
Flag Counter