Saturday, December 20, 1980

Modeling Teen Princess 1980


Teen Princess 1980 anjuran YMCA telah diadakan pada 20 Disember 1980 di Town Hall, Ipoh. Ketika itu, aku selaku ahli kepada Persatuan YMCA sebagai pelajar Bahasa Perancis anjuran Alliance Francaise di YMCA. Malam itu berlansung pemilihan Teen Princess bagi tahun 1980 dari kalangan peserta-peserta dari sekitar Ipoh.


 


Malam itu aku memperagakan fesyen pakaian perkahwinan a-la barat dari Kyoko Kobayashi Fashion.  Aku bersama seorang rakan India, pasangan model kami Moi Leng dan Christina dari agensi modeling tempatan. Kami diperkenal oleh Setiausaha YMCA pada masa itu, Anthony Lau.



Apapun semasa persembahan malam itu, aku sangat suka dan teruja dengan dengan lagu latar 'Je t'aime' yang dimainkan sepanjang peragaan 'catwalk' dipersembahkan.

Tuesday, December 9, 1980

Pertandingan Tarian Peringkat Kebangsaan

Kumpulan kebudayaan dari Badan Budaya Perak telah berjaya mewakili negeri Perak ke Pertandingan Drama dan Tarian Peringkat Kebangsaan diPanggung Eksperimen, Universiti Malaya. Badan Budaya Perak mempersembahkan satu dramatari bertajuk "Sang Kuriang" dan sebuah tarian bertajuk "Di Ambang Syurga"


Delegasi Badan Budaya Perak menginap di salah sebuah asrama di kampus tersebut.  Antara yang turut serta adalah; Jariah, Safiah, Noor, Hawa, dan beberapa ahli yang lain.

Sunday, November 9, 1980

Johan Pertanding Tarian Negeri Perak 1980

Kumpulan kebudayaan dari Badan Budaya Perak di bawah pimpinan Onie Moraza menyertai Pertanding Tarian Peringkat Negeri Perak.  Kumpulan Badan Budaya Perak telah menjadi johan pada pertandingan itu yang telah diadakan di Tapian Gelanggang Negeri Perak.

Beraksi di belakang pentas sebelum pementasan dramatari "Sangkuriang" semasa Pertandingan Tarian Peringkat Negeri Perak. Aku berada di belakang sekali. 

Saturday, November 1, 1980

Bakat YMCA 1980

Aku tidak pernah menyanyi secara terbuka, apatah lagi di hadapan penonton yang ramai.  Tapi aku ingin mencuba.  Aku sertai pertandingan Bakat Y.M.C.A. 1980 yang diadakan di Dewan YMCA, Ipoh pada Sabtu 1 November 1980. Aku menyampaikan sebuah lagu Inggeris bertajuk "You Mean Everything To Me" yang dipopularkan oleh Neil Sedaka.  Nampak gayanya setakat itu sajalah percubaan yang berani aku tempuhi.

Saturday, October 11, 1980

Drama Pentas "Megat Terawis"

Pesta Drama dan Tarian telah diadakan pada Sabtu 11 Oktober 1980 di Tapian Gelanggang, Jabatan Kebudayaan Negeri Perak, Ipoh.  Pada malam pembukaan Pesta Drama dan Tarian, Kumpulan Badan Budaya Perak di bawah kelolaan pengarah teater Onie Moraza telah mempersembahkan sebuah drama bertajuk "Megat Terawis".  Aku memegang watak Memanda Menteri (sampingan) dalam drama ini (memakai baju layang berwarna biru duduk di atas persada).



Persembahan darama diselang-selikan dengan persembahan tarian tradisional. Para pelakon pentas didokong oleh kesemua ahli-ahli Badan Budaya Perak.  Pengarah Onie Moraza  kelihatan berdiri di sebelah kanan sekali dalam gambar. 

Friday, May 30, 1980

Apple Jam Disco Dancin' Contest

Tahun 80'an terkenal dengan kegilaan muzik dan tarian disco. Di Ipoh tidak kurang juga tumbuhnya disko untuk anak-anak muda yang meminati lagu berentak disko. Antaranya "Apple Jam" Pub & Discotheque, di jalan Ali Pitchay, Ipoh. Itu adalah diskon yang pertama di Ipoh.

Aku tidak lepas peluang menyertai pertandingan tarian disco di Apple Jam. Pertandingan diadakan pada 30 May, 1980. Aku dalam saringan kedua memilih lagu "Money, Money, Money" dari kumpulan ABBA. Cukuplah sekdar mencuba, menangnya tidak juga.

Nota: James Kennedy adalah DJ pertama bertugas di Apple Jam Pub & Discotheque, di alamat 21 Jalan Ali Pitchay. Kini beliau menjadi pemilik restoran Rockafellas di Lumut. Rujukan

Saturday, March 8, 1980

Hari Jadi Nora

Hari Jadi Nora Jaafar yang ke 21 tahun jatuh pada Sabtu 8 Mac 1980, sambutan hari jadi diadakan di rumahnya di Greentown, Ipoh. Nora Jaafar sebagai rakan kenalan pernah menyandang runner-up dalam pertandingan "Miss Tourism" pada tahun sebelumnya.  Perkenalan kami tidak panjang kerana di atas kelewatan yangtidak disengajakan dan orang lain telah masuk meminang.  Apakan daya.  Aku meraikan hari jadinya bersama adik angkatku, Musa Yit (memakai baju petak lengan pendek).
 
Flag Counter