Wednesday, December 30, 2015

Senandung Tanah Merah


Pelancaran antologi pantun Senandung Tanah Merah telah berlangsung di Tampines, Singapura.  Acara Ramah Mesra Penyair Serumpun Di Negara Berbilang Kaum dengan Bebas Melata dalam Pertemuan Sastera Budaya Negara Serumpun dikelolakan oleh penulis Singapura Pn. Rohani Din, a.k.a Anie Din. 


Sebelas rangkap pantun bertemakan bandaraya "Ipoh" termuat dalam antologi tersebut, bersama 10 rangkap pantun bertemakan bandar "Kuala Belait", Brunei Darussalam karya adinda Dipinggiran. 



Aku berkesempatan bertemu dengan penulis lainnya; Noor Aisya Buang (Singapura), Mohrosa Doloh (Thailand), Sutarso (Indonesia), dan adik Muhammad Rois Rinaldi (Indonesia). 

Bunda Anie Din melayan para peserta dengan begitu mesra, penyair yang hadir dari Singapura, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Thailand, dan Brunei Darussalam. Peserta disediakan tempat penginapan di Safra Resort Country Club, Changi Cpast Walk, Singapore. 

Saturday, December 5, 2015

Hescom 2015


Aku ke Kuala Lumpur ke tempat yang sama di Hotel Dynasty seperti tahun sebelumnya bagi menghadiri Malam Anugerah Hadiah e-Sastera.com. Kali ini aku pergi bersendirian kerana aku menyimpang dari acara Pulara di Pulau Pangkor. Peserta diminta hadir dengan menggayakan pakaian antarabangsa, dan aku memilih pakaian tradisional Muslim Kenya.


Malam itu aku menyampaikan sebuah haiku yang bertemakan Hescom, dan sebelum itu aku memberikan soalan teka-teki dari laman e-Sastera terbuka kepada hadirin. Soalan dapat dijawab oleh sdr Ahkarim dari Alor Setar, Kedah, dan beliau dihadiahkan sebuah buku "Projek Haiku".


Pada malam Hescom itu aku memenangi dua hadiah utama. Pertama Hadiah Sayembara Sajak Banjir 2015 di tempat pertama berjudul "Dugaan Banjir". Kedua, aku menerima Anugerah Haiku dan Tanka di tempat pertama dengan haiku bertemakan "Hiroshima Dalam Kenangan".    

Thursday, December 3, 2015

PULARA 6


Festival Puisi dan Lagu Rakyat ke 6 atau lebih dikenali sebagai Pulara 6 dengan tema "Alam Sumber Karya" telah berlangsung di Pulau Pangkor dari 3 hingga 6 Disember 2015. Ini adalah kali pertama aku turut menyertai acara Pulara yang dianjurkan oleh Yayasan Kampung Karyawan Malim dan "Tourism Perak" cawangan Manjung, dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung dan Dewan Bahasa dan Pustaka.



Diantara nama-nama besar dalam dunia sastera tanah air, cukup sekadar aku mengenali mereka dari jauh. Aku lebih senang dengan kehadiran kenalan dari grup "Klinik Haiku" dan pertama kali berjumpa sdr Syafrein Effendi, Mamu MK Hasny, Leo Aws, Sharifuddin Dua, Mawar Marzuki, dan kali kedua bertemu Bunda Free Hearty serta beberapa kenalan lain. Aku tersermpak dengan Free Hearty dalam perjalanan ke pengkalan feri di Lumut. 



Ternyata aku menjadi penyair 'pembuka tirai' pada acara Minum Petang Pulara 6 di Puteri Bayu Beach Resort dengan sajak berjudul "Samudera Pulara".



 
Flag Counter