Wednesday, December 30, 2015

Senandung Tanah Merah


Pelancaran antologi pantun Senandung Tanah Merah telah berlangsung di Tampines, Singapura.  Acara Ramah Mesra Penyair Serumpun Di Negara Berbilang Kaum dengan Bebas Melata dalam Pertemuan Sastera Budaya Negara Serumpun dikelolakan oleh penulis Singapura Pn. Rohani Din, a.k.a Anie Din. 


Sebelas rangkap pantun bertemakan bandaraya "Ipoh" termuat dalam antologi tersebut, bersama 10 rangkap pantun bertemakan bandar "Kuala Belait", Brunei Darussalam karya adinda Dipinggiran. 



Aku berkesempatan bertemu dengan penulis lainnya; Noor Aisya Buang (Singapura), Mohrosa Doloh (Thailand), Sutarso (Indonesia), dan adik Muhammad Rois Rinaldi (Indonesia). 

Bunda Anie Din melayan para peserta dengan begitu mesra, penyair yang hadir dari Singapura, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Thailand, dan Brunei Darussalam. Peserta disediakan tempat penginapan di Safra Resort Country Club, Changi Cpast Walk, Singapore. 

Saturday, December 5, 2015

Hescom 2015


Aku ke Kuala Lumpur ke tempat yang sama di Hotel Dynasty seperti tahun sebelumnya bagi menghadiri Malam Anugerah Hadiah e-Sastera.com. Kali ini aku pergi bersendirian kerana aku menyimpang dari acara Pulara di Pulau Pangkor. Peserta diminta hadir dengan menggayakan pakaian antarabangsa, dan aku memilih pakaian tradisional Muslim Kenya.


Malam itu aku menyampaikan sebuah haiku yang bertemakan Hescom, dan sebelum itu aku memberikan soalan teka-teki dari laman e-Sastera terbuka kepada hadirin. Soalan dapat dijawab oleh sdr Ahkarim dari Alor Setar, Kedah, dan beliau dihadiahkan sebuah buku "Projek Haiku".


Pada malam Hescom itu aku memenangi dua hadiah utama. Pertama Hadiah Sayembara Sajak Banjir 2015 di tempat pertama berjudul "Dugaan Banjir". Kedua, aku menerima Anugerah Haiku dan Tanka di tempat pertama dengan haiku bertemakan "Hiroshima Dalam Kenangan".    

Thursday, December 3, 2015

PULARA 6


Festival Puisi dan Lagu Rakyat ke 6 atau lebih dikenali sebagai Pulara 6 dengan tema "Alam Sumber Karya" telah berlangsung di Pulau Pangkor dari 3 hingga 6 Disember 2015. Ini adalah kali pertama aku turut menyertai acara Pulara yang dianjurkan oleh Yayasan Kampung Karyawan Malim dan "Tourism Perak" cawangan Manjung, dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung dan Dewan Bahasa dan Pustaka.



Diantara nama-nama besar dalam dunia sastera tanah air, cukup sekadar aku mengenali mereka dari jauh. Aku lebih senang dengan kehadiran kenalan dari grup "Klinik Haiku" dan pertama kali berjumpa sdr Syafrein Effendi, Mamu MK Hasny, Leo Aws, Sharifuddin Dua, Mawar Marzuki, dan kali kedua bertemu Bunda Free Hearty serta beberapa kenalan lain. Aku tersermpak dengan Free Hearty dalam perjalanan ke pengkalan feri di Lumut. 



Ternyata aku menjadi penyair 'pembuka tirai' pada acara Minum Petang Pulara 6 di Puteri Bayu Beach Resort dengan sajak berjudul "Samudera Pulara".



Saturday, September 12, 2015

Projek Haiku


Syukur, alhamdulillah aku berjaya menerbitkan sebuah lagi antologi haiku dengan judul "Projek Haiku" pada tarikh ulang tahun kelahiranku. Antologi ini memakan masa hampir tiga tahun untuk disiapkan kerana aku memberi bimbingan teliti kepada setiap peserta agar haiku yang dihasilkan benar-benar memuaskan hatiku. 

Aku ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada penulis-penulis yang telah menyumbang haiku mereka dalam antologi ini; Aiza Zizan, Asmira Suhadis, Bayu Pagi, Din Kelate, Dipinggiran, FaiZatul Mohd Aminuddin, Hamizun Shah, Mamu MK Hasny, Mawaddatun As-Syakirin, Muhammad Amin (allahyarham), Nazim Mohd Subari, Nor Azizah Idris, Norsiah Kandar, Nur Ain Hanis, Padin Majid, Pauzi Mohd Isa, Rokiah Taib, Ruslina Rmr, Saniah Masri, Sha Hashim, Siti Zaiton Ahmad, Sri Mawar, Teruna Desa, Tokbatin Sham, dan Yahti Hayati - terima kasih! 

Wednesday, July 1, 2015

Meladen Ladin Yang Tumpul


SLURP! sebuah antologi puisi mengandungi 60 buah puisi a-la mi segera melibatkan 20 orang penulis siber.  Kandungan dibahagi kepada empat perisa; (i) Perisa Kari karya dari Hamizun Syah, TabirAlam, M Farez, dan Abdullah Jones, (ii) Perisa Asam Laksa karya dari Muhd Iqbal, Ibnu Din Assingkiri, Schwarzenmann, Ode Zulkarnain, dan Za'im Yusoff, (iii) Perisa Tomyam dari Najmuddin Yusoff, Bintang Kartika, Lara MN, Aziz Zabidi, dan Hafiz Latiff, dan (iv) Perisa Ayam Cendawan karya dari Aloyindra, Abang Arif, Jehan Bakar, Nimoiz TY, dan Sayidah Mu'izzah.



Penghasilan SLURP! berikutan dari sebuah artikel di Mingguan Malaysia bertarikh 5 Julai 2015 yang ditulis oleh seorang penggerak seni.  Tajuknya agak menyedihkan dari sudut penulis itu sendiri - "FenomenaPuisi Mi Segera di Laman Sosial".  Isu ini telah timbul beberapa kali, tapi cuma diperangatkan semula untuk raih populariti. Tapi, agak mengewakan bila ada penulis yang menikam belakang penulis lain demi melonjakkan diri sendiri. Teringa pula cerita dongeng "Si Rubah Dengan Anggur Masam". 



Tanpa meneliti fakta, agak cabul juga bila dia mengatakan "penulis haiku, hampas apabila menulis pantun".  Aku berasa bangga bila kalangan penulis haiku seperi Sri Mawar, Yahti Hayati, Pauzi Mohd Isa, Saniah Masri, Aiza Zizan, Asmira Suhadis antara nama yang hebat berpantun dan bersyair. 

Nak ketawa pun ada. Pada aku, 'forte' aku adalah menulis pantun, dan 'passion' aku menulis haiku.  Begitulah keadaannya bila seseorang mencari nama, sanggup menindas kegiatan rakan seperjuangan dalam arena seni. 

Tuesday, June 16, 2015

Komentar Buat Noor Aisya

Buku "Noor Aisya: Karya dan Kiprahnya" yang diselenggarakan oleh penulis handal dari Cilegon, Indonesia memperkatan tentang puisi-puisi yang dihasilkan oleh penulis yang tidak asing lagi dari Singapura, Noor Aisya Buang. Buku diterima bersama senaskah buku puisi "Terlepas" - Himpunan Puisi Muhammad Rois Rinaldi.

Secebis komentar aku nukilkan buat Noor Aisya dimuatkan dalam buku "Noor Aisya: Karya dan Kiprahnya" yang diterbitkan di Jogjakarta, Indonesia, terima kasih juga buat Muhammad Rois Rinaldi.


Petikan komentar:

"Seorang penyair Malaysia, Tabir Alam, memberikan pendapatnya mengenai Noor Aisya: Penulis ini bersosok "petite" dari bahasa Perancis bermaksud "comel", namun puisinya menerpa umpama cili padi, pedas dalam lunak baitnya. Kalimah puisinya dilahirkan dari rindu syurgawi hingga bentak menepis kejam suara yang menindas dirinya. Tulisannya persisten, tiada ganjak mengampun pada kata liar bahasa yang dihunjamkan. Merdu bahasa lariknya diperam dari pahit dan luka yang membaluti kehidupannya. Puisinya tetap menyuarakan apa yang benar."

Sunday, June 7, 2015

Seminar "Wealth Mentor"

Bermain saham atau berjual-beli "stock market" bukanlah sesuatu yang aku minat, tapi setelah menerima jemputan dari Maybank untuk menghadiri seminar "How To Create Wealth in The Stock Market" aku pun cuba untuk hadir. Program berlansung the Impiana Hotel 

Seminar dikendalikan oleh Aaron Sim sebagai First Asian Protege & CEO, sementara Mirriam MacWilliams berceramah di persembahan powerpoint. Mungkin aku tidak berapa minat dalam bidang ini. Cukuplah sekadar membaca rahsiannya dalam buku yang diedarkan kepada para peserta yang berjudul "Secrets To Trading Mastery".  

Friday, May 29, 2015

Pertemuan Sasterawan Nusantara Ke 18


Aku menghadiri Pertemuan Sasteerawan Nusantara ke 18 di Gadong, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam kali ini bersama adinda Dipinggiran. Acara beralnsung dari 80 hingga 31 Mei 2015, dan kami bersama perwakilan lain dari Malasyia ditempatkan di SEAMEO VocTech, Gadong. Tema pertemuan kali ini bertajuk "Ketahanan Nasional dan Keterampilan Sastera Nusantara: Muda Omar 'Ali Saifuddin Memperteguh Konsep Melayu Islam Beraja".  




Ramai pembentang kertas kerja dari Malaysia yang terlibat antaranya; Ybhg Prof Datuk Wira Dr Abdul Latiff, Tn Hamzah Hamdani, Dato' Dr Zurinah Hassan, dan Dr Salleh Rahmad. Aku mengambil kesempatan menghadiahkan antologi puisi Pujangga kepada yang berikut:

1) Tuan Awang Haji Jawawi bin Haji Ahmad
2) Prof Datuk Wira Dr Abdul Latiff bin Abu Bakar
3) Hajah Aminah bin Haji Momin
4) 



Wednesday, May 27, 2015

Persinggahan di Miri, Sarawak


Ini adalah kali pertama aku sampai ke bandaraya Miri di Sarawak, merupakan bandaraya kedua yang pernah aku lawati selepas bandaraya Kuching. Persinggahan hanya buat beberapa jam sebelum terus beredar ke Kampung Pandan di Kuala Belait, Brunei Darussalam. Bergambar di hadapan Masjid At-Taqwa, Miri.


Sebelum pulang ke Semenanjung, sempat bergambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Miri, Sarawak. 

Friday, May 22, 2015

Inspirasi Kreatif Kampung Karyawan Malim


Majlis Makan MalamKampung Karyawan Malim bertemakan "Inspirasi Kreatif" telah diadakan pada Jumaat 22 Mei 2015 bertempat di Amanjaya Convention Centre, Hotel Casuarian@Meru, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. 


Pengwujudan "Art Colony" yang diilhamkan oleh Kampung Karyawan Malim adalah untuk membangunkan sebuah perkampungan seni-sastera-budaya di Lembah Gunung Tempurung, Mukim Kampar. 


Para jemputan dihiburkan dengan persembahan dari To'ki dan bacaan puisi dari beberapa jemputan yang hadir pada malam itu. Lagu puisi Inspirasi Kreatif dipersembahkan oleh kumpulan Selendang Perak. 

Saturday, May 16, 2015

Befrienders Ipoh 39th Anniversary


Sejak beberapa tahun aku berehat dari khidmat sukarelawan dengan Befriender's Ipoh, banyak perkara yang berlaku dan khabarnya keanggotaan sukarelawan semakin berkurangan. Petugas yang masih berkhidmat sudah rama yang menjangkau melebih usia warga emas.

Pada Sabtu, 16 Mei 2015 Befriender's Ipoh menyambut ulangtahun penubuhan persatuan yang ke 39 tahun. Masa berlalu begitu pantas. Acara ulangtahun disambut di Palong Coffee House @ Kinta Riverfron Hotel & Suites, Ipoh bersama sukarealawan yang hadir...

Dari kiri, aku berbaju putih, Peter, Silva, Jenna, Mable, Dianne, James, Lee, Swee Cheng, Yoke, and Ginny...

Wednesday, May 13, 2015

Genjuan Haibun Contest 2012 - 2014


Terima senaskah buku berjudul "Genjuan Haibun Contest" Decorated Works 2012 - 2014 daripada Eiko Mori, Saga Daikakuji Monzen, Ukyo-ku, Kyoto, Japan.  Buku diselenggarakan oleh Nobuyuki Yuasa dan Stephen Henry Gill yang diterbitkan oleh Hailstone Haiku Circle.

Haibun penyertaan yang aku hantar tak sehebat pengkarya lain yang termuat dalam buku ini, namun pernyertaan itu dihargai dengan buku cenderamata ini yang menghimpunkan haibun-haibun yang terpilih. Disamping itu, jemputan dipanjangkan untuk pernyertaan haibun 2016. 

Thursday, January 22, 2015

World Haiku Review Winter/January 2015


Daripada 10 buah haiku yang dihantar, cuma sebuah haiku yang terpilih untuk majalah atas talian World Haiku Review edisi Winter / January 2015. Aku terpaksa hantar haiku genre tradisional dalam bentuk gendai haiku untuk menepati gaya konsep penganjur...

freezing winter
hunting in the wood
white breath

Haiku tersebut terpilih dalam kategori Neo-Classical Haiku dipetik dari majalah rasmi The World Haiku Club dibuat semula dalam bentuk haiga dengan haiku tradisional asal seperti berikut:


Monday, January 12, 2015

Antologi Haiku@Facebook e-book


Pertama kalinya aku menerbitkan sebuah e-book berjudul "Antologi Haiku@Facebook" melalui laman sosial Facebook di bawah muka "Klinik Haiku & Tanka".  Buku ini mengumpulkan sejumlah haiku yang dihasilkan oleh antara 20 orang yang bergiat aktif menulis haiku di laman itu. Penyumbang terdiri dari penulis-penulis Malaysia, Singapore, dan Indonesia.  


e-book ini memuatkan 98 buah haiku bahasa Melayu, dan 10 buah haiku bahasa Inggeris, disamping 20 buah haiga yang telah dihasilkan oleh 22 orang penulis yang bergiat aktif di laman "Klinik Haiku & Tanka". 

Mereka terdiri dari Sazalee Sulaiman, Sri Mawar, Asmira Suhadis, Sha Hashim, Muhamad Amin, Syafrein Effendi Usman, Bintang Kartika, Nor Azizah, Noor Aisya Buang, Saniah Masri, Aiza Zizan, Amir Hamzah Mohd Wazir, Firdaus, Ayano Rosie, Aida Ar, Zulkifli Mohd Zin, Masnah, Citey Spectra, Citranalis, Din Kelate, dan Nor Aziah.  

Thursday, January 1, 2015

GEMA Persatuan Karyawan Perak


Aku diberi tugas untuk meyediakan contoh buletin Karayawan Pk dua minggu sebelum mesyuarat AJK 1/2015 di Pakeeza Restaurant, Ipoh. Masanya agak singkat. Aku beri tumpuan sepenuhnya untuk disiapkan sebelum tarikh itu, malah dari contoh terus dipersetujui untuk terus dicetak dan diedarkan pada mesyuarat tersebut.

Maka lahirlah buletin GEMA Persatuan Karyawan Perak edisi 1/2014 pada 1 Januari 2015, dan diedarkan kepada ahli-ahli Karyawan Pk yang hadir semasa mesyuarat.  Edaran juga akan dibuat kepada persatuan penulis lain. Sebuah haiku berbahasa Rao dimuatkan bersama:


kulah rutiang
lumpur ke ompang tobek
gulei lauak

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan naskah GEMA, sila klik ikon pdf di bawah:



 
Flag Counter