Aku mengikuti sesi haiku workshop secara interaktif dalam talian sempena ulang tahun ke-10 "Japan Fair 2026" yang akan berlangsung selama dua hari pada 27 hingga 28 Jun 2026 bertempat di Maydenbauer Center, Bellevue, Washington state, USA. Wokshop dikenadlikan oleh Michael Dylan Welch.
Showing posts with label Aktiviti Sosial. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Sosial. Show all posts
Thursday, May 14, 2026
Monday, April 29, 2024
Pertemuan: Onn Abdullah
Aku membuat temujanji dengan penulis Onn Abdullah, Tokoh Sastera Perak, untuk menyerahkan pesana antologi "Coretan Semalam" dan "Cerita Langit" dengan izin Allah SWT.
Saturday, April 20, 2024
Pertemuan: Paridah Ishak
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi aku dapat berjumpa dengan penulis prolifik, Paridah Ishak di rumahnya di Dewa Melor, Serendah, Selangor. Pertemuan yang tidak dijangka dalam perjalanan pulang dari Klang balik ke Ipoh, aku terpandang akan papan tanda lebuhraya menunjukkan arah ke Serendah.
Aku pun terus membuat keputusan untuk menjengah seorang penulis yang telah aku hafal alamat rumahnya. Akau meminta anak lelakiku, Abi Fathullah pergi singgah ke rumah kenalan mayaku Paridah Ishak. Dalam pertemuan singkat itu, aku rasa terlepas segala hutang untuk berjumpa dengan beliau dari sekian lama ini.
Terima kasih atas layanan yang diberikan oleh anak perempuannya serta menantu. Lima belas minit bersama Paridah Ishak cukup meninggalkan kesan di dalam hati. Semoga berjumpa lagi di lain waktu dan ketika. haza min fadli Rabbi.
Terima kasih Abi Fathullah Abdullah.
Sunday, December 18, 2022
Space Park, Greentown
Terserempak dengan makhluk ni, dia kata dia nak ikut sama pergi Space Park di UDA Shopping Mall kat Greentown, Ipoh.
Saturday, June 18, 2022
Pertemuan: Pak Engku
Bertemu dengan penulis dari Seremban, Negeri Sembilan, sdr Pak Engku di penginapan homestaydi Tambun semasa beliau bercuti dengan anak-anaknya. Aku menziarahi Pak Engku bersama anak perempuanku, Nurul Fayyadhah sebagai peneman. Syukur alhamdulillah, pertemuan dengannya dengan izin Allah SWT, sebaik-baik Perancang.
Friday, October 11, 2019
Global Dream Ride, IPG Kampus Ipoh
Sesis perkongsian pengalaman pengembaraan oleh Puan Anita Yusof, penunggang wanita pertama keliling dunia menerusi "Global Dream Ride 2016". Program anjuran Unit Perpustakaan IPG Kmpus Ipoh kelolaan En. Nazri Zainuddin. Kisah yang menginspirasikan (menulis buku tersebut).
Friday, October 27, 2017
Pesta Pantun Wayangan 2017
Aku dijemput menghakimi "Pesta Pantun Wayangan 2017" oleh pihak penganjur, Royal College of Medicine Perak (RCMP), Cawangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang berlangsung selama dua hari, dari 27 hingga 28 Oktober 2017. Antara juri pesta pantun ialah Tn. Ahmad Sarju.
Menghakimi peserta "Pesta Pantun Wayangan 2017" bersama Ahmad Sarju.
Sunday, January 3, 2016
Pertemuan: Abdul Rahim
Sebuah pertemuan dengan sdr Abdul Rahaim dari grup berpantun "Luahan Rakan Pesara" (LRP) semasa aku bercuti di Alor Setar, Kedah. Saudara Abdul Rahim sudi berkunjung ke Hotel Seri malaysia di Alor Setar untuk menunaikan pertemuan ini.
Friday, September 18, 2015
Pertemuan: Nor Azizah Idris
Pertemuan dengan penulis dari Johor, sdr Nor Azizah Idris di Dataran Stesyen Keretapi Ipoh, sambl menyerahkan buku-buku terbita SPTA yang dipesan. Satu pertemuan ringkas namun meninggalkan kenangan bersama penulis.
Sunday, June 7, 2015
Seminar "Wealth Mentor"
Bermain saham atau berjual-beli "stock market" bukanlah sesuatu yang aku minat, tapi setelah menerima jemputan dari Maybank untuk menghadiri seminar "How To Create Wealth in The Stock Market" aku pun cuba untuk hadir. Program berlansung the Impiana Hotel
Seminar dikendalikan oleh Aaron Sim sebagai First Asian Protege & CEO, sementara Mirriam MacWilliams berceramah di persembahan powerpoint. Mungkin aku tidak berapa minat dalam bidang ini. Cukuplah sekadar membaca rahsiannya dalam buku yang diedarkan kepada para peserta yang berjudul "Secrets To Trading Mastery".
Saturday, February 7, 2015
Reunion: KSP Legend
Bergambar dengan grup artis budaya Kumpulan Selendang Perak (KSP) dan juga bekas ahli KSP sempena jamuan makan malam "KSP Legend Reunion Dinner" bertempat di Polo cafe pada Sabtu, 7 Februari 2015.
Saturday, March 22, 2014
Konsert: Datuk Ramli Sarip - Blues Buat Teman
Konsert Datuk Ramli Sarip - "Blues Buat Teman" Tour 2014 mengadakan 'roadshow' ke lima di Ipoh bertempat di Ballroom Kinta Riverfront Hotel. Dianjurkan oleh 'People Of Remarkable Talen' (P.O.R.T.) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak bersama Pelancong Perak.
Aku hanya gemar beberapa lagu dari nyanyian Datuk Ramli Sarip yang tidak terlalu 'heavy' tapi menyegarkan. Antara lagu yang disampaikan dalam tempuh dua jam persembahan itu, Kamalia, Teratai, Doa Buat Kekasih yang mendapat respons hangat dari penonton. Suaranya masih mampu mengekalkan 'serak basah' yang menggetarkan.
Saturday, August 24, 2013
9th Asia Cup Men's Hockey Tournament 2013
Kejohanan "9th Asia Cup Men's Hockey Tournament 2013" telah berlansung di Stadium Azlan Shah, Ipoh pada 24 Ogos hingga 1 September. Aku bertugas sebagai 'Announcer' di bahagian Media. Sebanyak lapan negara turut bertanding dalam kejohanan ini antaranya; Malaysia sebagai tuan rumah, Oman, Japan, Chinese Taipei, Bangladesh, Korea, India, dan Pakistan. Sayangnya negara Malaysia hanya mampu bertahan di tempat keempat dalam kejohanan itu
Kejohanan dianjurkan oleh Malaysian Hockey Confederation, dengan kerjasama Asian Hockey Federation diterajui oleh Presidennya, DYMM Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah, dan Perak Hockey Association. Kedudukan pemenang kejohanan "9th Asia Cup Men's Hockey Tournament"
1. Korea
2. India
3. Pakistan
4. Malaysia
5. Oman
6. Japan
7. Bangladesh
8. Chinese-Taipei
Saturday, April 11, 2009
Berienders Ipoh: Public Forum On Depression
Mewakili persatuan NGO Befrienders Ipoh, aku menyampaikan cerama bertajuk "Depression" dalam acara "Public Forum On Depression" anjuran Perak Mental Health Campaign Committee di Tower Regency Hotel & Suite, Greentown, Ipoh, Perak.
Saturday, November 22, 2008
Befrienders Ipoh Bersama Cosmopoint
Aku bersama beberapa orang sukarelawan dari Befrienders Ipoh turut memeriahkan program Cosmopoint di Padang Ragbi, Kompleks Sukan MBI pada 22 November 2008. Kami berada distu membuat penerangan tentang khidmar yang disediakan oleh Pertubuhan Befrienders Ipoh. Sessi temubual dengan pihak awam dan juga edaran risalah di kiosk Befrienders.
Kelihatan ahli sukarelawan Ginny bersama seorang rakan lain sedang menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh pihak Cosmopoint.
Friday, April 4, 2008
Pesta Buku Antarabangsa 2008
Pesta Buku Antarabangsa 2008 anjuran Majlis Kebangsaan Buku Malaysia (MKBM)dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, telah diadakan Putera World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur dari 4 hingga 13 April 2008. Aku mengambil kesempatan untuk turut serta mempromosikan buku 'Antologi Haiku 2006' dengan bantuan sdr Darma Mohammad.
Buku antologi tersebut dipromosikan di booth Pustaka Yamien, TR2 2025-2026, dan di Kedai Buku Banggol TR3 (A03-A09). Terima kasih diucapkan kerana sudi membantu.
Di tapak pesta buku tersebut, penulis bersama 'Antologi Haiku 2006' sdr Dipinggiran, sdr Darma Mohammad dan aku sendiri berjumpa dengan beberapa ahli e-Sastera yang lain. Sempat juga bergambar dengan sdr Azree Ariffin dan Ode Zulkarnain.
Friday, September 24, 1999
Bengkel Befrienders Peringkat Kebangsaan 1999
Bengkel Peringkat Kebangsaan 1999 Pertubuhan Befrienders telah di adakan di Midtowne Hotel, Pulau Pinang pada 24 hingga 26 September. Aku menyertai bengkel tersebut mewakili Pertubuhan Befrienders Ipoh bersama rakan-rakan sukarelawan lain.
Bengkel tersebut - "Befrienders National Workshop" bertema "The Puspose of Life" dianjurkan oleh Befrienders Pulau Pinang denagn disertai Befrienders Melaka & Befrienders Kuala Lumpur.
Antara ceramah yang disampaikan adalah:
1. Do I feel that I belong here? - Befrienders Ipoh
2. What keeps me here? - Befrienders Kuala Lumpur
3. Where do I go from here? - Befrienders Malacca
4. How effective is our service? - Befrienders Penang
Friday, October 18, 1996
Bersama Datuk Sharifah Aini
Sempena Karnival Membeli-Belah yang diadakan di Greentown Mall Ipoh pada 18 Oktober 1996, Datuk Sharifah Aini artis EMI telah diundang sebagai artis jemputan sambil mempromosikan album "Selamanya". Aku mengambilpeluang naik ke pentas untuk berkenalan denganya, sambil dia mengajukan beberapa soalan mengnai lagu-lagu yang terkndung di dalam albumnya.
Soalan yang mengujakan apabila Datuk Sharifah Aini bertanyakan berapakah jumlah 'tahi lalat' yang ada di mukanya? Dengan jawapan yang betul, aku menerima hadiah CD album 'Selamanya" dan sehelai baju-T memaparkan gambar Datuk Sharifah Aini. Sempat juga berduet sebahagian dari lagunya...
Saturday, December 20, 1980
Modeling Teen Princess 1980
Teen Princess 1980 anjuran YMCA telah diadakan pada 20 Disember 1980 di Town Hall, Ipoh. Ketika itu, aku selaku ahli kepada Persatuan YMCA sebagai pelajar Bahasa Perancis anjuran Alliance Francaise di YMCA. Malam itu berlansung pemilihan calon Teen Princess bagi tahun 1980 dari kalangan peserta-peserta dari sekitar Ipoh.
Malam itu aku memperagakan fesyen pakaian perkahwinan a-la barat dari Kyoko Kobayashi Fashion. Aku bersama seorang rakan India, pasangan model kami Moi Leng dan Christina dari agensi modeling tempatan. Kami diperkenal oleh Setiausaha YMCA pada masa itu, Anthony Lau.
Apapun semasa persembahan malam itu, aku sangat suka dan teruja dengan dengan lagu latar 'Je t'aime' yang dimainkan sepanjang peragaan 'catwalk' dipersembahkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
A ku bukanlah seorang pendidik di sekolah, namun aku hanya membimbing rakan-rakan penulis yang berminat untuk belajar mengenali puis-puisi y...
-
Tahun 80'an terkenal dengan kegilaan muzik dan tarian disco. Di Ipoh tidak kurang juga tumbuhnya disko untuk anak-anak muda yang m...

































