Saturday, October 21, 2000

Pertandingan Memasak Terbesar 2000

Pertandingan Memasak Terbesar di Malaysia sempena Tahun Melawat Perak 2000 telah diadakan pada Sabtu 21 Oktober 2000.  Acara telah dianjurkan oleh "The Malaysia Book of Records" bersama Tourism Perak, Nestle's Ideal, Shell Gas dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Dataran Ipoh, berhadapan dengan bangunan MBI. Pertandingan memasak disyaratkan untuk memasak ikan air tawar.


Aku turut menyertai pertandingan memasak itu bersama isteri dengan menyediakan Masak Lemak Ikan Jelawat.  Kami peserta yang ke 292.  Segala peralatan memasak dan menghidang hendaklah disediakan oleh para peserta sendiri.  Pengadilan dikira dari rasa masakan dan persembahan hidangan.  Setakat turut serta sajalah, menang bagi kat orang lain.


Monday, October 9, 2000

Lawatan ke Bangkok, Thailand


Lawatan rasmi Bahagian Letak Kereta, Jabatan Kewangan, MBI ke Bangkok City Hall, telah diadakan pada 9 hingga 13 Oktober 2000. Delegasi MBI di wakili oleh En. Mohamad Amin, aku bersama Saedah Zamani, Jamaliah Zawawi, Ir. Xavier, A. Chelvanayagam dan T. Karuppiah.  Kami menaiki pesawat Thai Airways dan tiba di Don Muang International Airport pada tengahari.



Taklimat disampaikan oleh pihak Bangkok City Hall. Kami dibawa melawat Siam Commercial Bank CPL, menyusuri Bangkok Floating Market, dan istimewa sekali ke Samutprakan Crocodile Farm and Zoo.  Lawatan seterusnya ke Pathaya sambil bersantai di pantai Pathaya yang terkenal sebagai pusat pelancongan.

 
Flag Counter