Sunday, May 29, 2011

Seloka Kerja Kahwin 2011

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Pertandingan Mengarang Seloka sempena Promosi Kerja Kahwin 2011 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada Ahad 29 Mei 2011.  Pertandingan ini telah diwar-warkan melalui rancangan radio Klasik Nasional terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).  Aku menghantar penyertaan "Seloka Kraftangan dan Perkhwinan" dan telah mendapat hadiah saguhati.



Seloka Kraftangan dan Perkahwinan

Jangan dihampar tikar bergulung
melangkah bendul anak yang sulung

Bungalah telur dibuat banyak
isteri subur beranak-pinak

Bujam dikepit mengunyah jajan
kenduri kahwin disimbah hujan

Jangan bernyanyi bertanak lauk
nanti bernikah suami nyanyuk

Bersenduk rasa gulai di api
mertua tengok menjadi benci

Jangan berkemban separuh dada
suami pengsan cepat menjanda

Batik selepang di atas bahu
cantik dipandang sayang selalu

Di sanggul tonset berpacak ketar
suami buncit banyak bersabar

Jangan bercakap bak mulut murai
gaduh kelambu jangan bercerai

Merebus telur retak di bucu
biarlah makmur ke anak cucu

(Klasik Nasional)
 
Flag Counter