Saturday, October 21, 2000

Pertandingan Memasak Terbesar 2000

Pertandingan Memasak Terbesar di Malaysia sempena Tahun Melawat Perak 2000 telah diadakan pada Sabtu 21 Oktober 2000.  Acara telah dianjurkan oleh "The Malaysia Book of Records" bersama Tourism Perak, Nestle's Ideal, Shell Gas dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Dataran Ipoh, berhadapan dengan bangunan MBI. Pertandingan memasak disyaratkan untuk memasak ikan air tawar.


Aku turut menyertai pertandingan memasak itu bersama isteri dengan menyediakan Masak Lemak Ikan Jelawat.  Kami peserta yang ke 292.  Segala peralatan memasak dan menghidang hendaklah disediakan oleh para peserta sendiri.  Pengadilan dikira dari rasa masakan dan persembahan hidangan.  Setakat turut serta sajalah, menang bagi kat orang lain.


Monday, October 9, 2000

Lawatan ke Bangkok, Thailand


Lawatan rasmi Bahagian Letak Kereta, Jabatan Kewangan, MBI ke Bangkok City Hall, telah diadakan pada 9 hingga 13 Oktober 2000. Delegasi MBI di wakili oleh En. Mohamad Amin, aku bersama Saedah Zamani, Jamaliah Zawawi, Ir. Xavier, A. Chelvanayagam dan T. Karuppiah.  Kami menaiki pesawat Thai Airways dan tiba di Don Muang International Airport pada tengahari.



Taklimat disampaikan oleh pihak Bangkok City Hall. Kami dibawa melawat Siam Commercial Bank CPL, menyusuri Bangkok Floating Market, dan istimewa sekali ke Samutprakan Crocodile Farm and Zoo.  Lawatan seterusnya ke Pathaya sambil bersantai di pantai Pathaya yang terkenal sebagai pusat pelancongan.

Saturday, August 19, 2000

Tahun Melawat Perak 2000

Promosi pelancongan "Tahun Melawat Perak 2000" telah diadakan di ruang legar Suira KLCC, Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2000. Aku mewakili Perak Tourism Information Center (PTIC), Majlis Bandaraya Ipoh ditugaskan menjaga kaunter pertanyaan berhubung produk pelancongan yang terdapat di Ipoh, Perak. Sambutan menggalakkan dari kalangan pelancong asing yang berminat dengan Gua Tambun.

Saturday, July 22, 2000

Karnival Sukan Tasek Raban


Aku bersama rakan setugas, Pathmawathy mewakili Perak Tourist Information Center (PTIC) Majlis Bandaraya Ipoh ke Pesta Sukan dan Buah-Buahan di Tasek Raban, Lenggong, Perak. Acara sehari itu diadakan pada Sabtu 22 Julai 2000.

Monday, January 24, 2000

Kursus Asas Proses Menolong (Kaunseling)

Kursus Asas Proses Menolong (Kaunseling) adalah langkah pertama yang membuka ruang kepada aku melibatkan diri dalam bidang kaunseling. Kursus dianjurkan oleh Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM) di bawah program Pinjaman Bank Dunia diadakan pada 24 hingga 28 Januari 2000. 


Antara kuliah yang menarik ialah "main peranan' atau role-play yang melibatkan peserta kursus.  Teknik menyelami dan menuga perasaan dan klien amat berkesan, dan akhirnya mampu menyerlahkan punca masalah sebenar; 'tip of the iceberg' sebab-sebab dari kemurungan yang menimpa.  
 
Flag Counter