Saturday, December 15, 2007

Hescom e-Sastera 2007


Hadiah e-Sastera.com atau lebih dikenali sebagai Hescom 2007 telah diadakan di Balai Budaya Tun Syed nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Acara tersebut berlansung pada Sabtu 15 Disember 2007. Aku menghadirkan diri bersama sr Teratai yang baru berjinak dengn e-Sastera.


Bersama sdr Kerisakti dan sdr Kalamutiara 

Antara hadiah-hadiah yang dimenangi:

Sayembara "50 Tahun Kemerdekaan" (Puisi Tradisional)
- tempat ketiga: "Syair 50 Tahun Kemerdekaan"
Sayembara Menulis Sajen I
- tempat pertama: "Tak Abis"
Sayembara Menulis Pantun
- Pemantun Idola Bulanan (Februari dan Jun)
Anugerah Haiku Alam Siber (AHMAS)
- tempat kedua 



Pautan artikel ini boleh dicapai disini.  

Wednesday, December 5, 2007

Seminar Pantun Melayu ATMA, UKM

Aku menerima permintaan dari Sekretariat Seminar Pantun Melayu, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, menyumbangkan pantun untuk "Seminar Pantun Melayu: Semalam, Hari Ini dan Esok" pada 6 hingga 7 Disember 2007, bertempat di Dewan Persidangan PPPI UKM.  Himpunan pantun ini adalah untuk projek penyelidikan Institut (ATMA) "Sejuta Pantun" di portal ATMA. Aku menyumbangkan tujuh rangkap pantun seperti di bawah.  Koleksi pantun ini boleh dicapai di http://www.malaycivilization.com/  

SEMINAR PANTUN MELAYU

bebas kelicap terlanda pakma
terlanjur pinar santun jentayu
syabas diucap kepada ATMA
anjur Seminar Pantun Melayu

laksana kida jela widuri
santun jentayu basa marahnya
mencerna minda hala dicari
pantun Melayu dan sejarahnya

kepada nuri balam merayu
tiada lain cantik dan ranggi
di jatidiri alam Melayu
dunia sains dan teknologi

sebal fantasi warnada kelam
angan bertemu sanat hikayat
globalisasi melanda alam
jaringan ilmu maklumat rakyat

jampuk berlangsi bergaya santun
sari bernalam gini menusuk
pupuk tradisi budaya pantun
dari semalam, kini dan esok

ungkap selesa dipapar madah
tamsil waruna kenal kelalang
lanskap bahasa terhampar indah
hasil wacana panel terbilang

nukil di pipi rahsia serunai
segulung padi rambah di dusun
wakil DBP, Malaysia dan Brunei
sekalung budi sembah disusun
  
Sumbangan pantun dibalas dengan ucapan ribuan terima kasih dari Prof. Dr. Ding Choo Ming, Felo Penyelidik Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Sekretariat, Seminar Pantun Melayu, ATMA, UKM dan dibals dalam dua rangkap pantun berbunyi begini;

Ke Melaka bersama sahabat handai
Bawa pula kelapa tua
Apa daya hajat tak sampai
Di lain waktu kita bersua

Dari Melaka membeli cangkir
Letaklah ia di atas para
Kalau tuan tak dapat hadir
Jemputlah yang lain memeriahkan acara

Saturday, November 24, 2007

Forum Perdana Ehwal Islam


Satu slot Forum Perdana Ehwal Islam telah membuat rakaman dua episod; "Cash lain... Hutang lain..." dan :Korban online... Beres". Rakaman dibuat di Dataran Ipoh, Greentown di hadapam bangunan pejabatku Majlis Bandaraya Ipoh pada Sabtu, 24 November 2007. Program dianajurkan bersama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Bank Rakyat, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Aku dijemput menjadi penonton yang mengemukakan soalan dari kalangan penonton yang hadir. Soalan yng aku kemukakan berkisar tentang tajuk "Korban online" yang mempersoalkan akad dalam mengerjakan ibadah korban secara online.  Rancangan tersebut disiarkan dalam rancangan di TV3.

Sunday, October 28, 2007

Nanning International Folk Song Arts Festival 2007


9th Nanning International Folk Song Arts Festival berlansung mulai 28 Oktober 2007 di bandaraya Nanning, Guangxi Province, China. Aku mengiringi kumpulan D'Bougainvillae, Majlis Bandaraya Ipoh mewakili kumpulan kebudayaan Malaysia. Acara sungguh meriah dengan pembukaan rasmi 'Evening Gala' yang penuh warna-warni.


Persembahan kebudayaan dilakukan di beberapa buah bandar dalam tempuh tiga hari dengan tema tertentu.  Majlis Makan Malam  'Banquet for International Artists pada 30 Oktober 2007 berlansung di Guangxi Wharton International Hotel. Aku sempat bergambar bersama 'Rainbow Band' dari South Africa semasa rehearsal di Guangxi TV Network Studio, Nanning.


Wednesday, September 12, 2007

Antologi Haiku 2006

Sebuah antologi bertajuk "Antologi Haiku 2006" telah diterbitkan bersama dua orang lagi penulis, sdr Lelahiro dari Okinawa, Jepun, dan sdr Dipinggiran dari Putrajaya, Malaysia. Antologi ini diterbitkan pada 12 September 2007 sempena lahir ulangtahun kelahiran. Terdapat 150 buah karya Haiku dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan juga bahasa Jepun.  Ada juga karya yang diterjemahkan.

Petikan Haiku Pilihan:

 
dibaling batu
kenang Maulidur Rasul
taburan Islam

(sdr Lelahiro)


lailatulqadar
khalwat mencari waktu
tujuh anggota

(sdr TabirAlam)

di pinggir tasik
sekuntum mawar merah
mula dan akhir

(sdr Dipinggiran)

Penerbitan buku "Antologi Haiku 2006" ini tercetus dari pertandingan menulis Haiku di lamanweb eSastera yang bermula pada tahun 2005.  Karya haiku terbaik dikumpulkan dan dimuatkan dalam antologi ini.  Antologi ini terdapat pertama kalinya di kedai buku S. S. Mubaruk & Bros. Sdn. Bhd. di Ipoh, dan terdapat juga di outlet lain seperti yang disiarkan dilamanweb antologi ini.

Untuk maklumat lebih lanjut, silalah melayari lamanweb ini.

Sunday, August 5, 2007

Bengkel Penulisan Budaya & Warisan


Aku menghadiri Bengkel Penulisan Budaya dan Warisan anjuran Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Bandaraya Ipoh (PINTAR) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Negeri Perak (KEKWA, Perak).  Acara berlansung di Hotel Seri Malaysia Ipoh dari jam 8.00 pagi hingga ke majlis penutup pada jam 4.30 petang. 

Kertas Kerja I dibentang oleh Tuan Haji Mohd Sufian bin Afandi - Munsyi Dewan, dengan tajuk "Pemantapan Bahasa Melayu Dalam Penulisan".  Ceramahnya mengupas senario penggunaan bahasa melayu dalam bidang penulisan

Kertas Kerja II dibentang oleh sdra Ani Awang, editor dari akhbar Utusan Malaysia dengan tajuk "Penulisan Seni Budaya dan Warisan Dalam Media Massa" - sangat menarik!

Kertas Kerja III pula dibentang oleh sdr Amsuring Meli, Penolong Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak dengan tajuk "Kaedah dan Tatacara Penyelidikan Budaya dan Warisan". 

Friday, July 27, 2007

TPO 3rd General Assembly, Guangzhou

"The Tourism Promotion Organization 3rd Assembly" telah berlansung dari 27 hingga 31 Ogos 2007 di bandaraya metropolitan Guangzhou, China. Perhimpunan ini diwakili oleh Datuk-Datk Bandar dari negara sekitar Asia Pacific.  Aku selaku pegawai mengiring Datuk Bandar Ipoh, Dato Rafiai ke majlis tersebut.  Acara yang dijadualkan begitu padat. Semua seminar dan forum diadakan di Dong Fong Hotel, tempat kami menginap. Seraba-serbi berjalan dengan teratur.
 


Bahang Olympic 2008 dapat dirasakan di merata-rata tempat, terutama di kiosk Coca Cola yang mempromosikan barangan cenderamata seperti maskot Olympic Beijing - Bei Bei, Jing Jing, Huan Huan, Ni Ni dan Ying Ying. Aku sempat menikmatai pelayaran bot 'Night Oriental Cruise di Pearl River, pelayaran bermula dari Tianzi Wharf hingga ke punghujung layaran di Sun Yat Sen University Square.  



Sebelum berlepas pulang ke tanah air, aku mengambil kesempatan pada  esoknya melawat "Street History of Ming Dynasty" di tengah-tengah 'pedestrian walk' di bandaraya Guangzhou.  Tapak sejarah itu disediakan dalam ruang dalam tanah yang ditutup dengan cermin dan disertakan maklumat tentang sejarahnya.

Saturday, July 21, 2007

Pegawai Khas Datuk Bandar Ipoh


Aku dilantik bertugas untuk Datuk Bandar Ipoh semasa itu, Dato' Haji Rafiai di tingkat 10, Majlis Bandaraya Ipoh.  Disebabkan ketiadaan ruang lagi, aku disediakan tempat di ruang pintu masuk ke Pejabat Datuk Bandar.  Kerja yang aku membuat aku teruja apabila ditugaskan mengendali urusan korespondens dengan Tourism Scope yang berpengkalan di Busan, Korea.


Bidang kerjanya berkenaan pelancongan dengan Asia Pacific Tourism Promotion Organization (APTPO).  Sepanjang bertugas di tingkat 10, aku berpeluang mengiring Datuk Bandar menghadiri 'The 3rd TPO General Assembly' di Guangzhou, China pada tahun 2007 dan ke Nanning, China pada tahun 2009.

 Antara tugasan lain semasa di Guangzhou aku perlu mengendalikan urusan promosi bnadaraya Ipoh di ruang legar hotel terkemuka Dong Fang Hotel, Guangzhou,bersama rakan-rakan lain dari bandaraya-bandaraya ahli APTPO yang lain.  Maklumat berkenaan APTPO boleh dicapai disini. 

Monday, January 1, 2007

Berkelah ke Ulu Kenas


Cuti awal tahun 2007 aku cadang untuk pergi bersiar-siar tapi kemudiannya teringat hendak ke Hutan Lipur Ulu Kenas.  Tapak perkelahan hutan lipur ini terletak di Manong, Kuala Kangsar.  Kami sekeluarga jemput abang ipar Meor Osman untuk pergi bersama.  Akhirnya kami berjumpa di taman lipur dan Meor Osman membawa sekarung buah rambutan dari kampung isterinya di Parit.


Nampak gayanya permergian kami ke Hutan Lipur Ulu Kenas cuma untuk pergi makan buah rambutan sajalah.  Kami tidak bermandi-manda kerana tidak bersedia untuk itu.
 
Flag Counter