Aku bukanlah seorang pendidik di sekolah, namun aku hanya membimbing rakan-rakan penulis yang berminat untuk belajar mengenali puis-puisi yang berbagai genre. Dalam erti kata lain, aku juga digelar guru atau sifu oleh mereka.
Showing posts with label Aktiviti Sastera. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Sastera. Show all posts
Saturday, May 16, 2026
Friday, February 22, 2019
Bicara Karya: PUJANGGA (TabirAlam)
Pembentangan Bicara Karya buku khazanah puisi TabirAlam berjudul "PUJANGGA" disampaikan oleh Puan Hjh. Norehan Muhamad dengan nama pena Nohan Norehan, seorang pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, IPGKI bertempat di Dewan Sri Melati, Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh. pada Sabtu, 23 Februari 2019.
Majlis Bicara Karya anjuran Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh dengan kerjasama Persatuan Karyawan Perak atau Karyawan Pk.
Friday, July 27, 2018
Peluncuran Buku Se-Nusantara
Sejumlah lima buah buku terbitan Siri Penerbitan TabirAlam (SPTA) selesai dilancarkan di Singapura, 27 Julai 2018 jam 10.00 pagi dalam acara "Peluncuran Buku Se-Nusantara" sempena "Ramah Tamah Penyair Serumpun V" di Temasik.
ASMARADANA (Pantun)PANTUN SERUMPUN (Pantun)
ABADI (Haiga)
MENU - Dari Dapur Penulis (Resipi)
AIDILFITHRI - Sajak-Sajak Kenangan (Sajak)
Sebanyak 59 buah judul buku diluncurkan, terdiri dari penulis daripada negara Malaysia, Singapura, Indonesia, Nrunei Darussalam, Thailand, dan Vietnam bertempat di The Pot, National Library of Singapore oleh mantan setiausaha parlimen, Kementerian Luar Singapura.
Sunday, March 4, 2018
Lemang, Unggun Api dan Puisi
Selesai acara "Bicara Karya" antologi cerpen "Song of September" tulisan Malim Ghozali di majlis "Lemang, Unggun Api dan Puisi" bertempat di Kampung Karyawan Malim, Lembah Gua Tempurung, Perak.
Thursday, February 22, 2018
Sudut Karyawan
Selesai menghadiri Majlis Pelancaran Sudut Karyawan, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk).
Sebuah plak atas nama TabirAlam terletak di "Sudut Karyawan" di antara beberapa orang penulis lain dari Perak Darul Ridzuan.
Friday, October 27, 2017
Pesta Pantun Wayangan 2017
Aku dijemput menghakimi "Pesta Pantun Wayangan 2017" oleh pihak penganjur, Royal College of Medicine Perak (RCMP), Cawangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang berlangsung selama dua hari, dari 27 hingga 28 Oktober 2017. Antara juri pesta pantun ialah Tn. Ahmad Sarju.
Menghakimi peserta "Pesta Pantun Wayangan 2017" bersama Ahmad Sarju.
Saturday, March 18, 2017
Konsert Puisi Ipoh
Konsert Puisi Ipoh adalah salah satu di antara 15 buah konsert Jelajah Puisi Perak yang akan dianjurkan oleh Karyawan Pk sepanjang tahun sempena Tahun Melawat Perak 2017. Bandar Ipoh sebagai konsert pembuka tirai telah berlangsung pada Sabtu 18 Mac 2017 di Dewan Auditorium JKKN Negeri Perak.
Persembahan konsert melibatkan para penyumbang sajak dalam antologi Ipoh - Bandar Raya Gunung, serta beberapa persembahan lain yang menarik. Pengacaraan majlis dikendalikan oleh Shasha Shakierah.
Di majlis yang sama, sempat bergambar dengan penulis dari grup SPTA; sdr Onn Abdullah, Yahti Hayati, Siti Zaiton Ahmad, dan CT Nurza sewaktu jamuan ringan selepas acara persembahan.
Thursday, December 8, 2016
PULARA 7
Aku berpeluang menyertai acara Pesta Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa ke 7 kali ini di Pulau Pangkor pada dari 8 hingga 11 Disember 2016. Penyertaan daripada penyair dari 20 buah negara jemputan dari serata dunia, dimeriahkan lagi dengan budaya dari berbagai bangsa dan bahasa. Kami dibawa menaiki KD 1503 Sri Indera Sakti dari pelabuhan Lumut ke pantai Pasir Bogak.
Pada sebelah malamnya berlangsung acara peluncuran buku antologi puisi bandar/pekan terpilih di negeri Perak Darul Ridzuan. Majlis diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor, Pasir Bogak, dan disempurnakan perasmiannya oleh Y.A.B. Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abd. Kadir. Sejumlah sajak yang kuhasilkan termuat dalam beberapa antologi antara 15 antologi bandar/pekan tersebut.
Sunday, March 6, 2016
Pelancaran Antologi Sedetik.doc
Majlis pelancaran buku Indie Sedetik.doc telah berlangsung di KL Sentral Ahad, 6 Mac 2016. Pagi lagi dari Ipoh aku naiki komuter ke Kuala Lumpur, tiba tepat pada waktunya. Acaranya memang santai dan kami hanya lepak di ruang Galeri. Kebanyakan penulis dari kaum wanita nampaknya, penulis lelaki adalah lima atau enam orang.
Sebuah catatan mengenai pengalaman aku berkarya dalam genre haiku menjadi cerita pilihan - "Haiku: Kaizen Jatidiri". Cerita berkisar sejak tahun 2005 hingga lahirnya sebuah antologi haiku dengan judul "Projek Haiku" yang dikendalikan di laman sosial Facebook. Penulis terlibat diagihkan sejumlah 20 naskhah buku tersebut.
Kenangan bersama-sama 50 penulis Sedetik.doc di akhir majlis. Ramai yang hadir tidak berapa aku kenal. Sebuah perjalan penulisan tercatat dalam Sedtik.doc.
Wednesday, December 30, 2015
Senandung Tanah Merah
Pelancaran antologi pantun Senandung Tanah Merah telah berlangsung di Tampines, Singapura. Acara Ramah Mesra Penyair Serumpun Di Negara Berbilang Kaum dengan Bebas Melata dalam Pertemuan Sastera Budaya Negara Serumpun dikelolakan oleh penulis Singapura Pn. Rohani Din, a.k.a Anie Din.
Sebelas rangkap pantun bertemakan bandaraya "Ipoh" termuat dalam antologi tersebut, bersama 10 rangkap pantun bertemakan bandar "Kuala Belait", Brunei Darussalam karya adinda Dipinggiran.
Aku berkesempatan bertemu dengan penulis lainnya; Noor Aisya Buang (Singapura), Mohrosa Doloh (Thailand), Sutarso (Indonesia), dan adik Muhammad Rois Rinaldi (Indonesia).
Bunda Anie Din melayan para peserta dengan begitu mesra, penyair yang hadir dari Singapura, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Thailand, dan Brunei Darussalam. Peserta disediakan tempat penginapan di Safra Resort Country Club, Changi Cpast Walk, Singapore.
Saturday, December 5, 2015
Hescom 2015
Aku ke Kuala Lumpur ke tempat yang sama di Hotel Dynasty seperti tahun sebelumnya bagi menghadiri Malam Anugerah Hadiah e-Sastera.com. Kali ini aku pergi bersendirian kerana aku menyimpang dari acara Pulara di Pulau Pangkor. Peserta diminta hadir dengan menggayakan pakaian antarabangsa, dan aku memilih pakaian tradisional Muslim Kenya.
Malam itu aku menyampaikan sebuah haiku yang bertemakan Hescom, dan sebelum itu aku memberikan soalan teka-teki dari laman e-Sastera terbuka kepada hadirin. Soalan dapat dijawab oleh sdr Ahkarim dari Alor Setar, Kedah, dan beliau dihadiahkan sebuah buku "Projek Haiku".
Pada malam Hescom itu aku memenangi dua hadiah utama. Pertama Hadiah Sayembara Sajak Banjir 2015 di tempat pertama berjudul "Dugaan Banjir". Kedua, aku menerima Anugerah Haiku dan Tanka di tempat pertama dengan haiku bertemakan "Hiroshima Dalam Kenangan".
Thursday, December 3, 2015
PULARA 6
Festival Puisi dan Lagu Rakyat ke 6 atau lebih dikenali sebagai Pulara 6 dengan tema "Alam Sumber Karya" telah berlangsung di Pulau Pangkor dari 3 hingga 6 Disember 2015. Ini adalah kali pertama aku turut menyertai acara Pulara yang dianjurkan oleh Yayasan Kampung Karyawan Malim dan "Tourism Perak" cawangan Manjung, dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Diantara nama-nama besar dalam dunia sastera tanah air, cukup sekadar aku mengenali mereka dari jauh. Aku lebih senang dengan kehadiran kenalan dari grup "Klinik Haiku" dan pertama kali berjumpa sdr Syafrein Effendi, Mamu MK Hasny, Leo Aws, Sharifuddin Dua, Mawar Marzuki, dan kali kedua bertemu Bunda Free Hearty serta beberapa kenalan lain. Aku tersermpak dengan Free Hearty dalam perjalanan ke pengkalan feri di Lumut.
Ternyata aku menjadi penyair 'pembuka tirai' pada acara Minum Petang Pulara 6 di Puteri Bayu Beach Resort dengan sajak berjudul "Samudera Pulara".
Saturday, September 12, 2015
Projek Haiku
Syukur, alhamdulillah aku berjaya menerbitkan sebuah lagi antologi haiku dengan judul "Projek Haiku" pada tarikh ulang tahun kelahiranku. Antologi ini memakan masa hampir tiga tahun untuk disiapkan kerana aku memberi bimbingan teliti kepada setiap peserta agar haiku yang dihasilkan benar-benar memuaskan hatiku.
Aku ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada penulis-penulis yang telah menyumbang haiku mereka dalam antologi ini; Aiza Zizan, Asmira Suhadis, Bayu Pagi, Din Kelate, Dipinggiran, FaiZatul Mohd Aminuddin, Hamizun Shah, Mamu MK Hasny, Mawaddatun As-Syakirin, Muhammad Amin (allahyarham), Nazim Mohd Subari, Nor Azizah Idris, Norsiah Kandar, Nur Ain Hanis, Padin Majid, Pauzi Mohd Isa, Rokiah Taib, Ruslina Rmr, Saniah Masri, Sha Hashim, Siti Zaiton Ahmad, Sri Mawar, Teruna Desa, Tokbatin Sham, dan Yahti Hayati - terima kasih!
Friday, May 22, 2015
Inspirasi Kreatif Kampung Karyawan Malim
Majlis Makan MalamKampung Karyawan Malim bertemakan "Inspirasi Kreatif" telah diadakan pada Jumaat 22 Mei 2015 bertempat di Amanjaya Convention Centre, Hotel Casuarian@Meru, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Pengwujudan "Art Colony" yang diilhamkan oleh Kampung Karyawan Malim adalah untuk membangunkan sebuah perkampungan seni-sastera-budaya di Lembah Gunung Tempurung, Mukim Kampar.
Para jemputan dihiburkan dengan persembahan dari To'ki dan bacaan puisi dari beberapa jemputan yang hadir pada malam itu. Lagu puisi Inspirasi Kreatif dipersembahkan oleh kumpulan Selendang Perak.
Wednesday, May 13, 2015
Genjuan Haibun Contest 2012 - 2014
Terima senaskah buku berjudul "Genjuan Haibun Contest" Decorated Works 2012 - 2014 daripada Eiko Mori, Saga Daikakuji Monzen, Ukyo-ku, Kyoto, Japan. Buku diselenggarakan oleh Nobuyuki Yuasa dan Stephen Henry Gill yang diterbitkan oleh Hailstone Haiku Circle.
Haibun penyertaan yang aku hantar tak sehebat pengkarya lain yang termuat dalam buku ini, namun pernyertaan itu dihargai dengan buku cenderamata ini yang menghimpunkan haibun-haibun yang terpilih. Disamping itu, jemputan dipanjangkan untuk pernyertaan haibun 2016.
Thursday, January 1, 2015
Mesyuarat Karyawan Perak 1/2015
Bersama sepupu (sepapat), Alang Ibrahim penulis buku "Syair Sultan Azlan Shah: Putera Berjiwa Rakyat" semasa menghadiri mesyuarat Karyawan Pk 1/2015 di Restoran Pakeeza, Ipoh. Masing-masing masih mencari bahan untuk "Salasilah" kedua-dua belah keluarga...
Saturday, December 6, 2014
Hescom 2014
Majlis makan malam Anugerah Hadiah eSastera.com, atau nama ringkasnya Hescom 2014 anjuran Persatuan Aktivis E-Sastera Malaysia telah diadakan di Dynasty Hotel, Kuala Lumpur pada Sabtu 6 Disember 2014.
Malam itu aku menerima Anugerah Haiku Melayu Alam Siber daripada pengasas e-Sastera, Prof. Ir. Irwan Abu Bakar bersama hadiah wang tunai.
Hescom adalah satu-satunya acara penulis alam maya dari grup eSastera bertemu mesra setelah berkarya di sepanjang tahunnya. Perjumpaan kali ini mengumpulkan karyawan dari Singapura dan Indonesia. Antarnya sdr Yusof Abdulla, Anbakri, Dahrie,Airmaz, NimoizTY, Iqbal, dan yang lainnya terlupa nama.
Di majlis itu, pertama kalinya aku berkesempatan bertemu dengan penulis muda dari Banten, Indonesia - Muhamad Rois Rinaldi.
Bersama sdr Kuntum Embong dan sdr Citranalis.
Bersama penulis dari utara, sdr Siti Sara Salwana
Bersama penulis dari utara, sdr Anbakri
Bersama sdr Tadrinz, suami kepada sdr Citranalis.
Thursday, December 4, 2014
Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH
Buat pertama kalinya aku menyertai Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH 2014 dengan penyertaan 50 buah karya dalam berbagai genre. Jumlah penyertaan telah dinaikkan dari 30 buah karya kepada minima 45 buah karya.
Aku memilih judul DIASPORA bagi sayembara ini yang membawa maksud penyebaran genre puisi yang terdapat di serata dunia, dan puisi-puisi asing ini dapat dinkimati penulisannya dalam bahasa Melayu.
Antara kategori puisi tradisional yang terhimpun adalah; Gurindam, Masnawi, Nazam, Pantun, Seloka, Syair, dan Talibun.
Manakala kategori puisi moden pula merangkumi puisi a-la Jepun Haibun, Haiku, Senryu dan Tanka. Selainnya dari genre Madah, Monolog, Sajak, dan Soneta.
Thursday, December 5, 2013
Bicara Karya Malim Ghozali Pk
Sesi Majlis Bicara Karya Penerima S.E.A Write Award 2013 - sdr Malim Ghozali Pk telah diadakan pada 5 Disember 2013 di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Acara dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk).
Sesi bicara karya dilansungkan dengan para kritikawan terdiri dari SN Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh, SN Dato' Dr. Mohd Anuar Haji Rethwan, Prof. Dr. Sohaimi Abdul Aziz, dan En. A. Rahim Abdullah. Hadirin diraikan dengan persembahan nyanyian sajak oleh sdr Malim Ghozali Pk.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
A ku bukanlah seorang pendidik di sekolah, namun aku hanya membimbing rakan-rakan penulis yang berminat untuk belajar mengenali puis-puisi y...
-
Tahun 80'an terkenal dengan kegilaan muzik dan tarian disco. Di Ipoh tidak kurang juga tumbuhnya disko untuk anak-anak muda yang m...


















































