Satu majlis "Jasamu Dikenang" bagi meraikan pesara-pesara dari majlis Bandaraya Ipoh telah diadakan di Dewan Bandaran Ipoh pada 21 Disember 2011. Majlis telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato' Haji Abdul Rahim bin Mat Ariff. Jamuan makan tengahari itu meraikan seramai 69 orang pesara bagi tahun 2011, lapan orang pesara pilihan, dan menghormati 11 orang pesara yang telah meninggal dunia bagi tahun tersebut.
Aku tidak dapat hadir pada tarikh tersebut, dan aku diwakili oleh isteri dan anak perempuan, Nurul Fithri di majlis penyampaian Sijil Penghargaan pada hari tersebut.
Showing posts with label MBI. Show all posts
Showing posts with label MBI. Show all posts
Wednesday, December 21, 2011
Sunday, August 31, 2008
Artikel TPO News Letter 2008
Artikel bertajuk tersiar dalam buletin Tourism Promotion Organization for Asia-Pacific Cities, TPO News Letter Issue 44 pada 31 Ogos 2008 bertajuk "Ipoh City Welcomes Representatives from Fukuoka City" di bawah kolum 'Member & Industry News'. Laporan itu disediakan semasa aku memgang jawatan korespondens bandaraya Ipoh dengan TPO di Busan, Korea.
Saturday, October 21, 2000
Pertandingan Memasak Terbesar 2000
Pertandingan Memasak Terbesar di Malaysia sempena Tahun Melawat Perak 2000 telah diadakan pada Sabtu 21 Oktober 2000. Acara telah dianjurkan oleh "The Malaysia Book of Records" bersama Tourism Perak, Nestle's Ideal, Shell Gas dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Dataran Ipoh, berhadapan dengan bangunan MBI. Pertandingan memasak disyaratkan untuk memasak ikan air tawar.
Aku turut menyertai pertandingan memasak itu bersama isteri dengan menyediakan Masak Lemak Ikan Jelawat. Kami peserta yang ke 292. Segala peralatan memasak dan menghidang hendaklah disediakan oleh para peserta sendiri. Pengadilan dikira dari rasa masakan dan persembahan hidangan. Setakat turut serta sajalah, menang bagi kat orang lain.
Aku turut menyertai pertandingan memasak itu bersama isteri dengan menyediakan Masak Lemak Ikan Jelawat. Kami peserta yang ke 292. Segala peralatan memasak dan menghidang hendaklah disediakan oleh para peserta sendiri. Pengadilan dikira dari rasa masakan dan persembahan hidangan. Setakat turut serta sajalah, menang bagi kat orang lain.
Monday, October 9, 2000
Lawatan ke Bangkok, Thailand
Lawatan rasmi Bahagian Letak Kereta, Jabatan Kewangan, MBI ke Bangkok City Hall, telah diadakan pada 9 hingga 13 Oktober 2000. Delegasi MBI di wakili oleh En. Mohamad Amin, aku bersama Saedah Zamani, Jamaliah Zawawi, Ir. Xavier, A. Chelvanayagam dan T. Karuppiah. Kami menaiki pesawat Thai Airways dan tiba di Don Muang International Airport pada tengahari.
Taklimat disampaikan oleh pihak Bangkok City Hall. Kami dibawa melawat Siam Commercial Bank CPL, menyusuri Bangkok Floating Market, dan istimewa sekali ke Samutprakan Crocodile Farm and Zoo. Lawatan seterusnya ke Pathaya sambil bersantai di pantai Pathaya yang terkenal sebagai pusat pelancongan.
Wednesday, August 27, 1997
IQCCC 97 Beijing, China
International Quality Control Circle 1997 Convention telah diadakan di Beijing, China mulai 28 Ogos hingga 1 September 1997. Kami tiba mendarat di Beijing Capital International Airpot pada hari sebelumnya 27 Ogos. Aku mewakili kumpulan SINAR dari Majlis Bandaraya Ipoh, bersama Robert Chelvanayagam mewakili negeri Perak (Malaysia) ke konvensyen tersebut. Beberapa ahli QCC lain juga turut serta mewakili Perak. Persembahan QCC yang disampaikan oleh kumpulan negara-negara luar yang lain sungguh menarik dari segi teknik persediaan dan penyampaian maklumatnya.
Kami menginap di Twenty-First Century Hotel di Liang Ma Qiao Road, Chaoyang, Beijing. Sessi lawatan yang dianjurkan sungguh padat buat peserta-peserta yang hadir. Kami dibawa melawat Great Wall of China di Ba Da Ling, ianya suatu pengalaman yang berharga menjejaki beberapa tower yang melingkari negara China itu. Binaan itu merupaka salah satu dari Seven Wonders of the World.
Selain itu, kami melawat Forbidden City dengan kisah Empress Dowager, Marco Polo 17 Arches, Marble Boat, History Museum, Mao Mouselum, Pin Yue Mosque, World Park dengan bangunan miniatur terkenal di dunia, dan Tiananmen Square yang bersejarah.
Monday, November 14, 1994
Seminar Ekonomi Islam II
Mewakili Majlis Bandaraya Ipoh, aku ke Petaling Jaya menghadiri Seminar Ekonomi Islamm II yang berlansung di Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya pada Isnin 14 hingga Rabu 16 November 1994. Selaku ahli dalam Koperasi MBI, aku menggantikan En. Zaharuddin, Pengerusi Koperasi MBI. Kalangan hadirin yang lain semuanya aktif dalam berpersatuan koperasi.
Saturday, April 26, 1986
Badan Kebudayaan MBI
Badan Kebudayaan Majlis Bandaraya Ipoh (BKMBI) adalah kumpulan kebudayaan yang pertama aku kendalikan, selaku koreografer di Majlis Bandaraya Ipoh di bawah kelolaan Pn. Noraini, Jabatan Penilaian. Aku fockus mengajar tarian tradisional klasik seperti Gamelan dan Endang. Ini adalah kumpulan perintis ketika membuat persembahan di Majlis Makan Malam di Kompleks Kolam Renang MBI pada Sabtu 26 April 1986.
Dari kiri, Norlia, June A.C. Din, Sharifah, (lupa nama) dan Mahzan
Dari kiri, Norlia, June A.C. Din, Sharifah, (lupa nama) dan Mahzan
Sunday, April 30, 1978
Mr. Personality MBI 1978
Majlis Bandaraya Ipoh menganjurkan"Labour Day Dinner" pada 30 April 1978 di bangunan Majlis Bandaraya Lama. Aku talh memenangi gelaran Mr. Personality yang dibuat pemilihannya dari kalangan para hadiran.
Berita tersebut tersiar di akhbar New Straits Time keesokan harinya, semasa itu bertugas sebagai Parking Supervisor di Jabatan Kewangan, Majlis Bandaraya Ipoh.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Tahun 80'an terkenal dengan kegilaan muzik dan tarian disco. Di Ipoh tidak kurang juga tumbuhnya disko untuk anak-anak muda yang mem...
-
A ntara enam buah pantun bertemakan 'Ulam Untuk Kesihatan' hanya sebuah sahaja pantun yang terpilih - Pantun Ulam Raja, ...
-
Pertama kalinya aku menerbitkan sebuah e-book berjudul "Antologi Haiku@Facebook" melalui laman sosial Facebook di bawah muka ...