Showing posts with label Batu Gajah. Show all posts
Showing posts with label Batu Gajah. Show all posts

Tuesday, September 24, 2019

Rumah Tua

 

Rumah tua berusia lebih seratus tahun milik datuk saudara sebelah emak yang menyimpan seribu kenangan bagi enam keturunan dalam memoir seorang ibu...

 

Thursday, April 2, 1981

Belasungkawa Arwah Nenda Rokiah


Rokiah binti Kulop Zainal adalah Opahku, ibu kepada emak kandungku, Bedah bt. Lan.  Arwah Opah telah kembali ke rahmatullah pada 2 April 1981 bersamaan 27 Jamadil Awwal 1401 Hijriah di rumah emak di Taman Pengkalan Jaya, Pasir Puteh.  Aku tiada disisinya semasa Opah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Aku kehilangan.


Saban tahun, aku bersama emak akan menziarahi kubur Opah berhampiran Kampung Seri Jaya di Batu Gajah.  Pemergiannya sangat meniggalkan kesan kerana aku begitu akrab dengan Opah dari ahli keluarga lain. Setiap subuh Aidilfithri aku pasti akan bercucuran airmata mengenangkan Opah yang tersayang. Hanya doa dan al-Fatihah buat Nenda.

Pantun Hari Jadi: Seti Zaleha